Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Harijadi ke-2 Erra Fazira dapat beg LV

Ahad, 31 Oktober 2010

Sempena sambutan hari ulangtahun perkahwinan kedua, Erra Fazira dengan Engku Emran pada 25 Oktober lalu, peserta Mari Menari (MM) yang berada dibawah jagaan Erra Fazira iaitu MM Zul, MM Yat dan MM Masri telah bersepakat untuk membuat satu kejutan dengan mengadakan sebuah majlis untuk meraikan hari yang paling bemakna serta bersejarah buat pasangan berkenaan. Majlis tersebut telah diadakan di studio Danceology Ballet Academy di Damansara Perdana pada malam Rabu lalu yang mana di sinilah merupakan destinasi terakhir Erra untuk melihat persiapan terakhir anak buahnya iaitu MM Zul untuk berlatih menari bagi minggu ketiga yang bertemakan muzik latin.

Diana Rafar selamat melahirkan anak

Sabtu, 30 Oktober 2010

Pelakon serta isteri kepada Zamarul Hisham, Diana Rafar telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki jam 3.30 petang kelmarin (29/10). Bayi comel seberat 2.9 kg itu dilahirkan di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam secara normal. Menurut Zamarul, Diana dan bayi kini berada dalam keadaan sihat. Zamarul dan Diana telah mendirikan rumahtangga pada 16 Mei 2009. Zamarul yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Izzat Haiqal dan Iqmal Haiqal. Tahniah! -Gua

Nikki Palekat selamat melahirkan anak

Penyanyi yang berasal dari Sabah, Nikki Palikat selamat melahirkan bayi lelaki bernama Liam Mok pada pukul 7.08 malam, 27 Oktober lalu di Hospital Pantai, Bangsar. Bayi seberat 3.31 kilogram itu dilahirkan terlebih awal kerana isteri kepada komposer Audi Mok itu dijangka bersalin pada 4 November. Nampaknya hasrat Nikki untuk mendapat bayi yang dilahirkan pada bulan yang sama dengan tarikh lahirnya dan Audi iaitu pada 1 November dan 23 November tidak kesampaian. Nikki dan Audi berkahwin pada 27 Jun 2009.

Raja Farah salahkan baju disangka 'comel'

Jumaat, 29 Oktober 2010

Baju Raja Farah yang dipakai FFM ke-23 baru-baru ini menimbulkan sakwasangka orang-orang yang hadir disana. Kata orang, Raja Farah tidak sama dengan apa yang ditonton mereka di tv. Raja Farah di acara itu kelihatan 'comel' dan itu pastinya mengemparkan lagi keadaan. Pakaian 'pink' yang dipakai Raja Farah ketika itu merupakan tajaan dan bukan kemahuan Raja Farah. Oleh itu Raja Farah pun menyalahkan konsep/fesyen berkenaan, kerana ramai mendakwa Raja Farah nampak 'comel' dan lebih besar daripada sebelumnya.

dipetik daripada mStar..

“Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen,” katanya kepada mStar Online, Khamis. Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu. Saya sedang untuk berada di depan kamera televisyen memerlukan saya lebih kecil daripada apa yang penonton lihat,” ujarnya.

Tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan, katanya, pakaian tersebut mungkin dibuat secara tergesa-gesa.

Aaron Aziz bakal bergelar jutawan?

Pelakon lelaki kacak ini siapa sangka tak lama lagi akan bergelar JUTAWAN. Bukan mimpi ataupun watak yang dimainkan sebagai seorang jutawan, tetapi impian itu bakal terlaksan tidak lama lagi. Mengikut daripada perkembangan ini, pasti ianya menjadi kejutan kepada artis-artis yang lain, Aaron yang selama ini didengar hanya melalui kerjayanya sebagai anak seni, kini dia sedang giat dalam pelaburan di Kuala Lumpur.

Pelaburan ini bakal menjadikan diri Aaron sebagai seorang yang kaya dan sedia bergelar jutawan. Itulah tajuk utama untuk Majalah Mania edisi November 2010. Mungkin ini adalah kerjaya sampingan Aaron dan kebarangkalian masih juga aktif untuk sebarang bidang lakonan, lihat sahaja rancangan drama 'Habil Qabil' di TV3. Tahniah kepada Aaron, capailah cita-citamu itu dengan jayanya.

Aleeza Kassim akhirnya cerai

Pelakon dan model terkenal Aleeza Kasim akhirnya bercerai dengan suaminya, Mohd. Fauzi Che Rus setelah beberapa lama melalui dugaan. Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu, 27 Oktober 2010. Lafaz cerai itu dibuat oleh suaminya di kamar Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi. Pada Januari lalu Fauzi telah melafazkan perkataan yang boleh membawa kepada maksud perceraian lalu membawa mereka ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz tersebut.

Bagaimanapun pada 12 Mei lalu Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan itu sah sebagai suami isteri dan lafaz `kita bercerai esok' semasa berlaku pertengkaran di rumah mereka tidak memutuskan ikatan perkahwinan. Hakim sebaliknya memutuskan lafaz tersebut sebagai hasrat, bukannya lafaz cerai. -ManggaOnline

Gambar Erni Dekritawati Yuliana Buhari

Khamis, 28 Oktober 2010

Siapa Erni Dekritawati Yuliana Buhari? dia ini merupakan anak kepada arwah Datuk Sosilawati. Anaknya ini menjadi perhatian ramai, sebab dia lah pewaris perniagaan ibunda tercintanya dengan rasminya menjadi pengarah pada Jun lalu. Walaupun mati dibunuh kejam dan tidak berperikemanusian, tetapi kalau nak dilihatkan Erni ni seorang yang tabah dan sabar orangnya. Orangnya yang baru berusia 25 tahun ini telah pun menyertai puteri UMNO ketika persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Dan yang paling 'suprise' Erni terus dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi sayap berkenaan pada hari yang sama. Tahniah lah Erni, teruskan perjuangan parti politik Melayu itu, dan teruskan kehidupan mu tanpa ibu tercinta yang kembali ke sisiNYA.

Artis berpendapatan RM300,000 sebulan!

Sumber daripada laman hiburan artis ada mengatakan bahawasanya ada seorang artis ni berpendapatan lebih daripada USD100,000 sebulan atau bersamaan RM300,000 lebih. Artis ini tidak didedahkan namanya, atas faktor keselematan. Ye lah, kot-kot, pas ni kalau disiarkan namanya, terjadi rompakan pula. Kan naya juga. Jadi baik dirahsiakan sahaja. Mengenai pendapatannya itu, tidak dijelaskan pula bagaimana didapati, kerana yang pasti dia bukanlah daripada orang yang tahu berniaga (business).

Dulu dia ni panas akibat digosipkan yang dia ditaja oleh buaya-buaya darat yang kaya raya. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila web hiburan itu mendakwa dia ni jugak dikenali sebagai GRO kelas atasan. Adeh, kalau macam ini, tauke kilang ayam pun kalah pendapatannya. Setiap kali layanan mahu berapa bayaran dapat, tak sah kalau puluhan ribu ringgit dalam tanggan sekelip mata.

Tapi itulah manusia, tidak puas dengan apa yang ada, nafsu juga mengalahkan iman di dada. Kita sebagai manusia yang masih mempunyai akal fikiran, carilah jalan lain yang terbaik dalam mencari rezeki kehidupan, kalau terdesak pun tak dapat kerja, pergi laut, memukat ikan, dapat juga makan sehari, ada lebih ikan, boleh juga jual. :)

Diana Amir jadi Tomboy?

Pelakon muda berjiwa remajai ini pastinya mahu menampakkan sedikit gempak terhadap peminatnya diluar sana. Demi Filem 321 Cinta, Diana Amir sanggup mem'fesyen'kan rambutnya menjadi seorang tomboy. Mahu tidak mahu, Diana terpaksa melakonkan watak bersesuaian dengan penampilan watak berkenaan yakni tomboy. Memang nampak macam lelaki kalau dua kali lihat. Hehe. Apa macam hensem ker cantik nie. :)

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

gosip artis Gambar Tomboy Diana Amir

Mislina Mustaffa botak rambut demi apa?

Rabu, 27 Oktober 2010

Festival FIlem Malaysia ke-23 kali ini memang banyak ragam, daripada segi fesyennya, pemenang anugerahnya, dan juga yang paling mengejutkan disana adalah pelakon yang dicalonkan dalam kategori pelakon wanita terbaik iaitu Mislina Mustaffa. Mislina Mustaffa kali ini datang dengan sedikit rambut maknanya sebelum ini mungkin dia botakkan rambut. Tidak dipastikan apa alasannya, tekaan Budiey, ianya ada kaitan dengan lakonannya, tapi biasanya orang perempuan botakkan rambut kerana penyakit yang sedang dihadapinya. Wallahualam.

Siti Saida failkan perceraian

Setelah 14 tahun melayari hidup bersama dan dikurniakan empat orang anak, penyanyi Saida (kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza) memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Perekutuan 1984 dan kes disebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa.

Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi. -mStar

Syamsul Yusof menangis menang anugerah pengarah terbaik

Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Syamsul Yusof yang menitiskan air mata ketika namanya diumumkan sebagai pemenang menyifatkan kejayaan itu sebagai rahmat terbesar daripada Tuhan kepadanya. Menurut Syamsul, sebagai insan biasa yang terlalu banyak melakukan kesilapan dan lalai dalam kehidupannya selama ini, dia amat tersentuh apabila namanya ditakdirkan sebagai pemenang menerusi filem Evolusi Kl Drift 2 itu.

Ketika Syamsul gembira dengan anugerah itu, dia turut diselubungi perasaan sedih apabila datuknya, Ismail Mustafa,80, yang juga Pengerusi Skop Productions meninggal dunia pagi Isnin lalu akibat masalah jantung. Ismail sempat menonton detik indah ketika Syamsul diumumkan sebagai Pengarah Terbaik FFM23. al fatihah.

Fouziah Gous takut untuk berkemban

Selasa, 26 Oktober 2010

Pelakon yang sedang meletop dengan drama Enigma di TV3 ini mempunyai prinsip dalam berpakaian. Beliau tidak sanggup dan tak rela gadai tubuh demi lakonan. Ternyata Fouziah mempunyai prinsipnya sendiri apabila berbicara mengenai dunia lakonan yang masih membenih dalam dirinya. Katanya, sedaya mungkin dia akan berusaha untuk tidak mendedahkan badan demi memenuhi kehendak pengarah mahu pun peminat.

Selagi terdaya, Fouziah Gous akan mencari jalan dan helah untuk babak yang memerlukannya berkemban atau mendedahkan sebahagian badan, dirakam dalam bentuk yang berlainan. Jika boleh dielak, mengapa tidak mengambil langkah berjaga-jaga daripada merelakan tubuh badannya diperdagangkan di kaca TV dan filem.

Selagi tidak mencacatkan jalan cerita, Fouziah akan cuba mengelak. Dalam pada itu, Fouziah katanya sangat berhati-hati ketika menerima sesuatu tawaran dengan meneliti sesebuah skrip dan memastikan adegan daring atau berkemban tidak segaja diadakan untuk menarik perhatian peminat. -fouziah-gous.blogspot.com

Sofea Jane kini jadi Datin

Siapa tidak kenal Sofea Jane kacukan British dan Melayu, dia merupakan heroin bagi filem Kekasih Awal dan Akhir pada tahun 1992. Baru-baru ini dalam satu artikel di akhbar tempatan yang suami kepada Sofea Jane, Meor Zain Azman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif CAG Energy Sdn Bhd, telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Ini bermakna secara automatiknya Sofea dah bergelar Datin.

Kalau nak diingatkan dari zaman abad ke-21 ni, ramai dah artis-artis dari penyanyi hingga ke pelakon wanita di Malaysia yang bergelar Datin ketika ini. Gelaran yang didapati kerana berkahwin dengan mereka yang mempunyai gelaran Datuk. Mereka terdiri daripada Datin Paduka Umie Aida, Datin Annahita Bakavoli, Datin Noniswara, Datin Ilyka dan ramai lagi kot. Yang korang tahu tu, beritahulah juga kat sini yer.

Elyana bakal bergelar isteri pada 19 November

Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Khairul Anuar, pada 19 November ini. Sebelum ini, mereka berdua sudah pun bertunang pada Disember tahun lalu. Kini mereka berdua sudah pun membuat suatu keputusan yang penting dan bermakna dalam kehidupan mereka sebagai tunangan. Pernikahan dan persandingan akan dilangsungkan sehari selepas itu (20 November) di Duchess Place, Ampang, selangor.

Majlis persandingan di pihak lelaki pula akan diadakan di Mentakab, Pahang, seminggu selepas pernikahan mereka. Walaupun bergelar isteri nanti, Elyana tetap meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dan penyanyi. -mStar

Farah Asyikin di Festival Filem Malaysia 23

Isnin, 25 Oktober 2010

Penyanyi, Farah Asyikin siapa tidak kenal. Seorang artis dan juga pelajar di Universiti Lim Kok Wing. Farah ni sebelum ni pernah menyertai Malaysian Idol dan juga One In a Million. Namun kedua-duanya tidak lah menjadi juara, tetapi mendapat perhatian pelbagai pihak produser terhadap bakatnya itu. Jadi tak hairanlah kenapa Farah lebih top daripada yang lainnya di kedua-dua program berkenaan. Farah pun tak kalah daripada segi bentuk badan, memang dia memiliki pakej.

Farah Asyikin

Farah Asyikin

Farah Asyikin

Farah Asyikin

Farah Asyikin


Ayu Raudhah, Zaquan kahwin 20 Januari 2011

Akhirnya teka-teki tentang perkahwinan aktres Ayu Raudhah, 25, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, terjawab apabila mereka berdua memilih tarikh 20 Januari 2011 (20/01/2011) untuk diijabkabulkan. Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setarm Kedah manakala majlis resepsi akan menyusul pada 21 Januari 2011 di lokasi yang sama.

Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Ayu dan zaquan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.

Menurut laporan sebuah akhbar, Ahad, pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan. -mStar

Nona: Maya Karin akan ditukarkan!

Pengacara rancangan Nona yang diudarakan di TV3 tahun ini memberikan Maya Karin sebuah satu kerjaya yang mencabar. Menjadi pengacara buat julung-julung kalinya, Maya memang lebih banyak belajar. Namun itu lah hakikatnya, baru-baru ini Datuk Seri Farid Ridzuan telah mengumumkan akan menukarkan pengacara Nona itu kepada yang lain. Ini dibuat selepas tinjauan dan hasil dapatan yang dilakukan pihak professional disana mengenai rating rancangan berkenaan.

Alasan yang diberikan kenapa Maya yang mana harus ditukarkan adalah Maya mempunyai komitmen dan juga tawaran kerjaya yang lain yang banyak, jika sebelum ini, Maya diambil kerana dirinya masih lagi sedikit kerjaya. Belum dipastikan lagi reaksi Maya terhadap perkhabaran ini. Mungkin Maya lebih bersedia dan menerima jua apa-apa yang telah berlaku ke atas dirinya mengenai penukaran ini. Jadi siapa pengacara yang seterusnya??

Nanu Baharuddin, Ady Putra buat aksi panas!

Ahad, 24 Oktober 2010

Siapa tidak kenal dengan pengacara dan juga pelakon, Nanu Baharudin yang sekejap ada sekejap ada. Kalau tidak silap, Nanu dan Ady Putra telah pun melakukan aksi panas atau aksi ranjang mereka. Wow, memang amat menarik dan terkejut apabila mendengarnya. Jarang-jarang dengar berita seperti ini. Apatah lagi Ady Putra merupakan seorang suami. Nanu pula buat untuk pertama kalinya melakukan aksi itu.

Tapi jangan fikir yang lain-lain pula, mereka berdua buat aksi panas tu dalam sebuah babak untuk filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011 tahun depan. Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon. Semasa latihan adegan itu sahaja Nanu sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra. Namun filem ini sudah/masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF).

Kali ni fesyen apa lagi Alyah?

Sabtu, 23 Oktober 2010

Jika sebelum ini ramai yang memberi respon terhadap pemakaian Alyah seperti Lady Gaga, kini Alyah tampil pula dengan fesyen yang lebih ala-ala BOOM gitu. Fesyen kali ni adalah seperti 'Butterfly', fesyen ini bukanlah semata-mata untuk tayangn umum tetapi untuk suatu majlis dimana melancarkan video klip terbarunya berjudul KAU BISU (penampilan dalam video klip ini seperti Lady Gaga, tapi berunsur Malaysia sedikit agaknya- cari kat Youtube).

Memang tidak disangka-sangka, penyanyi ini semakin berani ke hadapan, memberikan perubahan yang begitu ketara kepada dirinya untuk memajukan diri dan kerjaya.

Tidak menjadi larangan kepada Alyah memakai apa pun, kita sebagai peminat artis tempatan harus menerimanya, kalau pengkritik yang tu lain lah cerita, memang ada sahaja mereka nak komen.

Anne Ngasri selamat melahirkan anak

Daripada informasi yang sahih telah mengatakan yang Anne Ngasri selamat melahirkan anaknya yang ke-3 hasil daripada perkahwinannya dengan Wafi yang kini telah berpisah. Anak yang ketiga ini adalah perempuan. Anne selamat melahirkan baby berkenaan di Hospital Tawakkal pada tarikh 21 Oktober 2010. Artikel sebelum ini dimana menyebut dan mengesahkan Anne akan melahirkan 2-3 minggu lagi ternyata lebih cepat daripada tekaan berkenaan. Anak perempuan Anne dalam keadaan sihat dan stabil. Nantikan gambar anak Anne selepas ini. ;)