Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datin Norazlina Redzuan tinggalkan TV3

Selasa, 31 Ogos 2010

Penyampai berita yang manis ayu, Datin Norazlina Redzuan (Alin) akhirnya mengambil keputusan mengundurkan diri dari TV3. Khabarnya keputusan yang dibuat Alin itu bukan kerana dia sudah tidak sayangkan TV3 lagi tetapi Alin hendak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Alin berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif, TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob,45, pada 22 Ogos 2008. Dua tahun berkahwin, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Mungkin sebab itu Alin merasakan sudah tiba masanya dia buat keputusan untuk meninggalkan dunia yang penuh glamor untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Selain itu dia juga mungkin mahu banyak berehat kerana sudah tiba masanya dia memikirkan soal anak.
“Alin mengesahkan dia hendak berhenti dari TV3. Mengikut ceritanya pada 15 September depan adalah hari terakhir dia bertugas dengan stesen TV itu,” kata sumber berkenaan itu.

Nurul Sebagai Duta Pertama Glow & Glamour

Isnin, 30 Ogos 2010

Tidak disangka tuah Nurul (bekas isteri kepada Ajai) ni. Dibulan Ramadhan ini mungkin penuh kejutan kepada janda Nurul ini. Rezeki melimpah ruah tak daya nak ditadah. Baru-baru ini Glow & Glamour membuat telah memilih Nurul sebagai Duta rasmi syarikatnya. Syarikat ini yang menekankan Slimming and Beauty ini semamngnya tidak sah lagi mencari individu yang sesuai untuk dijadikan duta. Tapi kenapa dalam banyak-banyak artis kat Malaysia ni, Nurul juga dijadikan pilihan mereka? yang tue penulis tak pasti pula. Hehe.

Tapi Nurul kulit hitam cikit berbanding artis lain kalau bentuk badan, rasanya tiada masalah Nurul ni. Rasa macam tak sesuai, tapi apa boleh buat, rezeki Nurul, tahniah lah.

Maizawati ikut Mrs Beauty Malaysia 2010 wakil Sabah

Aktress Bollywood, Shakti Kapoor akan mengacarakan malam kemuncak Mrs Beauty Malaysia 2010 pada malam semalam, di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya. Seramai 14 peserta ada yang bangsa Melayu, Cina dan India. Paling menarik lagi, ia disertai oleh tiga wanita bertudung di mana salah seorangnya adalah bekas isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal mewakili negeri Sabah di Bawah Bayu.

Juara yang menempah gelaran Mrs Beauty Malaysia 2010 akan berpeluang mara ke pertandingan Mrs Beauty World 2010 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Juara juga akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakaian, kasut dan mahkota.

Nasib badan lah apabila penganjur menetapkan para peserta tidak memakai bikini, pakaian renang atau kostum yang jarang atau yang seksi seksa. Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan. -mStar

Zahiril kekasih baru Liyana Jasmay?

Cinta diantara dua pelakon muda yang berbakat besar dalam bidang industri lakonan, Liyana Jasmay dan Zahiril Adzim dikhabarkan kembali berputik. Berputik bunga-bunga cinta ke? atau yang bagaimana tue. Memang agak mengejutkan lah kalau berputik lebih daripada seorang kawan. Sebelum nie mereka pernah ditemukan/digandingkan dalam sebuah filem berjudul Kami The Movie tetapi itu cerita dahulu, kini dah tak menjadi perbualan lagi, apatahlagi Liyana masih bersikap positif terhadap kekasih lamanya, yang ehem2 tue.

Namun malangnya gosip kekasih baru kali ini adalah kerana mereka bercinta dalam filem Senjakala. Filem yang diarahkan oleh, aktor Ahmad Idham Ahmad. Menurut info filem berkenaan sedang menjalani pengambaran di sekitar Bukit Cerakah, Hulu Langat dan FRIM (Kepong), selama 30 hari bermula 8 Ogos lalu. Kiranya cerita mengenai seram lah, macan Saka gitu. Tunggu dan lihat jerk ler kepada sesiapa yang meminati filem Ahmad Idham

Shahir AF8 beli kereta mewah?

Ahad, 29 Ogos 2010

Tak sangka pula berita ni sampai ke telinga penulis. Dengar-dengar, pelajar daripada AF8, Shahir telah memiliki dan membeli kereta Nissan FairladyZ. Kereta ni bukan calang-calang juga daripada rekabentuk dan teknologi yang dimiliki seakan-akan 'sporty car' yang boleh dimiliki. Mahu tidak harga nak mencecah RM300,000 lebih tu. Tak pasti pula FairladyZ model apa, mungkin 370Z. Berita ini mula didengar apabila ada seorang member ni pergi ke kedai kereta, tapi tak pasti apa dia buat disana. Sehinggakan 'tauke' kedai kereta itu cukup berbangga mengatakan FairladyZ berwarna merah tue milik Shahir AF.

Mengikut tanggapan penulis, Shahir tak da lah sepopular mana diatas pencapaiannya di Akademi Fantasia tue. Namun Shahir ni menjadi duta mana-mana produk yang terkenal, seperti Brands. Tak pun Shahir ada bisnes lain kot, manalah kita tahu, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dah rezeki agaknya. Oklah tue Shahir, pas nie boleh bawa 'racing', lumba dengar kereta pengarah Syamsul Yusuf tak pun dengan Lamborghini Gallardo milik Yusry KRU. Hehe..

Gambar Faizal Tahir jumpa warga Palestin

Sabtu, 28 Ogos 2010

Bersempena dengan Faizal Tahir sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin, maka tidak hairanlah jika artis yang popular ini memijakkan kaki ke negara Lubnan yang menjadi pelarian daripada negara para anbia, Palestin. Walaupun orang di sana mungkin tidak mengenali artis ini, namun kehadiran Faizal Tahir, cukup memberikan sinar dan suasana gembira. Faizal juga salah seorang artis yang cukup prihatin dan bersimpati dengan rakyat Palestin. Sampaikan Faizal sendiri terharu dan bersemangat dengan perjuangan saudaranya itu. Penulis enggan mengulas apa aktivti Faizal di sana, namun penulis cukup berbangga kerana Faizal merupakan salah seorang artis cukup patriotik terhadap negara Palestin. -mStar

Bienda nak kahwin 8 Oktober, dah beli rumah

Persediaan perkahwinan sudah 80 peratus siap bagi Bienda bekas anggota kumpulan nasyid Solehah. Majlis bermakna dan bersejarah yang akan dilangsungkan di salah sebuah dewan di ibukota, Kuala Lumpur akan diadakan pada 8 Oktober nanti disamping berharap segala-galanya akan berjalan lancar. Mengenai persiapan daripada aspek mental pula, Bienda akui memang telah bersedia kerana sudah lama saya mengidamkan 'gelaran' baru itu (isteri). Bienda dan bakal suami telah membeli sebuah rumah di Kuala Lumpur sebagai tempat mereka menumpang teduh selepas bergelar suami isteri nanti.

Kata Bienda, suaminya hanyalah orang kebanyakan dan bekerja sebagai penerbit rancangan program televisyen di sebuah saluran TV swasta.
"Kami masing-masing daripada keluarga sederhana. Jadi perancangan perkahwinan dan selepas berkahwin semuanya dilakukan bersama-sama. Mungkin disebabkan itulah kami berdua serasi. -Gua

Sambutan harijadi Mawi ke-29

Jumaat, 27 Ogos 2010

Baru-baru ini yakni pada bersamaan tarikh 25/8 merupakan tarikh paling bermakna dalam hidup penyanyi Asmawi Ani atau Mawi apabila dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 tahun. Mawi lahir pada 25 Ogos 1980. Sambutan harijadi mungkin dilakukan selepas waktu berbuka di kediaman rasminya di Teratak Bonda. Acara memotong kek juga sempat dilakukan. Kiranya acara memotong keknya sederhana sahaja bersama-sama Ekin, tidak lah besar-besar mana pun, mungkin sebagai menghormati bulan suci Ramadhan. Semoga panjang umur keapda Mawi.

Fasha Sandha, Jejai berbuka puasa buat pertama kali

Pada tarikh/tanggal 13 Ramadhan sudah pasti menjadi kenangan indah dan manis buat pelakon jelita dan kontroversi satu masa dahulu sapa lagi kalau bukan Fasha Sandha apabila buat pertama kalinya dalam sejarah berbuka puasanya dapat berbuka puasa bersama kekasih hati, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali ramai sebagai Jejai bekas suami kepada Nora Danish. Menurut Fasha, selepas 13 hari berpuasa barulah peluang untuk mereka berbuka bersama terbuka.

Ini kerana Fasha terlalu sibuk dengan proses penggambaran drama bersiri 28 episod, 'Chinta' yang bakal ditayangkan melalui slot Akasia di TV3 November depan.
"Selain dapat berbuka bersama keluarga, saat paling manis dan menggembirakan sudah pastilah apabila dapat berbuka bersama si dia. Kami berbuka bersama di Hotel Concorde, Kuala Lumpur dan itu merupakan kali pertama kami berbuka puasa bersama. kata Fasha -Gua

Aida Rahim akhirnya diceraikan

Lapan tahun dalam bahtera bergelar suami isteri, akhirnya pelakon vateren, Aida Rahim atau Aida Radzwil diceraikan juga oleh suami tercintanya, Joe Radzwill dengan baik. Pagi kelmarin (26/8), bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Joe Radzwill, selepas bersetuju untuk menceraikan isteri, Aida Rahim secara baik, melafazkan talak satu ke atas diri Aida dengan penuh tenang. Sebagai maklmuat tambahan, Joe dan Aida yang berkahwin di Yala, Thailand pada tahun 2002 sehingga kini tidak dikurniakan anak/zuriat diatas perkahwinan berkenaan.

Norman Hakim, Memey Suhaiza berbuka puasa

Khamis, 26 Ogos 2010

Semasa hadir ke sesi rakaman program Melodi Raya TV3 di Pusat dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru, adalah pasangan paling hot masa kini, Norman Hakim dan Memey Suhaiza datang ke sana untuk berbuka puasa. Nak dijadikan isu disini, mereka masih lagi rapat dan serapat-rapatnya bebas daripada gosip liar sebelum ini. Masa nak berbuka puasa tue, memanglah panjang beratur nak amik juadah. Tapi Norman dan Memey mempunyai strategi yang berbeza, malas nak beratur, dan Norman seorang mengambil makanan. Punyalah romantis, boleh dikatakan 'share' dan makan sepinggan waktu itu bersama Memey.

Bab makan sepinggan ni pasangan kekasih atau orang yang sangat akrab sahaja yang sering lakukan. Baguslah kalau saling sayang menyangi, mungkin ramai yang masih menyampah dengan hal ini, sebab dah lama berkasih sayang namun masih lagi membuat suatu ikatan yang sah. Kahwin lah jangan dikasih lambat Norman oi, duit dah banyak tue.

-ManggaOnline

Scha beraya ke rumah Awal raya ke-2

Hubungan intim yang terjalin di antara pelakon Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sememangnya telah diketahui umum malahan sehinggakan mereka berdua berlakon bersama-sama dalam drama di Astro baru-baru ini. Mereka berdua berterus-terang mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan tidak menolak seandainya jodoh mempertemukan mereka berdua.

Scha memberitahu bakal bertandang ke rumah keluarga Awal pada Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi. Sebelum itu dalam sebuah majalah tempatan, Scha juga berkeinginan mahu bersahur di rumah Awal, namun akibat tiada masa, maka ianya cuma impian yang tidak kesampaian.
"Tipulah kalau saya cakap saya tak akan beraya ke rumah Awal. Saya akan ke rumah keluarganya di Subang, kemungkinan besar pada Hari Raya kedua sebelum saya berhari raya di Kedah. -Gua

Gambar anak Faizal AF4

Tak banyak cerita buat masa ini kepada bekas pelajar Faizal AF4. Ntah sunyi dengan khbar berita atau sebaliknya. Namun yang buat tiba-tiba nama Faizal muncul kembali adalah kemunculan gambar anak Faizal AF4 ni secara tiba-tiba. Usia mungkin dah 5-6 bulan memandangkan dah besar sedikit. Tak sangka pula Faizal ada anak comel macam ni. Apa-apa pun belum terlambat nak ucapkan tahniah kepada Faizal diatas anugerah Allah yang tak ternilai ini. Peace.

Gambar Mawi dan Ekin terbaru

Rabu, 25 Ogos 2010

Raja SMS negara, Asmawi Ani siapa tak kenal nama ini yang suatu masa dahulu cukup gah dengan gelaran berkenaan. Namun begitulah asam garamnya, ada surut dan pasang. Tak tahulah kalau Mawi ni akan surut selalu, harap-harap tidaklah macam itu, sebab memang sukar untuk mempertahankan kerjaya sebagai anak seni yang cukup cabaran dan dugaan. Tak tahulah motif Mawi ni macamana selepas ikut AF tue, lebih baik kita berbaik sangka sahaja, mungkin Mawi sibuk dengan hal perniagaannya yang lain, sehinggakan bini beliau, Ekin pun tergelak besar mendengarkan Mawi kahwin dengan orang lain lagi. Kata Ekin, dia selalu yakni disamping Mawi selama 24jam. Jadi anak sulungnya bila pulak? hehe.

Saat-saat terakhir Deejay Anne di Hot FM

Ini adalah saat-saat terakhir Deejay Anne di Hot Fm pada awal bulan Ogos ini. Memang sungguh mengejutkan dan suasana ketika itu berbaur dengan kesedihan untuk berpisah dengan kakitangan di Hot FM. Seperti sedia maklum Anne akan mengikuti suaminya, Nik Mahathir Zainuddin ke Doha, Qatar untuk suatu masa yang agak lama juga. Jadi kepada peminat radio Hot FM terutama rancangan yang diudarakan Anne, korang jangan lah bersedih, pasti ada penganti Anne yang terbaik juga. Semoga berbahagia Anne di bulan suci Ramadhan ini bersama-sama suami di luar tanah air. Peace.







Gambar anak Aishah Sinclair

Belum terlambat lagi rasanya untuk menghulurkan sekalung tahniah buat pelakon-pengacara Aishah Sinclair dan suami tercintanya, Sheikh Abdul Shahnaz, atas kelahiran puteri sulung mereka, Soraya Ann pada 15 Ogos lalu. Nampaknya, lebih meriah sambutan Raya tahun ini buat Aishah sekeluarga dengan kehadiran Soraya Ann. Selepas ni, kita nantikan pula kehadiran anak sulung abang Aishah, Ashraf dan isteri, Bunga Citra Lestari yang tak lama lagi akan 'meletop' kandungannya. -Gua

Gambar terbaru Rozita Che Wan

Selasa, 24 Ogos 2010

Kepada peminat Rozita, ini adalah gambar terbaru Rozita. Gambar yang diambil baru-baru ini adalah bersempena majlis Pelancaran Drama-Drama Hari Raya Di Semua Saluran Astro majlis itu diadakan di Bora Asmara, Sungai Penchala. Ramai juga yang menghadirinya sekali gus berbuka puasa bersama-sama. Dengan memakai bunga ros di kepala, mesti menjadi satu perhatian yang menarik ketika itu. Tapi agak ketat juga erk pakaiannya masa itu. Takpa lah tak lama lagi dah nak jadi bini orang juga. ngeh3.. -mStar

Emma Akma bercinta dengan Raffi?

Tahun lalu pelakon Emma Akma melalui detik paling sukar apabila berdepan masalah rumah tangga. Dia akhirnya disahkan bercerai talak tiga dengan bekas suami dan melalui detik sukar apatah lagi berhari raya tanpa suami di sisi. Kini Emma akui hatinya kini berbunga cinta semula apabila mengenali seorang pelakon baru, Raffi Hussin. Sudah hampir setahun mereka berkawan dan hubungan semakin hari semakin mesra. Emma juga enggan berselindung apabila ditanya keakrabannya dengan Raffi.

"Saya tak mahu berselindung, nanti kalau orang nampak kami bersama akan timbul cerita tidak elok pula. Sekarang kami memang sedang berkawan, bab jodoh itu kita tengoklah nanti macam mana. Kalau ada jodoh... adalah, kalau tak ada jodoh tu nak buat macam mana. Tapi hari ini dialah pilihan saya," kata Emma.
Raffi kelihatan malu-malu apabila Emma membuat pengakuan. Lebih-lebih lagi pelakon yang berasal darai Sabah itru jauh lebih muda daripada Emma. Raffi baru berusia 24 tahun sedangkan Emma sudah lewat 30-an. -ManggaOnline

Ziana Zain dalam majalah Glam

Memang padat pula kerjaya Kak Ziana kita ni. Rupa-rupanya sibuk dengan model cover untuk majalah-majalah hiburan tempatan. Majalah pun bukan calang-calang juga, sampai nak over ke Australia tue edisi Glam yang terbaru. Patutlah kureng jerk show atau album yang dibuat oleh kak Ziana ni. Apa-apa pun, kak Ziana tetap masih meletop lagi, maintain cun dan mengekalkan bentuk tubuh badan yang sedia ada.

Shahrul kekasih baru Nora Danish?

Isnin, 23 Ogos 2010

Dahulu anak Tan Sri, kini anak kepada Datuk yang berasal dari Kelantan. Entah benar atau tidak sukar untuk dinyatakan, namun melihat daripada gambar mesra dibawah ini, sepertinya Nora sudah memiliki kekasih hati yang baru yang mungkin salah seorang daripada orang yang digosipkan dahulu. Namanya Shahrul dan seperti sediamaklum, penyanyi Wangi daripada kumpulan Fabulous Cat juga pernah mendampiginya satu masa dahulu. Mungkin disebabkan kaya juga kot. Daripada info lain juga, Shahrul juga suka sangat tayang gambar berkepit dengan Nora dalam Facebook, tidak dipastikan apa motif sebenar Shahrul itu. Peace.