Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abby Abadi masih sayangkan Norman Hakim?

Jumaat, 30 April 2010

Tindakan Abby Abadi mewakili Norman Hakim di Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) baru-baru ini mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir. Abby naik ke pentas untuk mengambil anugerah yang dimenangi oleh Norman bagi Kategori Artis Lelaki Bibir Seksi. Bukan itu sahaja, sebaik menerima anugerah tersebut, Abby juga sempat mengulas tentang kemenangan bekas suaminya itu. Menurut Abby, mungkin benar Norman memiliki bibir seksi kalau tidak masakan ramai yang meminati lelaki itu.

Tindakan Abby ini seolah-olah mengambarkan dia dan Norman sudah pun berbaik-baik semula dan tidak bermusuh seperti dahulu lagi.

“Saya dan Norman biasa-biasa sahaja. Saya nampak dia cuba berbaik-baik dengan saya dan anak-anak. Jadi, saya pun tidak ada masalah dengan dia. Dia pun selalu datang ke rumah untuk jumpa anak-anak. Saya naik ke pentas tadi bukan kerana dia suruh saya wakilkan, tetapi ia berlaku secara spontan. Apabila saya tahu dia tidak hadir, saya terus naik ke pentas untuk ambil anugerah yang dia menang,” jelas Abby. -Gua

Awal Ashaari langgar kereta orang

Kalau bab langgar melanggar ni dah menjadi lumrah orang yang berkereta. Jangan katakan kereta anda boleh selamat daripada kesan2 langgar, pasti ada kesan itu dikereta anda satu hari nanti kalu anda cuai. Tapi bila berlanggar dengan kereta orang, satu jerk penyelesaiannya, bayar gantirugi, habis citer. Yang tue lah terjadi kepada pelakon kita ni, Awal Ashaari yang mendakwa kereta miliknya melanggar kereta yang didakwa orang jenis BMW. Awal pakai 4x4, mungkin Hummer kot Awal guna ni. Sebab tue kerosakkan kecik jerk. Tapi yang sedih bila menimpa musibah, Awal kata apa.... tengok sendiri..

Fahrin Ahmad bagi bunga kat seseorang

Kalau kisahnya dahulu menjadi pengajaran buat Fahrin, kini Fahrin sepertinya lebih sedia mahu menerima seseorang dalam hidupnya. Kes saman dia dan Linda Onn pun sepertinya juga sepi dibadai ombak-ombak keriangan. Ya lah, masing-masing ada kerjaya. Fahrin pun ramai peminat, apatah lagi Facebook miliknya nak hampir mencecah 200,000 fan. Dalam diam juga Fahrin ada bagi bunga kat seseorang, bukan lah masih muda, tapi dah berusia sedikit. Wanita itu adalah salah seorang pemenang baju terbaik bagi majlis Hari Setiausaha PNB awal bulan April yang lalu. Memang seperti mahu melamar pun ada juga. :)

Bunga Citra Lestari hamil 4 bulan

Khamis, 29 April 2010

Seperti kebanyakan ibu-ibu yang pertama kali hamil, rasanya bagi yang mampu samalah seperti artis dari seberang yang berkahwin dengan artis dari Malaysia, Bunga Citra Lestari turut tidak ketinggalan menganjurkan kenduri kesyukuran untuk menyatakan kesyukuran kerana hamil 4 bulan. Bagaimanapun, majlis tersebut dilakukan secara tertutup dari wartawan. Namun turut mengundang beberapa orang anak yatim. Perkara itu diberitahu oleh seorang pembantu rumah Bunga.

"Iya ada acara pengajian tapi nggak mau diganggu, acaranya tertutup. Hanya kedua keluarga besar saja yang hadir," katanya yang ditemui di kediaman Bunga di Jakarta Selatan.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehamilan Bunga, secara tradisinya dalam Islam, kenduri kesyukuran diadakan apabila kandungan artis jelita itu sudah memasuki bulan keempat. Dia dan Ashraf Daniel Sinclair selamat dinikahkan pada bulan November 2008 yang lalu. -mStar

Gambar PPMH 2010, ramai artis putih melepak

Pada minggu yang lalu telah diadakan majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) untuk tahun 2009/2010 dimana berlangsungnya juga sempena ulangtahun ke-25 tahun Media Hiburan. Turut hadir artis-artis popular dan tidak popular datang utnuk memeriahkan lagi majlis berkenaan. Anugerah ini tidaklah sebesar Anugerah Bintang Popular atau Anugerah Juara Lagu, tapi boleh tahan ramai jugalah selebriti yang datang untuk memeriahkan majlis bak kalau melihat hampir kesemua artis datang. Majlis ini berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Dibawah adalah beberapa gambar yang sempat diambil.

Berikut senarai pemenang Anugerah PPMH
1) Artis Lelaki Paling Bergaya - Anuar Zain
2) Artis Wanita Paling Bergaya - Erra Fazira
3) Artis Lelaki Berkulit Cantik - Dafi
4) Artis Wanita Berkulit Cantik - Datuk Siti Nurhaliza
5) Artis Lelaki Mata Mengancam - Dr. Fazley
6) Artis Wanita Mata Mengancam - Rozita Che Wan
7) Artis Lelaki Hidung Memukau - Jimmy Shanley
8) Artis Wanita Hidung Memukau - Rita Rudaini
9) Artis Lelaki Gigi Tercantik - Diddy AF
10) Artis Wanita Gigi Tercantik - Lydia Ibtisam
11) Artis Lelaki Bibir Seksi - Norman Hakim
12) Artis Wanita Bibir Seksi - Linda Onn
13) Artis Lelaki Rambut Menawan - Anuar Zain
14) Artis Wanita Rambut Menawan - Fauziah Ghaus
15) Artis Kacak - Kamal Adli
16) Artis Jelita - Diana Danielle
17) Pesona Artis Baru - Scha Al-Yahya
18) Artis Lelaki Paling Sensasi - Azwan Ali
19) Artis Wanita Paling Sensasi - Abby Abadi


























Gambar kekasih Neves Pretty Ugly?

Neves ni merupakan penyanyi vokalis untuk kumpulan Pretty Ugly. Tak tahu kalau kumpulan ini masih lagi aktif atau tidak dalam kegiatan dunia seni. Yang pasti rasanya sunyi tanpa perkhabaran berita daripada kumpulan ini. Baru-baru ini adalah seorang informer ni memberi kan beberapa keping gambar yang didakwanya merupakan kekasih kepada Neves. Mesra memang mesra di mana-mana sahaja mereka berada katanya lah. Nama manja kekasih Neves ni adalah Amy kalau tak silap. Apa-apa pun harap panjang jodoh kalian dan kahwin la cepat-cepat. :)

Dynas Mokhtar selamat melahirkan anak

Rabu, 28 April 2010

Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang telah berkahwin selain dikurniakan cahaya mata. Begitulah yang dilalui oleh model serta pelakon Dynas Mokhtar serta suami apabila Dynas telah selamat melahirkan seorang bayi comel pada hari Sabtu lalu bersamaan 24 April 2010. Dynas melahirkan bayi perempuan comel secara normal tepat pada jam 7.57 pagi. Bayi seberat 3.4 kilogram itu diberi nama Khyra Khalyssa. Menurut suami Dynas, Mohd Hafizy Mohd Hafiz, Dynas dan bayi kini dalam keadaan sihat.

“Thanks. Just wanna say thanks to all doa-doa yang telah diberikan kepada Dynas and baby. Semuanya alhamdulillah, selamat semuanya. @dynasCLPT: Hie all..woke up early today.ok I memang dah bersalin!!hehe her name is Khyra Khalyssa and berat dia is 3.4kg.lahir on 24th april..” Twitter Dynaz
Dynas mendirikan rumahtangga dengan Hafizy pada 15 Mac 2008 dan pernah mengalami keguguran. Tahniah diucapkan kepada Dynas dan suami dan semoga rumahtangga mereka lebih bahagia dengan kehadiran permata hati, Khyra Khalyssa. -Gua

Yuna kini jadi model iklan tuala wanita

Memang jarang sekarang nampak atau berita mengenai penyanyi wanita indie Malaya ni. ya lah kan dia sekarang di Amerika dalam proses buat album disana. Tapi baru penulis perasan yang Yuna sekarang ni ada juga membuat kerjaya dengan model pengiklanan, mungkin dia jadi duta untuk produk berkenaan. Yang hairannya, apa sal motif iklan tu lain macam pulak ya, yang jadi modelnya orang bertudung dan berketrampilan Islamic, tapi yang diserapkan dengan iklan tuala wanita. Kot ya pun, carilah model yang bukan mencirikan kpribadian seorang Islam tue, yang tak pakai tudung ke. huhu. Apa-apa pun tahniahlah Yuna, kerana ada bakat jadi model iklan. :)

Rosyam Nor pemilik pertama the Satria Neo R3 Lotus Racing Edition

Memang suatu yang membanggakan buat diri pelakon, pengarah, pengacara Tv, Rosyam Nor. Mungkin rasa puas itu ada dalam dirinya sekarang. Manakan tidak menjadi pemilik pertama keluaran kereta adalah satu-satunya idaman untuk pengila pemilik kereta. Kombinasi Proton dan Lotus dalam Satria Neo R3 ini cukup mengegarkan ibukota Kuala Lumpur. Kalau artis lain bangga dengan kereta jenama luar yang mahal, yang nie artis contoh yang baik, walaupun kaya tapi masih mengekalkan jenama Malaysia sebagai pilihan dihati. tapi mungkin bidaannya tinggi untuk memiliki kereta pertama ini.

Suami saya bukan playboy! -Lisdawati

Selasa, 27 April 2010

Itulah kenyataan yang dibuat oleh isteri kepada Fauzi Nawawi di dalam keratan Harian Metro edisi minggu lepas. Ini buat adalah diatas gosip yang menimpa suaminya itu yang dikatakan ada hubungan dengan pelakon kontroversi, Zurina An Julie beberapa minggu yang lalu. Tapi tak tahu kesahihan gosip berkenaan, almaklumlah hanya gosip semata-mata, pengakuan daripada pihak tertentu pun belum didengarkan juga. Sebab tu, Lisdawati mahu mempertahankan rumahtangganya. Yelah siapa tak nak pertahankan rumahtangga bila mendengar isu-isu seperti ini. Memang suatu yang mengerikan apatah lagi status tue artis.

Zaibo digosip sudah kahwin dengan janda anak sembilan

Satu Johor kecoh kononnya ternampak pelakon komedi popular, Zaibo, 54, selalu sangat berkepit ke sana kemari dengan seorang wanita berusia awal 40-an. Salah seorang pengosip adalah dari Rengit. Orang Rengit tu bagi tahu dia syak Zaibo dah kahwin senyap-senyap sejak beberapa bulan lalu. Kalau tak kahwin pun mungkin tengah dok bercintan-cintun dengan wanita berkenaan. Menurutnya lagi, Zaibo dengan wanita berkenaan begitu mesra. Mereka selalu ke pasar dan beli ikan sama-sama.
“Kami orang Johor ni minta Niezam tolong siasat segera. Dia orang macam laki bini. Mesti dah kahwin tu. Jangan la sorok-sorok kalau ye pun,” komen seorang pembaca.
Tanpa mahu berselindung, kata Zaibo dia mengaku memang sedang berkawan baik dengan seorang janda anak sembilan. Tapi hubungan tu tidak lebih-lebih. Hubungan tu macam adik dan abang angkat sahaja.
“Saya memang berkawan baik dengan wanita Rengit tu (seorang petugas di sebuah universiti di Johor). Sejak kebelakangan ni bila tak ada shooting memang saya selalu ke sana. Dia adik angkat saya. Kami dah kenal dekat 10 tahun dah. Saya minta kepada sesiapa yang nampak saya berdua-duaan di pasar atau di mana-mana kedai makan ke, jangan salah faham pula. Dia bukan isteri saya tapi adik angkat sahaja,” ujar Zaibo. -Utusan

Umie Aida, Datuk Paduka main Parasailing

Selesai sahaja majlis persandingannya di kediaman pengantin lelaki malam kelmarin baru-baru ini, aktres jelita Datin Paduka Umie Aida menghilangkan tekanan dan kepenatannya dengan melakukan aktiviti parasail di pantai Batu Ferringhi bersama suami tersayang, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 25 April. Pasangan merpati dua sejoli ni sedang seronok bermain parasailing disana. Tak tahu ini bulan madu mereka, tapi kata mereka, mereka akan berbulan madu di negara-negara Eropah termasuk Switzerland dan Venice, Itali pada bulan Mei nanti.-mStar

Pelawak Kuman, masuk wad ICU

Isnin, 26 April 2010

Mengikut maklumat sahih yang diterima oleh Si Lazer blog, siapa lagi kalau bukan abang Azwan Ali kite, mengatakan yang pelawak dan pelakon komedi, yang lebih dikenali sebagai Kuman dilaporkan telah ditahan di wad ICU, Hospital Tawakal. Punca atau sebab dia dimasukkan di wad ICU kurang pula dibagitau oleh Abang Azwan kita ni. Namun kalau ianya benar dan betul, kita doakan sahaja yang Kuman kembali pulih dan sihat seperti sediakala. Bak pesanan Abang Azwan kita...

MOGA ALLAH SWT....MEMBERI KEKUATAN BUAT KUMAN....
DAN MARILAH SEMUA....MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT KUMAN.....
SEMOGA CEPAT SEMBUH....DAN KEMBALI AKTIF...
MEWARNAI DUNIA SENI NEGARA......

INSYA ALLAH......BACAKAN DOA YA SEMUA??? HARI NI HARI KUMAN....
HARI KITA BELUM TENTUUUU...........HANYA ALLAH SWT MAHA PENENTUUU......
AMINNN....................... -Blog Azwan Ali

Siapa cantik di antara mereka?

Kalau melihat barisan artis dibawah ni, memang mejoritinya semuanya cantik, dari Juliana Evans, Diana Danielle, Liyana Jasmay dan yang sorang lagi tue dua dari kiri tak dapat penulis teka. Kalau mahu dilihat daripada perspektif fizikal masing-masing ada pakej tersendiri, tapi kalau mahu dilihat daripada sudut 'gosip', Diana lah paling ngetop diantara yang lain. Jadi bagi penulis, Diana adalah pemenang bagi gambar dibawah ni. Korang pulak macana, pilihlah siapa yang cantik kat bawah ni. Hehe..

Aksi Porno Dhani, Mulan Jameela?

Ahad, 25 April 2010

Mungkin aksi ini adalah untuk pembikinan video lagu duet antara Ahmad Dhani (Dewa) dan Mulan Jameela. Memang suatu aksi yang boleh dianggap keterlaluan dan boleh dianggapkan sebagai aksi porno yang menyamakan dengan aksi di buku aksi pelbagai seks 'Kamasutra'. Tapi yang ini bezanya adalah mereka memakai pakaian dan tidak bogel seperti dalam buku berkenaan. Tapi kalau mahu diimbas kembali, bukan mereka melakukan aksi porno berkenaan tapi mungkin Dhani mahu menolong Mulan dengan mengangkat pahanya diatas beban badanya yang diikat oleh tali. Huhu.

*klik untuk besarkan

Lan Pet Pet gurau lucah dengan Wangi

Orang kata melawak biar kena pada tempatnya, kadang kala ianya boleh menimbulkan banyak spikulasi apatah lagi berkaitan dengan hal-hal sensitif. Mazlan Senario atau dikenali Lan Pet Pet memang sudah lama dalam dunia industri pelawak. Mungkin dia sudah semakin banyak belajar mengenai kesilapan dan berwaspada dengan apa yang dilakukan. Tapi kadang kala terkantoi juga lawak spontan lucahnya itu. Dia melakukan aksi berkenaan dengan Wangi daripada kumpulan The Fabulous Cat. Walaupun dianggap bergurau tapi sepertinya ada yang tak kena..

Ayah Dang Suria, Zainurdin Ismail meninggal dunia

Berita yang mengemparkan industri tanah air kita dengan satu lagi kehilangan anak seni, salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Dang Suria Zainurdin di atas kembalinya ke rahmatullah bapa tersayang, Zainurdin Ismail. Zainurdin Ismail, 72 merupakan seorang dramatis veteran yang popular satu masa dahulu, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 22 april 2010 sekitar jam 4.50 pagi. Allahyarham disahkan mengidap Sepsis with Multiple Organ Failure. Gambar dibawah adalah kenangan arwah dan isteri ketika majlis perkahwinan Dang Suria dan Ad Samad.

Fafau dah nak kahwin? fakta atau auta?

Sabtu, 24 April 2010

Jangan lupa, Fara Fauzana ni memang liat dalam aktiviti mengenakan orang apatah lagi dalam rancangan panggilan hangit. Memang mencuit hati dan kadang kala seakan-akan benar sehinggakan orang tak boleh nak cam pun. Lupakan pasal panggilan hangit, tapi baru-baru ni, Fafau ada buat satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya, yang mengatakan bahawasanya dirinya akan berkahwin pada hari kelmarin (23/4). Tidak tahu betul atau tidak kenyataan yang dibuat. atau sekadar nak kenakan korang dengan trik nya ini. ntah-ntah untuk babak lakonannya kot. kalau betul kahwin, baguslah, hujan ribut pun tak da lagi. Hehe.

Sharifah Amani menghisap rokok?

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah dimengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani nie seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di interview oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau bukak fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok kat tangan dia. Hu~

Liza, isteri ajai selamat lahirkan anak

Pada hari Jumaat yang mulia kelmarin (23/4), jutaan tahniah diucapkan kepada komposer dan penyanyi Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 35, kerana isterinya, Norliza Mohamad Ilias, 37, selamat melahirkan bayi perempuan yang comel, petang Khamis. Syukur alhamdulillah kerana Liza melahirkan bayi itu secara normal yang diberi nama Danisha dengan berat 2.9 kilogram, jam 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Difahamkan Ajai yang sentiasa berada di sisi Liza sejak awal pagi, memaklumkan bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan pakar perubatan. Begitupun dia amat bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan keduanya itu dilahirkan dengan selamat dan sihat. Ajai mahupun Liza, jelas terlalu gembira. .

Pasangan berkenaan berkahwin dengan meriah di Pulau Pinang, Ogos 2008. Sebelum ini Ajai mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan pertama bersama penyanyi seksi, Nurul Wahab. Semoga rezeki Ajai dan Liza akan bertambah makmur selepas ini. -hMetro