Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tomok akui bercinta dengan Fara Fauzana

Isnin, 31 Mei 2010

Juara OIAM, Tomok mengakui dia pernah bercinta dengan pengacara TV, deejay Radio, Fara Fauzana. Memang sukar untuk kita menerima hakikat sebenar, siapa sebenarnya kekasih Tomok mahupun juga Fara. Kalau mahu diikutkan Tomok nampak macam muda sedikit berbanding Fara yang nampak lebih 'dewasa'. Jadi kalau benar mereka bercinta, baguslah, habis cerita juga kan. Dua-dua ada pakej menarik, penampilan masing2, bakat tersendiri. Jadi tak salahlah lagi. Kepada peminat-peminat disana janganlah bersedih dengan cerita ini, kerana ianya hanyalah mimpi Tomok yang tiada kesudahan. Keke.

Abby Abadi, Zul Ariffin bergambar mesra lagi

Pelakon janda dan muda ni memang selalu menjadi bualan gossip orang mengenai status hubungan mereka. Namun itu lah Abby dan Zul sering kali menganggap diri mereka hanya kawan biasa. Bila dah tersebar gambar mesra dan romantis, maka tak tahulah nak kata apa lagi. Gambar dibawah adalah gambar mesra terbaru daripada aksi Abby dan Zul yang dianggap sesetengah pihak sebagai berpelukkan. Pas 'peluk' Abby dapat pulak 'peluk' anak Abby pulak. huhu. :P

Noh Hujan kata awek UNISEL tak cun dan busuk!

Karyawan yang gila je tak hargai peminat dia. Begitulah respon Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh apabila ditanya mengenai sikap biadapnya menulis ‘Awak busuk’ kepada seorang pelajar wanita di sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk, kursus Diploma Teknologi Fotografi di UNISEL. Kejadian 29 April lalu telah menimbulkan ketidakpuasan hati warga universiti terbabit sehingga seorang wakil pelajar tampil di Melodi dan akhbar B*Pop untuk menceritakan hal sebenar.

“Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain. Saya bergurau je. Kelab peminat Hujan sendiri, Raingers pun gelak bila dengar isu ini. Orang dah tahu Noh macam mana. Noh nak buat peminat serapat yang boleh dengan Noh. Saya nak orang selesa dengan saya. Itu cara saya. Silap saya buat macam itu dekat orang yang salah.”
Difahamkan, Noh telah dijemput oleh warga universiti terbabit untuk menghadiri satu ‘screening’ yang turut dihadiri tokoh perfileman negara, Senator Tan Sri Dr. Jins Samsudin, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Yusof Haslam dan Dato' Siti Nurhaliza.

Selain menulis ‘Awak Busuk’ ketika sesi tandatangan, pelajar berkenaan turut memberitahu Noh telah menyebut "Girls kat sini tak cantik, tak cun" pada hari kejadian. Ekoran perbuatan Noh yang dianggap biadap dan keterlaluan itu, warga kampus terasa terhina dan meminta Noh tampil memohon maaf secara terbuka kepada mereka.
“Saya boleh minta maaf tapi itupun sebelum dia keluar dekat televisyen. Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu, tak kan saya nak minta maaf. Jika mereka datang jumpa Noh, Noh akan minta maaf, tapi mereka tak datang sendiri jumpa Noh,” tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada pelajar kampus terbabit. Lebih baik saya buat kerja kat studio dari layan benda macam ni. Saya buat kerja saya je. Biarlah orang menilai saya. Ada masa kita boleh balas, ada masa tak payah. Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya ahli muzik yang nak main muzik" kata Noh. -Gua

Gambar tunang Rizal Ashreff (Awan Dania)

Ahad, 30 Mei 2010

Pelakon baru dan muda, Rizal Ashreff ni sememangnya kurang dikenali ramai, tapi kalau ada yang pernah melihatnya dalam siri drama Awan Dania dan beberapa filem Datuk Yusof Haslam, mungkin dapat tahu lakonannya macamana. Baru-baru ini, Rizal Ashreff telah bertunang dengan pilihan hatinya, tidak tahu siapa namanya. Sumber didapati daripada Facebook milik Rizal Ashreff sendiri. Manis juga tunang Rizal Ashreff, pandai dia memilih. Semoga dipercepatkan tarikh pernikahan nanti. :)

Iklan Stacy yang telah di Photoshop

Memanglah strategi iklan tue adalah untuk menarik minat pengguna dan pelanggan. Tapi iklan yang terbaik adalah iklan yang mendominasikan golongan artis sebagai duta produk. Kerana artis mempunyai pengaruh yang kuat dan ramai peminat. Macam Stacy, walaupun kecil molek, usia muda, namun peminatnya di seluruh Malaysia begitu ramai. Jadi pengiklan dibawah telah mengambil kesempatan untuk menggunakan perkhidamatan Stacy dalam pengiklanan mereka, menyedari Stacy begitu cantik, mereka kasih cantik lagi dengan menggunakan teknik photoshop. Tengoklah hasilnya yang cun ini..

Gambar Diana Danielle berpakaian kampung

Sabtu, 29 Mei 2010

Kalau Diana Danielle atau nama mesranya DD yang selalu dok kat bandar, kini DD kian merasai hidup di kampung atau halaman desa. Berpakaian serba melayu dan menampakkan ciri-ciri wanita kampung. Ini dirasai DD ketika dia berada di Kuala Lipis. Tidak tahu atas faktor apa dia berada disana, jadi kemungkinan dia hanya berlakon untuk drama/filem tertentu. Kan manis DD berpakaian macam ni, jan dicop jadi artis yang seksi tapi adat2 Melayu dipinggirkan. Ngeh3..

Gambar anak Noraniza Idris

Nama kepada anak penyanyi yang popular dengan lagu-lagu etnik Melayu, Noraniza Idris adalah Aliff dan Afiq. Walaupun pernah bercerai dua kali yang terakhir pada 2008, namun kasih sayang Noraniza terhadap anak-anaknya makin mendalam. Aliff dan Afiq sekarang dah kelihatan sungguh 'besar'. Besar bukan apa, badan fit macam ahli bina badan. Kiranya Kak Ani kita ni ada 2 orang bodyguard yang disayangi. Dah lah fit, hensem-hensem lagi tue. :)

Ina Naim hamil 4 Bulan!

Baru-baru ini adalah teman sepejabat bertanya khabar kepada Ina Naim. Perbualan mereka tidak terhenti setakat bertanya khabar saja, sebaliknya isteri kepada bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad itu memaklumkan dirinya sudah berbadan dua. Kandungannya kini berusia empat bulan. Nampaknya selepas melahirkan anak sulungnya, Ehmed Hadie Elfardie pada 2008, Ina akan dapat lagi anak beberapa bulan lagi. Itu namanya rezeki. Kata Ina lagi, dia cuma mengalami alahan waktu pagi saja. Biasalah itu. Normallah kalau orang mengandung. -Bharian

Lagi gambar Azza Elite, Rozita Che Wan Seksi

Jumaat, 28 Mei 2010

Pada Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF8) Rozita Che Wan pun turut datang. Tapi pakaiannya, memanglah cantik dan mengiurkan, tetapi skirt pendek paras atas lutut yang bila duduk menyerlahkan keputihan pehanya tak berapa elok pada pandangan. Lagipun Rozita Che Wan baru saja pulang dari umrah, bukankah lebih elok jika memakai pakaian yang lebih sopan. Kalau boleh bila balik dari menunaikan ibadat, pakaian kenalah jaga sikit. Ialah seolah-olah umrah tu pergi melancong pula bila balik penampilan tidak dijaga.

Bukan saja Rozita yang seksi, Azza bekas anggota kumpulan Elite pun bukan main sakan lagi gayanya. Kalau skirt Rozita pendek, Azza punya lagi pendek. Kalau iya pun nak bergaya, fikirkanlah kesesuaian majlis. Kalau boleh bila pergi ke majlis yang ramai peminat, berpada-padalah sikit bergaya. Apatah lagi masa AF8 hari itu, sebahagian besar penontonnya remaja dan orang muda. Bukan apa nanti jadi bahan mengata pula. -Bharian

Intan Ladyana pakai BMW 1Series

Hasil berkat lakonan dan juga usahanya menjadi anak seni, maka tidak hairanlah jika Intan Ladyana sekarang memandu kereta berjenama BMW 1-series. Kereta yang dikatakan dibeli olehnya dengan hasil bantuan ibu kandungnya. Kereta yang berharga lebih kureng RM130,000. Memang gah siapa pakai BMW di jalan raya. Jenama terkenal dan mewah ini pasti menjadi idaman setiap orang untuk memandu. Dan Intan akan merasakan yang akan tersenyum bila memandu kereta berkenaan ke mana-mana sahaja.

Radhi, Shazlin masih suami isteri!

Baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya mengesahkan Radhi OAG dan pasangan, Shazlin masih suami isteri yang sah. Hakim Syarie Ghazali Ahmad dalam penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan sumpah syarie yang dilakukan oleh Radhi pada petang sebelumnya. Sumpah syarie itu dilakukan oleh Radhi setelah isterinya meminta dia berbuat demikian memandangkan sebelum ini dia menafikan dia ada melafazkan talak terhadap isterinya. Bagaimanapun, Shazlin masih memohon bercerai secara baik. Mahkamah menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula. -Gua

Gambar seksi Farahdhiya

Khamis, 27 Mei 2010

Pelakon yang pernah meletop dalam nyayian lagu, Bertahta Di Hati dan juga drama Ku Milikmu, semamngnya jarang-jarang kita dengar dia sudah berpunya atau belum lagi. Rasa-rasanya belum ada kenyataan pribadi lagi yang dikeluarkan oleh Farah. Orangnya yang putih debu ni adalah kacukan Melayu-Inggeris, lahir pun di Sarzana, Itali. Nasib jerk fasih berbahasa Melayu. Hehe. Tengoklah gambarnya dibawah ni, memang cun dan menawan. -ManggaOnline

Berat badan Elyana cecah 100kg!!

Perubahan yang paling mengejutkan ramai pihak media dan juga peminat Elyana. Elyana pernah menjadi pelakon sebagai Opie dalam dunia baru the Reunion. Perubahan yang paling mengejutkan semestinya pada diri 'Opie'. Gadis pujaan lelaki ketika di universiti dulu dalam drama berkenaan kini sudah menjadi bahan ketawa, gara-gara berat badannya yang mencecah 100 kilo itu. Patut lah Elyana sekarang menyepi jerk, rupa-rupanya soal berat badannya. Memang tak disangka juga kan. Pas ni Elyana kenalah banyakkan bersenam ya. :)

Farid Kamil Konvokesyen di UiTM

Pelakon dan Pengarah Farid Kamil Zahari, 29, diberikan ucapan tahniah dari ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, (kanan) dan bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan, 58, selepas menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kreatif (Seni Layar) di Konvokesyen UiTM ke 72 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini. Farid Kamil Zahari turut menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat konvokesyen itu.

Farid, 29, yang bakal muncul dalam filem Lagenda Budak Setan gembira kerana berjaya menghabiskan pengajiannya. Anak sulung daripada lima beradik itu berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya ialah terpaksa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian. -Bernama

Orang gaji Sharifah Aini paling bertuah?

Rabu, 26 Mei 2010

Memang tak disangka, prihatin sungguh Kak Pah kita ni, sampai orang gaji dalam rumahnya disponsor menunaikan umrah sebanyak 11 kali dan bercuti ke luar negara!!. Kak Pah dah anggap orang gaji berkenaan macam keluarganya sendiri. Jadi memang orang gaji berkenaan bertuah dan sungguh bahagia menjadi orang gaji Kak Pah. Kak Pah ni mungkin super kaya juga kot, tapi merahsiahkan kekayaannya daripada pihak umum. Kalau ada jawatan kosong orang gaji Kak Pah pas ni, jangan lepaskan peluang ya. Hang kebun pun Hang kebun lah.. :P

Lagi gambar Scha Al-Yahya, Awal Ashaari dating

Lagi mengenai kisah cinta pribadi pasangan sensasi Scha dan juga Awal. Ada seorang pengintip atau juga spy telah berjaya mengambil gambar mereka berdua yang sedang santai selesai makan tengahari. Memang susah nak nampak dorang dating, tapi kalau dah ada bukti gambar ni, mungkin pergerakkan mereka sedikit sebanyak terbatas jika mereka berdua mahu menafikan lagi status percintaan mereka kepada umum. Gambar diambil di The Curve, Damansara baru-baru ini.

Gambar kereta Shikin Dahalan yang remuk akibat kemalangan

Shikin Dahalan atau lebih dikenali sebagai Shikin Dangdut nyaris maut dalam satu kemalangan jalan raya yang membabitkan lapan buah kenderaan di Kilometer 44, Lebuh Raya Karak, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari kelmarin (25/5), Shikin yang memandu kereta Honda City miliknya sedang dalam perjalanan menuju ke Gambang, Kuantan untuk membuat persembahan dalam program anjuran Telekom Malaysia pada sebelah malam.

Menurut Shikin, dia memandu agak perlahan ketika itu berikutan keadaan yang basah sementara kereta Persona itu berada di lorong laju. Kemalangan yang melibatkan dua buah kereta Kancil, sebuah Proton Iswara, Proton Wira, Proton Persona dan sebuah bas itu berlaku di satu selekoh. Katanya, hanya leher, tangan dan kakinya luka terkena serpihan cermin yang pecah sementara terdapat benjol besar di kepalanya. -mStar

Candy AF, Ali Samadi dalam video 'Make You My Girl'

Selasa, 25 Mei 2010

Ada keluar artikel pasal Candy berduet dengan penyanyi dari tanah Arab (Iran) baru-baru ni. Tapi video dia yang susah nak dapat tengok. Kat bawah ni ada. Candy anak kelahiran Tambunan, Sabah ni masih muda lagi usia baru 21 tapi dah hot dalam video klip berkenaan. Pelik juga, berita ni tak diheboh2kan media, mungkin media sibuk dengan kes-kes cerai artis sahaja kot, pencapaian artis seperti Candy ni memang menarik, apatah lagi digandingkan dengan penyanyi top Iran, Ali Samadi yang hensem tahap maksima.


Gambar Eizlan Yusof yang Macho

Eizlan nie sekarang dah mempunyai dua orang anak, Vie Zaara dan Zareef Yusof hasil perkahwinannya dengan Vie Shantie. Jadi status ayah tue masih lagi ada pada diri Eizlan. Walaupun dah kahwin Eizlan ni seorang yang boleh dikatakan macho, setaraf dengan artis lain yang macho2 di zaman bujang. Tapi Kalu tengok Eizlan kat bawah, memang meleleh air liur gua cakap sama uall, siap ada jambang lagi tue Eizlan (dah dicukur/modify). Tapi dah tak boleh dah ngorat, dah jadi laki Vie. Hehe..

Anne HotFM nak kahwin 12 Jun 2010

Menghitung hari dan kurang sebulan lagi, penyampai radio Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, akan disatukan dengan arjuna hatinya, Nik Mahathir Zainuddin (pereka grafik untuk Al Jazeera yang beroperasi di KLCC), 33 pada 12 Jun depan. Malah ketika ini persiapan saat akhir masih rancak dilakukan. Kalau mahu disingkap terlalu banyak ujian yang harus ditempuhi menjelang hari bahagianya itu. Malah ketika sesi fotografi baju pengantin buat julung kalinya, air mata Anne mula bergenang kala rancak berbicara mengenai persiapan perkahwinannya menjelang 12 Jun ini.

Bayangkan di saat wanita sepertinya sibuk membuat persiapan dibantu ibu tercinta, Anne pula harus menelan hakikat bahawa ibunya, Raja Norhizam Raja Adnan tidak berada di sisi kerana terlebih dulu kembali ke rahmatullah sejak empat tahun lalu akibat penyakit jantung. Hampir semua persiapan perkahwinan dilakukannya sendiri. Akuinya kala bersendirian, dia pernah menangis mengenangkan apa yang harus dilaluinya. Sesekali terbit juga rasa lemah semangat apabila segala kepenatan melunaskan persiapan perlu digalasnya sendiri. -Bharian

Dafi, Marsha Londoh kantoi?

Isnin, 24 Mei 2010

Aik, apa yang kantoi ni. Adakah Dafi keluar dating dengan Marsha? mungkin tidak kerana mereka adalah sekadar kawan biasa sahaja. Namun kantoi dipengambaraan set Hotel Mania. Mengikut sumber, kantoi mereka ni hanya lah berpegangan tangan sahaja. Tak tahu langsung melalui drama berkenaan atau di luar set. Nak kata dorang bakal bercinta tentu jauh sekali, jadi ambil pandangan positive sahaja lah kan. Ya lah, Dafi tue anak VVIP, sapa dapat, untunglah. Hehe..

Linda Onn bangga diri??

Kalau mahu diikutkan, status Linda sekarang adalah seorang artis. Tapi dalam tidak disangka dia ni merupakan salah seorang artis yang kaya hasil perolehan daripada sumber perniagaan. Memiliki rumah besar, kereta canggih dan juga sekutu dengannya. Walhal ini semua hanyalah pinjaman dan amanah daripada Allah keatas hambanya. Dalam akhbar NST baru-baru ni Linda ada membuat 'statement' yang menunjukkan dirinya merupakan jutawan. Kalau nak diikutkan, 'statement' tue sepertinya ada rasa takabur cikit ler... Apa-apa pun tue duit Linda juga kan. :)

"I dreamt of having a house with a pool and automatic gates and me coming home in a big car. I've got them all, so yeah.

"True success, however, is being able to walk into a designer boutique and buy stuff without looking at the price tag. Being careful as always, I still look at the price tag. Maybe after this, I'll just go in and buy whatever I want."
-Nst

Rosyam Nor pernah terdetik nak pakai Botox!

Mencecah usia 43 tahun pada tahun ini, Rosyam menyedari bahawa tahap kesihatannya kian merosot. Kehidupannya sebagai selebriti, usahawan dan pengarah urusan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd sentiasa sibuk sehingga membuatkannya tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan. Menurut Rosyam, sebagai selebriti, beliau perlu sentiasa tampil menarik. Malah ada satu ketika, Rosyam turut mengakui pernah terdetik untuk mengambil suntikan Botox untuk menghilangkan kedutan di mukanya.

“Artis-artis ramai yang pakai botox dan ambil suntikan. Saya pernah juga hampir mencuba bila tengok kedutan di muka. Tapi atas nasihat teman-teman, saya jadi takut dan tak jadi nak guna. Satu hari, jiran saya Sharon Foong menawarkan kepada saya untuk mencuba satu ubat. Dia kata dari plasenta biri-biri. Pada mulanya saya macam ragu-ragu juga sebab guna plasenta biri-biri, namun Sharon telah meyakinkan saya bahawa produk ini halal.
“Benda dah ‘free’, apa salahnya saya cuba. Bila cuba tiga bulan, ramai kawan yang bertanya, saya buat sesuatu ke dekat muka. Baru saya sedar produk ini membantu secara semulajadi. Setelah enam bulan menjalani rejuvenasi sel Zell-V, saya yakin sepenuhnya dengan keajaiban Zell-V.”
Rosyam dilamar tiga bulan lalu untuk menjadi duta produk Zell-V selama satu tahun. Sebelum ini, Elaine Kang dan pelakon Singapura, Huang Wen Yong pernah menjadi duta Zell-V. -Gua

Serina Redzuan hamil 5 bulan anak lelaki

Ahad, 23 Mei 2010

Selepas usia kandungannya hampir mencecah lima bulan, baru Serina Redzuawan mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu adalah lelaki. Baru-baru ni, dia mendapat pengesahan tentang putera sulungnya dengan suaminya Gavin Edward O'luanaigh @ Salahudin Ghafar itu setelah melihat sendiri jantina bayi itu menerusi mesin pengimbas di Pusat Perubatan Primanora, Taman Tun Dr Ismail.

Dia memang tidak berniat mahu merahsiakan jantina bayi bagi memudahkannya membuat persediaan awal. Bukan Serina dan suami sahaja yang gembira menerima berita itu malah dia turut berkongsi kegembiraan itu dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan.

“Kami rasa tidak sabar menantikan cucu dan cicit pertama dalam keluarga saya. Syukur alhamdulillah, saya juga sebenarnya memang nak sangat bayi lelaki. Ramai juga orang lebih tua daripada saya mengandaikan bayi ini adalah lelaki sebab saya sentiasa lasak sepanjang mengandung,” kata Serina.
“Saya tidak suka manjakan diri masa hamil ini sebab tak nak anak jadi pemalas. Lagipun, dari kajian saya, saya pantang kalau selalu tidur dan memerap di rumah kerana kesannya saya akan jadi moody dan malas. Sebab itu saya lebih suka hidup aktif. Jadi, saya akan menjadi ceria dan sentiasa gembira." tambah Serina. -mStar

keputusan akhir konsert Akademi Fantasia 8 (AF8)

Begitulah keputusan undian penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei. Yang akhirnya menjadi pilihan mereka untuk bergelar juara musim kelapan Akademi Fantasia adalah anak muda kelahiran Kampar, Perak yang bernama Ahmad Shahir bin Zawawi. Bagi yang mengikuti perkembangan AF8 sejak konsert ke-9 minggu lepas, sudah pasti kemenangan Shahir sesuatu yang dijangkakan, apabila melihatkan pada pendapat majoriti peminat AF. Bila diimbas kembali perjalanan Shahir sepanjang 10 minggu berlangsungnya pertandingan ini, sesuai rasanya jika digelarkannya sebagai 'comeback kid'.

Meskipun dirasai panel juri tetap sebagai mempunyai pakej untuk melangkah ke malam kemuncak AF, namun gara-gara undian yang tidak mencukupi, Shahir telah tersingkir dari pertandingan pada minggu ketujuh. Namun, anak muda berusia 22 tahun ini mendapat talian hayat keduanya melalui AF Masuk. Dan nampaknya, Shahir tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

Walaupun persembahan pertamanya pada malam ini kurang menyerlah - memetik komen Adlin Aman Ramlie, mungkin disebabkan lagu barunya, "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" yang terasa lama - tetapi lagu keduanya, "Biru Mata Hitamku", nyanyian asal Wings, berjaya menonjolkan dirinya.

Berjaya memberi nafas baru kepada lagu klasik Wings tersebut, Shahir pada ketika itu, berjaya mengenepikan dengan mudah pesaing-pesaingnya yang lain, iaitu Adira, Daus, Maulana dan Iwan. Shahir yang gagal mengawal emosinya sebaik saja diumumkan sebagai juara AF8, membawa pulang, antara lain, wang tunai berjumlah RM200,000, sebuah kereta Peugeot 207 dan sebuah telefon bimbit LG Prada.

Gelaran naib juara jatuh kepada Adira atau nama penuhnya, Siti Adira bt Suhaimi. Anak kelahiran Sabah yang berusia 19 tahun ini membawa pulang wang tunai RM100,000 di samping hadiah lain. Tempat ketiga dengan wang hadiah sebanyak RM25,000 dimenangi Daus (Muhd Shahril Firdaus bin Eli) sementara Maulana (Muhd Firdaus Maulana Mohamed) dan Iwan (Emirza Awan Zulazrin Chew), masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. -Gua

Jejai pakai Helikopter kejutkan Fasha di set pengambaran!

Sabtu, 22 Mei 2010

Riuh-rendah jadinya lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu, apabila mereka tiba-tiba dikejutkan kehadiran sebuah helikopter, tengah hari baru-baru ini. Lebih mengejutkan semua pelakon dan kru penerbitan drama bersiri yang menjalani penggambaran di pulau itu sejak 4 Mei lalu apabila sekumpulan VIP yang singgah di pulau itu disertai bekas suami pelakon drama popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli bertujuan membuat ‘surprise’ kepada seorang pelakon utama drama bersiri itu, Nur Fasha Sandha Hassan.

Fasha yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Rizal bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui langsung perancangan Jejai untuk datang memberikan kejutan kepadanya. Helikopter yang membawa Rizal dan beberapa temannya mendarat di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari chalet tempat semua pelakon menginap dan menjalani penggambaran kira-kira jam 1 tengah hari.
“Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya. Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur. Tujuan Rizal hanya untuk memberikan kejutan kepada saya dan tidak bermaksud apa-apa. Kebetulan Rizal datang waktu makan tengah hari, jadi saya dan krew penerbitan yang lain sempat menjamu selera bersama ketika waktu rehat,” kata Fasha yang masih terkejut.
Pelakon lain yang turut menyaksikan kehadiran Rizal dengan helikopter termasuk Zachery Francis, Shakila, Zain Saidin, pengarah drama, Adam Hamid serta penerbit yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions Sdn Bhd, Fadzil Teh.

Gambar Diana Danielle yang seksi dan putih

Gambar dibawah adalah gambar yang diaksikan oleh Diana Danielle. Walaupun usia masih muda, tapi gaya Diana seperti orang dewasa. Bentuk badan juga tak ubah seperti artis-artis yang dalam lingkungan 30-an. Gambar yang menunjukkan Diana mengayakan pakaian simple dan biasa ini menampakkan bahagian pahanya yang putih gedebu. Apa motif gambar seksi ini, penulis pun tak tahu juga. Tapi korang tengok dan nilai lah sendirinya, ingat komen lucah confirm kena reject. Hehe. -ManggaOnline

Fizow Omar diugut dengan pistol!!

Kisahnya berlaku ketika dia bercuti minggu lalu. Sememangnya pengalaman bercuti di sebuah pulau peranginan di pantai timur menjadi igauan ngeri buat jejaka kacak itu. Pelakon yang semakin meningkat naik itu melalui pengalaman yang cukup menakutkan hanya kerana salah faham dengan seseorang yang difahamkan pelancongan tempatan yang turut berkunjung ke pulau peranginan berkenaan. Ketika dia dan rakan-rakannya sedang bersantai di tepi pantai peranginan yang nyaman dan indah itu dia, didatangi sekumpulan peminat yang kebetulan menyedari kehadiran jejaka yang popular menerusi drama bersiri, Gadis Merah Jambu dan Puteri Salju itu.

Sebagai artis yang cukup terkenal dengan sikap sopan dan rendah dirinya, seperti biasa dia melayan peminat yang ingin bergambar dan mengambil autografnya. Pelakon berkenaan sememangnya menjadi kegilaan ramai peminat terutama gadis remaja. Kebetulan pula, ketika dikerumuni kelompok peminat kebanyakannya terdiri daripada wanita. Difahamkan, seorang daripada teman lelaki peminat yang menyapa pelakon berkenaan mula tarik muka.

Mungkin kerana bengang dengan tindakan teman wanitanya itu, lelaki berkenaan memberi amaran kepada Fizow supaya beredar daripada kawasan itu. Lagak pemuda itu tidak ubah seperti samseng. Sebagai pelancong yang menikmati keindahan pemandangan di pulau peranginan itu, Fizow tidak menghiraukan apa yang dikatakan pemuda itu dan kumpulannya. Sebaliknya, Fizow mengamalkan pendekatan selamat hanya membalas dengan kata-kata kehadirannya di sana hanya untuk berehat bukan untuk mencari pasal dengan mana-mana pihak.

Mungkin tidak puas hati dengan kenyataan Fizow, pemuda berkenaan menayangkan pistol di pinggangnya sebagai tanda amaran kepada pelakon berkenaan. Apalagi, terkejut beruk Fizow melihat tindakan pemuda itu. Begitupun, kerana tidak mahu menempah bala, Fizow menjauhkan diri daripada kelompok pelancongan tempatan terbabit. Selepas pulang daripada pulau peranginan itu, Fizow masih trauma dengan kejadian itu dan terfikir apa motif sebenar pemuda berkenaan bertindak demikian. -hMetro

Haliza Misbun 'gegar dunia' dalam Andartu

Jumaat, 21 Mei 2010

Dalam Filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami memang membariskan pelakon-pelakon serba boleh tempatan dan juga dari negara jiran. Kata seorang peminat yang tidak mahu dikenali kalau melihat trailer dibawah ini, ianya seakan-akan drama bersiri kat dalam Astro. Tapi tidak tahulah kesinambungan dalam Filem berkenaan. Yang itu anda digalakkan menonton sebagai mengetahui jalan akhir cerita berkenaan. Tapi yang paling masyuk adalah Heliza Misbun ni. Memang tak boleh nak dikatakan apa lah, memang ini lah yang dia mahu kot..

Minit ke 1.03

Kes Bung Mokhtar, Zizie ditangguhkan, ~selamat sekejap~

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur meluluskan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sebulan ke atasnya sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selesai. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang mengumumkan keputusan itu pada pukul 12.20 tengah hari mengarahkan pihak defendan mengemukakan notis rayuan kepada mahkamah dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 138 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

Bung Moktar atau nama sebenarnya Moktar Radin, 51, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu proses rayuan selesai dilaksanakan. Bung dan Zizie turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama. -mStar