Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azmil Mustapha kena serangan jantung

Khamis, 30 September 2010

Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Datuk Mustapha dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas. Azmil, 58, yang terkenal dengan lakonannya melalui filem Ali Setan, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia). Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya. -Utusan

-farzsaja.blogspot.com

Darling didenda RM15,000 atau penjara 3 bulan

Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu.

Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan. Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Ogos 2007 di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Cheras. Bagi kesalahan itu, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. -mStar

Artis lelaki di Media Prima Open House

Baru-baru ni, media prima ada membuat rumah terbuka untuk warganya, artis-artis, selebriti dan orang kenamaan lain. Nak dijadikan cerita, bukan main ragam lagi artis-artis kita ni oi. Semuanya dok semangat habis, sampai ada yang tak karuan nak pakai baju apa. Datuk Siti jangan kata tak datang, dia lah paling mendapat tumpuan kat sana. Tapi kali ni nak buka thread pasal artis lelaki pula sebab jarang thread artis lelaki keluar, sekali sekala almaklumlah sihat daripada gosip, jadi pengubat rindu gitue juga. -thanks Budiey

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Zafroul

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Ashraf Muslim

Open House Media Prima 2010

Ziana, Erra, Lisdawati, Wardina bersama

Rabu, 29 September 2010

Kemeriahan Aidilfitri yang masih diraikan di sana-sini telah membuka peluang kepada pusat pelangsing badan terkenal, Slim World untuk mempertemukan 4 duta utamanya. Ziana Zain, Erra Fazira, Lisdawati dan Wardina Safiyyah telah disatukan dalam majlis Rumah Terbuka Hari Raya Slim World di Berjaya Times Square Hotel di sini baru-baru ini, bersama penampilan dan gaya tersendiri.

Peluang keemasan sekali setahun ini, dipergunakan sepenuhnya keempat-empat jelitawan ini bersama persalinan serba indah dan susuk tubuh menggoda bagi membuktikan keberkesanan rawatan di Slim World. Ziana jelas mempersona dengan persalinan Rizman Ruzaini dan solekan natural daripada Najib, nyata tidak menang tangan melayani tetamu istimewa yang datang dari Pertubuhan Ibu-ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan & Selangor bersama anak-anak mereka. -Murai

Intan Sarafina ambil anak angkat?

Sejak mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli pada 17 Oktober 2008, Intan Sarafina terus menyepi diri daripada industri hiburan tanah air. Namun, baru-baru ini mendapat tahu, Intan ada mengambil anak angkat. Sama ada lelaki atau perempuan tidak pula dimaklumkan, mendapat tahu kisah itu daripada seorang sumber. Malah, bila ditanya apakah perkahwinan Intan dan suaminya tak dikurniakan anak, tak bertanya pula pada sumbernya itu.

Kalau betul Intan belum memperoleh zuriat daripada perkahwinannya, bersabar sajalah. Sebagai manusia, nasib ditentukan Tuhan berbeza. Ada pasangan yang baru kahwin beberapa bulan, sudah disahkan hamil. Malah, ada pula pasangan yang perlu tunggu bertahun lamanya.
pelik betul artikel yang dikeluarkan Kosmo ni, bukan Intan dah punya anak ker~ huhu.. apa kes Intan nak amik anak angkat lagi???.. kat bawah nie gambar anak dia yang disiarkan dahulu..





Perkahwinan 8 Oktober Bienda ditaja 14 penaja

Bienda masih mahu merahsiakan tarikh pernikahannya walaupun telah mengedarkan kad jemputan kahwin sejak beberapa hari lalu. Bienda yang berusia 25 tahun berkata dia hanya akan menjelaskan tarikh pernikahannya pada majlis persandingannya nanti yang akan diadakan pada 8 Oktober akan datang dengan bakal suami yang bernama Kamarul Zariman. Menurut Bienda, majlis perkahwinan yang berkonsepkan ala Arab itu telah mendapat kerjasama sebanyak 14 penaja iaitu dari segi solekan, pelamin, katering, pakaian dan sebagainya.

Bienda memilih konsep Arab kerana mahukan kelainan. Selain itu imej dan genre lagu yang sering Bienda bawa juga bercorak “world” muzik. Selain daripda mengayakan dua pasang busana pengantin rekaan D&D Beuty House. Dalam majlis resepsi yang bakal diadakan di salah sebuah dewan di Selayang, Selangor itu, lebih 1,000 tetamu diundang termasuk rakan-rakan terdekat dan pihak media. -mStar

Gambar lama, superimpose Ekin, Mawi

Selasa, 28 September 2010

Gambar ni dah lama dah, cuma belum disiarkan di dalam blog ini lagi. Gambar lama yang diambil di majalah tempatan ni sebenarnya cuma Ekin dan 'someone' artis yang lainnya. Tapi adalah seseorang yang kreatif dan mempunyai 'phd' tahap level membanggakan cuba menukar gambar wajah 'someone' tu kepada artis yang dia nak kenakan, si Mawi lah. Kesihan Mawi sampai begini caranya orang 'phd' kat dia. Sabar jek leh Mawi erk, biarlah orang tue 'berjaya' dalam kerjaya seni edit2 gambar. Tip top dah jadi laki bini pun.. huhu.

Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Jangan Pandang Belakang Congkak versi pertama dah lama berlalu, dah banyak kali main kat tv/astrok. Jadi rasa bosan sudah melanda diri. Tapi idea kreatif pengarahnya ini, Ahmad Idham bakal memberi kan lagi penampilan dan aksi baru dalam version 2. Penampilan Nora Danish adalah yang pertama kali dalam filem ini selain pelakon tetap seperti Lisa Surihani, Lan pet-pet, Azlee dan Cat Farish. Tapi penulis rasa bosan lah kalau Azlee main, macam mangada-ngada jerk tengok. Tukar ke Wahid atau Apek lagi best. :)

Zahida Rafik still single and available!

Rasa-rasa bukan sekali dua pelakon cantik Zahida Rafik dikatakan telah berkahwin dengan VIP/VVIP. Yang terbaru, dikatakan Zahida sudah berkahwin dengan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri (dengar-dengar dari Sabah, huhu). Desas-desus itu sudah kedengaran sejak sekian lama tetapi tiada pihak yang mahu mengesahkannya. Menurut sumber tidak sahih, Zahida dan ahli politik itu dikatakan telah melangsungkan pernikahan mereka di London sebelum bulan Ramadan lalu. Majlis tersebut dilakukan secara tertutup.

“Saya tak kahwin pun dan masih tinggal dengan ibu bapa saya. Saya juga masih single and available. Saya memang tahu tentang penyebaran gosip itu di Internet tetapi saya hanya diamkan sahaja kerana bimbang nanti orang ingat saya sengaja hendak menggembar-gemburkan cerita itu. Pada hal gosip itu langsung tak betul.
“Saya nak tahu daripada mana sumber tersebut mendapat gosip itu kerana ia menyusahkan saya. Selepas ia tersebar, ramai kawan yang mengucapkan tahniah,” katanya. -mStar

Dira tak bagi Ash lihat anaknya?

Isnin, 27 September 2010

Bekas peserta pasangan selebriti program Sehati Berdansa bagi musim ke-3 iaitu Ash dan Dira nie telah bercerai pada bulan April yang lalu. Dan Tengku Anggun Deandra kini berada dalam jagaan Dira. Yang terbaru, Dira tak benarkan Ash berjumpa dengan anaknya sendiri. Apa sebabnya? kalau mahu diikutkan Dira mempunyai lepasan Undang-undang, tak kan dia tak tahu kot. Pun begitu mengikut pandangan sesetengah pihak kalau bapak jenis bertanggungjawab tak elok lah tak bagi tengok, kalau bapak ada simpan pompuan lain, amik masa lah nak ubatkan hati. Dunia2~. Peace No War.

facebook Ash

Tiz Zaqyah nak jadi penyanyi pula

Setelah bergelar pelakon lebih empat tahun, akhirnya pelakon, Tiz Zaqyah menambah portfolio seni dengan memasukkan kerjaya nyanyian bagi melengkapkan pakej seni yang dimilikinya. Sebagai permulaan, pemilik suara serak-serak basah ini merakamkan suaranya untuk lagu tema drama rantaian paling popular, Nur Kasih. Keberuntungan nasib Tiz Zaqyah ini secara tidak langsung mengundang rasa cemburu sesetengah pihak terhadap bakatnya.

"Ya, memang saya sudah menjadi penyanyi. Tetapi sekadar penyanyi lagu tema untuk filem yang dibintangi saya sendiri. Apa salahnya saya sebagai watak utama menyanyikan lagu tema filem itu. Sebenarnya, saya mencari kelainan dalam perjalanan seni saya dengan melakukan sesuatu perkara baru. Takkan kita selama-lamanya mahu berada di takuk lama bukan?
"Lagi pun, kalau saya tidak mencorakkan profil seni pada hari ini, saya tidak tahu adakah saya diberi peluang lain untuk mengembangkan potensi diri pada masa depan. Sedangkan, saya terlalu mencintai bidang ini dan mahu mencuba semua cabang seni yang ada. Sebab itu, saya nasihatkan agar orang di luar sana, dengar dahulu nyanyian saya
"Tidak perlu gelabah kalau artis setahun jagung seperti saya boleh menyanyi. Apa yang saya lakukan ini adalah kerana minat mendalam. Selain mendapat tunjuk ajar dan mempelajari etika menyanyi daripada Yasin,’’ ulas Tiz. -Utusan

Siti Nurhaliza mengidam sesuatu

Apabila tertera sahaja perkataan mengidam, pastinya tidak dapat mengelak dari berbicara tentang wanita hamil. Dalam diam-diam, rupanya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang mengidam. Selalunya, wanita hamil akan mengidam sesuatu yang pelik-pelik. Namun berbeza dengan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu. Siti sendiri mengakuinya, sewaktu ditemui di rumah terbuka Enfiniti Vision Media, anjuran Datuk Seri Effendi Norwawi dan isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina di Kota Kemuning baru-baru ini.

“Ya, memang benar. Siti sedang mengidam.” ujar Siti membuka rahsia.
“Tetapi bukanlah hamil. Sebaliknya, Siti hanya mengidam iPhone 4. Lebih-lebih lagi bila melihat model telefon bimbit pintar kegilaan dunia itu berada di depan mata Siti.” ujar Siti mematikan topik dirinya sedang hamil. -Gua

Rozita Che Wan dalam majalah EH!

Ahad, 26 September 2010

Bukan main lagi artis sorang ni, makin sisa-sisa waktunya sebelum bersara ini, Rozita makin laku pula, banyak tawaran menju ke tempatnya. Dan yang terbaru adalah menjadi cover untuk majalah EH keluaran edisi Oktober 2010. Sungguh anggun bak bidadari syurga duniawi. Putih melepak, seksi mengoda, fesyen tertawan. Apatah lagi dah sah memamng kreativiti desinger majalah Eh berkenaan, menggunakan photoshop agar ia nampak lebih colourfull dan lebih lightning.

Rumah Terbuka Zizie, Datuk Bung

Sabtu, 25 September 2010

Pasangan paling romantis, Zizie Ezzette dan juga suaminya, Datuk Bung Mokhtar merupakan salah satu pasangan yang sempat membuat rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini yang kurang pasti dimana lokasinya (tidak dinyatakan oleh pengirim). Ibu kepada Zizie dan adik beradik kepada Zizie juga datang serta artis-artis lainnya. Pakaian mereka sepertinya tidak sedondon pulak, tapi masih mengekalkan warna hijau sebagai tema yang diikuti. Layan lah dulu gamba mereka ini. :)










Ady Putra bakal bersama Shah Rukh Khan dalam Don 2

Kalau tiada halangan, ada kemungkinan Ady Putra akan membintangi filem Bollywood, Don 2 bersama bintang Bollywood, Dato Shah Rukh Khan pada awal tahun depan. Khabarnya Don 2 yang merupakan sekuel kepada filem Don yang pernah dibintangi Shah Rukh bersama Arjun Rampal, Kareena Kapoor serta Priyanka Chopra dulu bakal menjalani penggambaran di 3 negara. Salah satunya ialah di Malaysia yang mana Kuala Lumpur atau KL bakal menjalani salah satu lokasi utamanya nanti.



Pemilihan Ady Putra bersama beberapa lagi pelakon Malaysia yang masih khabarnya telah dilakukan sendiri oleh pihak di sana yang mana ejennya sendiri telah menghubungi Ady Putra secara peribadi untuk membintangi filem tersebut. -Murai