Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Fasha Sandha bersama kucing peliharaannya

Rabu, 30 Jun 2010

Tak sah kalau sesiapa tak pelihara kucing. Lebih-lebih lagi bila artis mempunyai haiwan peliharaannya sendiri. Termasuklah Fasha Sandha yang mempunyai kucing daripada baka yang sudah tentu mahal. Tengok sahaja daripada kucing tu pun dah boleh kita agak berapa harganya. Pelihara kucing ni umpama mereka itu sayangkan haiwan. Almaklumlah kucing ni kan spesis yang bijak dan tak ganas macam keturunan-keturunannya yang lain seperti Harimau dan Singa. Nabi Muhammad S.A.W. pun sayangkan kucing, jadi sesiapa bunuh kucing secara sengaja, tak lama, 'ketulahan' lah dia tu..

Umie Aida bina surau dalam rumah

Sudah menjadi kemestian dan bukan kewajipan kepada semua umat Islam membina surau dalam rumah. Ini adalah untuk mengalakkan lagi 'isi rumah' untuk beribadah kepada sang Pencipta. Itu lah yang telah terjadi dalam kehidupan Umie Aida setelah bergelar isteri kepada Datuk Paduka. Membina surau dan memberi manfaat keatasnya dengan memberi keutamaan dalam bertazkirah, solat berjemaah dan juga mengaji bersama rakan-rakan dan sahabat handai. Apa-apa pun ini sesuatu perkembangan yang bagus untuk diikuti. :)

Norman Hakim, Memey tak segan bergambar mesra

Pelakon Norman Hakim berkata dia tetap akan menjaga batasan mengenai hubungannya dengan pelakon Memey Suhaiza. Ia termasuklah ketika diajak bergambar bersama kerana tidak mahu ada pihak-pihak yang kurang senang dengan aksi yang mereka berikan. Baru-baru ini, Memey mahupun Norman tidak menolak untuk merakamkan gambar mereka berdua yang penuh mesra bagaikan pasangan suami-isteri. Gambar tersebut dirakamkan semasa mereka meraikan majlis ulang tahun kelahiran anak lelaki Chef Wan iaitu Chef Riz di restorannya, On The Table di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
“Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media. -mStar

Video Yuna main piano di rumahnya

Selasa, 29 Jun 2010

Kalau sekarang yang kita tahu Yuna atau Yunalis ni ahli muzik Indie yang menggunakan gitar sebagai alat utama menyanyikan lagu. Tapi rupa-rupanya kat rumah dia, pandai pula bermain alat muzik piano. Boleh seimbangkan lagu dan suaranya ketika main alat tue lagi. Ada class sangat-sangat. Lagu yang dinyanyikan oleh Yuna masa itu adalah Yuna Polaroid (Oh Chentaku cover). Agaknya lagu dah lama, tapi tak pe lah, layan ja lah kepada sesiapa mereka yang masih tak tahu Yuna main piano. Ngeh3.

Gambar terbaru S. Shamsudin

Kesihatan pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, hari ini kembali stabil setelah dilaporkan kritikal di Hospital Alexandra, Singapura kelmarin (27/6). Sebelumnya, Shamsudin berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh di bilik air rumahnya pada malam Sabtu lalu. Kejadian itu menyebabkan tulangnya retak. Sahabat pelakon itu Datuk Aziz Satar baru sahaja menziarahi Shamsudin bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu.

Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas. -mStar

Aida Radzwill tukar nama Aida Khalida

Dulu Aida Rahim lepas tu Aida Radzwill, sekarang dah jadi Aida Khalida. Terima kasih kepada Aida sebab dia dah guna nama baru sekarang, sedap nama tu. Kata orang kalau guna nama sendiri yang emak bapa kita bagi, lebih berkat. Mungkin lepas dah tukar kepada nama diri sendiri, kehidupan Aida lebih tenang dan bahagia, diharap macam itulah yang berlaku nanti. Sebut pasal Aida, nak cerita apa yang berlaku di mahkamah Selasa lalu. Suaminya, Joe Radzwill mahu pelakon itu kembali semula kepadanya atau jika tidak Aida diisytiharkan sebagai isteri nusyuz.

Joe juga meminta supaya tuntutan cerai fasakh yang dibuat oleh Aida, ditolak oleh mahkamah. Melalui peguamnya, Joe membuat tuntutan supaya pelakon berusia 53 tahun itu kembali taat kepadanya memandangkan mereka masih suami isteri yang sah dan kes berkenaan akan dibicarakan lagi pada hujung Julai depan. -Utusan

Zahida Rafik akui dari keluarga yang kuat adat dan agama tapi...

Isnin, 28 Jun 2010

Betulkah statement yang dikeluarkan oleh Zahida Rafik yang dirinya lahir dari keluarga yang berpegang teguh dengan adat dan agama? Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahida dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. Tidak tahu kemungkinan gimik Zahida sendiri untuk mengoyangkan dunia seni, apatah buat masa ini, seperti sedia maklum, dia sendiri seperti berpakaian seksi. Selain itu tiada angin, Zahida juga membuat pengakuan dia tidak menjadi perempuan simpanan golongan VVIP/VIP. Tak tahulah statement dia kali ini untuk tujuan apa..

Gambar Awie, isteri dan 5 anaknya

Sudah mempunyai lima cahaya mata, tiga daripadanya perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 10, Puteri Aleefa Antasha, 8, Puteri Qasseh Antasha, dua bulan dan dua lelaki, Putra Ahmad Merah, 3 serta Putra Ahmad Rezkki, 2 tahun, rockers dan aktor Awie dengan serius menyatakan dia masih mahu menambah bilangan anak lagi. Kata Awie yang kini berusia 42 tahun, keseronokan mempunyai anak ramai sukar diungkap dengan kata-kata. Usia yang menginjak juga bukan faktor untuk dia tidak menambah anak.

"Saya suka kalau boleh memperoleh anak lagi. Meriah dan rumah selalu riuh dengan keletah mereka. Itu yang saya suka," kata Awie sewaktu ditemui pada majlis cukur jambul cahaya mata terbarunya, Qasseh yang dilahirkan pada 19 April lalu, berkongsi tarikh kelahiran dengan isterinya, Rozana Misbun, 31.

Mawi akui dirinya masih lagi popular!

Mawi tetap mempertahankan dirinya masih lagi popular dengan menolak dakwaan dia sebenarnya sudah jatuh merudum. Malah Mawi juga berkata dia masih mendapat tawaran menyanyi dan akan menghasilkan album berjudul Idola tidak lama lagi. Mawi juga menolak tanggapan buruk masyarakat dia terpaksa beralih untuk menjadi pengarah drama selepas mendapati kerjaya seninya mula terumbang ambing walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengarah.

“Selagi ada sokongan peminat terhadap saya dalam bidang nyanyian, selagi itulah saya akan menyanyi,” katanya.
Menolak tuduhan itu, ujar Mawi tidak salah dia mengembangkan bakatnya dalam cabang baru apatah lagi menerusi syarikat produksinya Mawi World Entertainment.
“Saya memang sudah lama berhasrat menjadi pengarah apatah lagi selepas saya menghasilkan sendiri skrip Pak Nil, Mak Kirim Salam,” katanya. -mStar

Ariel Peterporn meninggal dunia?

Ahad, 27 Jun 2010

Terkejut seketika para peminat Ariel Peterporn dari Indonesia sehinggalah ke Malaysia apabila tersebarnya cerita yang menyatakan bahawa pada petang semalam kononnya vokalis Peterpan berusia 28 tahun itu telah meninggal dunia, gara-gara terlebih dos ('overdose') dadah psikotropik selepas penahanan Polis Indonesia terhadap dirinya baru-baru ini.

Namun berita itu kemudiannya disahkan sebagai satu olokan oleh laman KapanLagi.com - 'Ariel Tewas OD = HOAX!' - yang telah menghubungi salah seorang pegawai di balai polis Mabes, lokasi di mana Ariel sedang ditahan. Menurut pegawai berkenaan, Ariel
"baik-baik aja, sehat sekarang"
.Seperti yang ramai maklum, Ariel yang kini mendapat jolokan Peterporn, telah ditahan polis pada 22 Jun lalu selepas menyerahkan dirinya apabila dinamakan polis sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi. Ini ekoran dari skandal dua klip video lucah yang memperlihatkan seorang lelaki mirip wajahnya bersama dua wanita yang menyerupai kekasih Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari.

Ariel, yang selama ini tegas menafikan lelaki didalam kedua-dua klip tersebut adalah dirinya, mungkin berhadapan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah. Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang menuntut supaya duda beranak satu itu dihukum rejam sampai mati, hukuman yang dirasakan mereka setimpal bagi seorang penzina. -Gua

Mana satu yang manis bertudung?

Sabtu, 26 Jun 2010

Gambar dibawah adalah gambar pelakon Julia Ziegler, Lisa Surihani, Chermaine Poo dan Linda Hashim yang ditemui pada sidang media perlancaran drama berjudul Tudung Ekspres baru-baru ini dengan mengayakan tudung yang dipakai masing-masing. Drama bersiri 13 episod ini berkisarkan kehidupan empat orang wanita bertudung yang memiliki watak dan kisah tersendiri. Drama ini bakal ditayangkan pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam bermula 8 Julai ini menerusi Astro Prima. Jadi yang mana satu manis? pilihlah diantara bawah ini. -mStar/manggaonline

Anne Ngasri kena talak tiga oleh suami

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kelmarin (25/6) memutuskan yang pelakon Anne Ngasri sah diceraikan suami, Abdul Wafi Hassan dengan talak tiga pada 25 Mac lalu, dan Anne akan menjalani tempoh edahnya selepas melahirkan anaknya yang sudah memasuki lima bulan. Mendirikan rumahtangga empat tahun lalu, dimana mereka dikurniakan dua orang anak lelaki berusia diantara dua tahun dan empat bulan, Anne dan Wafi sudah dua kali rujuk balik sebelum ini.

Kali pertamanya pada Julai tahun lalu, diikuti kali keduanya beberapa minggu kemudian pada bulan yang sama. Wafi melafazkan cerai buat kali ketiganya pada bulan Mac tahun ini, meskipun ketika itu Anne sudah dua bulan mengandung. -Gua

Gambar Seksi Sarah (Chloe Nicole Saralyn)

Jumaat, 25 Jun 2010

Sarah atau nama ic nya, Chloe Nicole Saralyn, pelakon drama bersiri Adamaya yang meletop-letop ni merupakan seorang ratu cantik. Pernah menjadi juara dan finalist Miss Sabah Universe 1st runner up 2008, Miss DCIM Velocity Angels 2nd Runner up dan Miss Malaysia Hot Babes 2nd Runner up. Anak kelahiran Sabah ini semangnya memiliki gaya seorang model yang cukup menawan dan seksi. Bentuk tubuh yang seksi dan juga mempunyai pakej yang tersendiri. Nasib lah dia Non-Muslim..

Maya Karin bertudung, suami sahkan belum ceraikan

Apakah kesudahan hubungan pelakon Maya Karin,31, dengan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali, pasangan itu disahkan belum lagi bercerai. Kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini tanpa menjelaskan tujuan mereka berbuat demikian. Maya tidak berkata “ya” mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka. Cuma suaminya mengesahkan dia dan Maya masih lagi suami isteri.

“No divorce (tidak bercerai),” kata Muhammad Ali.
Dia juga turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya. Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu. Maya pula berkata dia mahu mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.
“Tiada keputusan. Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap,” kata Maya. -mStar

Gambar suami Aishah, nikah di Thailand

Penyanyi popular 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui yang dirinya kini isteri kepada Faizal Sazali Zulkifli, seorang duda beranak enam. Aishah telah bernikah dengan pasangannya itu di Narathiwat, Thailand pada 30 April lalu. Pernikahannya itu bagaimanapun tidak maklumkan kepada pihak media. Namun, ia dapat dihidu apabila Aishah memuat-turun gambar pernikahannya di laman sosial Facebook miliknya.

Dalam laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Aishah memberitahu dia dan suami terpaksa bernikah di sempadan Thailand kerana suaminya belum mendapat surat cerai. Dalam masa yang sama, Aishah juga menafikan perceraian suaminya dengan bekas isteri ada kena-mengena dengan dirinya.

Ini adalah perkahwinan ketiga Aishah. Sebelum ini dia pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Singapura sebelum berkahwin semula dengan lelaki warga New Zealand pada September 1997. Hasil perkahwinan kedua, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Selain itu, Aishah juga mempunyai seorang anak angkat berusia 16 tahun. -Gua

Zina bakal hancurkan masa depan Ariel Peterporn

Khamis, 24 Jun 2010

Polisi Indonesia kelmarin secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29 (Ariel Peterpan) sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu. Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum. Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya. -mStar

Datuk K berjaya dapat plat KCT 1, RM66,550

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 yang akan diumumkan siapa pemiliknya oleh Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah. Menurut sumber, Siti Nurhaliza berminat memiliki nombor berkenaan kerana ia mempunyai gabungan nama beliau dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa. Katanya, penyanyi terkenal itu dikatakan sanggup membayar nilai bidaan yang dikenakan asalkan beliau dapat memiliki nombor berkenaan.

“Saya diberitahu bidaan untuk mendapatkan nombor itu sudah dibuat kira-kira dua minggu lalu, namun mereka yang dipilih memilikinya bakal diumumkan tengah hari esok (hari ini)," kata sumber berkenaan.
Sumber itu berkata, selain artis, nombor KCT 1 turut menarik minat ramai ahli perniagaan dan syarikat korporat malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari yang disyaratkan.

“Saya diberitahu banyak permohonan diterima bagi mendapatkan nombor itu. Bagaimanapun ia bergantung kepada bidaan yang paling tinggi. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenai pemilik sebenar nombor pendaftaran itu sehingga keputusan rasmi dibuat tengah hari esok (hari ini)," katanya.

Fizz Fairuz beri amaran kepada Fasha Sandha

Berang tidak mahu dikaitkan dengan agenda peribadi Fasha Sandha, pelakon lelaki drama Nur Kasih, Fizz Fairuz memberi amaran kepada pelakon wanita itu supaya tidak mengaitkannya dengan sebarang cerita yang bukan-bukan melibatkan Tiz Zaqyah. Fizz berkata demikian ketika ditanya tentang namanya yang dikaitkan dalam kenyataan kontroversi Fasha baru-baru ini yang kononnya dia dikatakan turut diganggu oleh Tizz sehingga menimbulkan kemarahan kekasihnya Almy Nadia.

"Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain. Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu," kata Fizz. -mStar

Gambar Fasha Sandha bersama kek

Rabu, 23 Jun 2010

Panas gosip yang melanda sekarang ni antara Fasha Sandha, Tiz Zaqyah dan Jejai. Mana satu yang betul dan benar, yang itu menjadi persoalan besar setakat ni. Memang tak dapat dinafikan, wang ada permainan segala-galanya. Berbalik kepada tajuk, Fasha Sandha ni selain berlakon, dia juga merupakan seorang model. Mungkin model untuk partime sahaja kot. Gambar dibawah dia mengayakan model dengan memegang sebuah kek. Tujuan gambar tu tak lain dan tak bukan hanyalah photographer sahaja yang tahu. Hehe.

David Beckham berketurunan Yahudi

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham adalah dari keturunan Yahudi dari sebelah datuknya. Perkara ini dapat dikenal pasti lagi apabila dia menghadiri upacara pengkebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Pada majlis itu dia memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi. Selain itu anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

"I used to wear the traditional Jewish skullcaps when I was younger, and I also went along to some Jewish weddings with my grandfather." - David Beckham

Tiz Zaqyah menipu kes bersama Jejai?

Apabila ditemui Jumaat lalu oleh wartawan, ketika majlis doa selamat filem 'Nur Kasih', Tiz Zaqyah di depan para media, menegaskan yang dirinya "tak berapa kenal Jejai, malah nombor telefon pun" dia tiada. Tambahnya, dia terkejut apabila dinamakan sebagai pelakon wanita yang cuba mengoda buah hati Fasha Sandha, sehingga menelefon bekas suami Nora Danish itu pada pukul 4 pagi, cuba mengajaknya keluar.

"Tiz tak buat apa-apa tapi tiba-tiba saja keluar cerita macam ini. Tiz terkejut bila nama Tiz dikaitkan, tapi Tiz tak ambil kisah," katanya mempertahankan diri.
Tetapi penafian Tiz ini mula menimbulkan keraguan apabila Jejai atau nama penuhnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, tampil di Harian Metro hari baru-baru ini mendakwa 'Tiz ajak saya keluar'. Untuk mendedahkan bahawa Tiz sememangnya ada menghubunginya pada jam 4 pagi, pada 19 Mac lalu sebanyak empat kali. Tujuannya untuk mengajaknya keluar.

Namun kongsi Jejai, undangan Tiz itu ditolak kerana..
"saya berpendapat tidak wajar selain menghormati perhubungan dengan Fasha".
Tambahnya lagi, dia hanya mengenali Tiz sebagai rakan kerja Fasha malah Fasha-lah yang memperkenalkan mereka berdua. Atas sebab itu, dirasakannya "mustahil" untuk menerima jemputan Tiz, lebih-lebih lagi tanpa Fasha bersama. -Gua

Siti Nurhaliza warnakan rambut?

Selasa, 22 Jun 2010

Luahan Peminat: straight to the point, ni hah uols tgk sundirik, penyanyi no 1 a.k.a DCT a.k.a Datuk Siti Nurhaliza telah mewarnakan rambutnya. Dulu berudung litup, pastu tudung ditiup angin, makin lama makin nak tercabut, now jambul itu telah berkaratzzzz...perang uols..malas nak citer, tgk jer gambar kat bwh ni dan sebagai tambahan pic no 2 tu, kalo pencahayaan, kenapa rambut Shahir tak perang...

Gambar Awal Ashaari, Scha al Yahya di Bali

Wah, memang hot dan panas betul lah dorang dua ni, Awal Ashaari dan Scha al Yahya. Dating kat pulau Bali tue. Jauh daripada paparazi yang dok kat Malaysia. Tapi malang tak berbau mungkin ini, cara Awal nak tunjukkan kepada semuanya, yang mereka sah bercinta. Ingatkan pergi sana cuma bercuti dan bersantai2 biasa, tapi siap berpegangan tangan dan peluk2 lagi tu. Tu yang jadi spekulatif besar nanti bila dah balik sini. Kalau dah gatai sangat, kahwin lah Awal. Bukan muhrim diantara kamu tue.. huhu..