Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Scha: jangan pisahkan daku dengan Linda

Rabu, 31 Mac 2010

Tindakan Linda Onn menamakan Scha Al-Yahya di dalam surat peguamnya kepada Fahrin Ahmad beberapa minggu yang lalu, menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat kononnya bekas kekasihnya itu panas baran dan kaki pukul adalah sebagai mengiyakan apa yang dikatakan Scha sebelum ini, mengejutkan ramai. Semua tertanya, bukankah mereka berdua ini rakan karib? Mana mungkin seorang teman yang dikatakan kawan baik sanggup berbuat sedemikian.

Dari awal kes ini, jelas permasalahan yang wujud adalah di antara Fahrin dan Linda. Tidak pernah pun Fahrin mengungkapkan nama Scha. Tetapi tiba-tiba namanya ditimbulkan Linda. Jika kes ini berlanjutan ke mahkamah, Scha terpaksa tampil memberi keterangan.

“Scha tak tahu dia akan berbuat begitu. Terkejut juga tapi takpe-lah. Scha pun tak boleh komen lebih-lebih. Scha percaya dia mempunyai alasannya sendiri. Masing-masing (Fahrin dan Linda) ada ego, sebab dan kebenaran yang ingin dipertahankan, imej untuk dijaga. Bagi Scha, jika benda ni tak teruk, tidak perlu di panjang-panjangkan cerita.” kata Scha.
“Bila benda ini mula tercetus, dia minta Scha ingatkan satu benda saja, jangan biarkan orang luar merenggangkan hubungan kami. Kami berkawan secara ikhlas, tiada komplot-komplot. Walaupun benda ini berlaku, kami masih berkawan. Linda seorang yang ‘open-minded’, pemikirannya tidak kolot. Takde-nya dia nak bermusuhan sebab perkara ini.” tambah Scha. -Gua

Artis-artis di ABPBH Klang Parade

Gambar dibawah ini diambil ketika Jelajah Anugerah Bintang Popular yang diadakan di Klang Parade pada minggu lalu. Ramai juga artis-artis popular turun padang untuk memeriahkan lagi hari itu. Mana yang ada artis kontroversi, popular, tak popular, dan pelbagai ragam lagi. Memang kiranya semua ada bakat lah nak pikat penonton/pengunjung/peminat yang berada disana. Yang menarik perhatian disana adalah kehadiran Datuk Siti Nurhaliza, tidak ketinggalan sambutan harijadi Liyana Jasmay.. Eik??


----

----

------

------

-----

-----

-----











Din Beramboi koma akibat jangkitan virus

Terharu pula mendengar perkhabaran buruk yang menimpa bekas deejay radio dan kini sebagai pelawak popular, Din Beramboi. Dikhabarkan kelmarin dia terkena jangkitan virus pada kencing tikus ketika mana dia dan krew2 lain dalam set pengambaran untuk filem/drama. Kesan terhadapt jangkitan itu, maka Din kini terlantar koma di Hospital Selayang dan keadaan dia agak kritikal kerana virus itu menganggu bahagian paru-parunya. Dan darah jenis O diperlukan dalam masa 24-48 jam untuk pembersihan kot. Kita doakan Din akan selamat sembuh lah ya. :)

Menyampah dengan Suria FM gara-gara Halim Othman

Selasa, 30 Mac 2010

Luahan Peminat: Saya merupakan salah seorang pendengar stesen Suria FM sejak awal kemunculan stesen ini lagi. Cuma apa yang dikesalkan apabila perubahan yang berlaku di stesen tersebut membuatkan saya menyampah. Menyampah? Mengapa saya menyampah? Pasti ramai yang tak puas hati dengan kenyataan saya ini memandangkan sudah ada pembaharuan yang dilakukan oleh stesen itu untuk menarik minat pendengar.

Apa yang pasti cuba anda dengan rancangan Breakfast @ Suria yang menampilkan deejay Halim Othman dan Zizi. Halim sangat dominan dan mendominasi keseluruhan masa yang ada. Semua Halim nak sapu dan bercakap tanpa henti. Kasihan pula pada Zizi yang terkial-kial mengikut rentak Halim.

Mungkin ramai yang menyanjung tinggi keupayaan Halim bercakap tanpa henti tapi kena juga fikir perasaan pendengar. Adakah orang suka apa yang kita cakapkan? Harap selepas ini perkara yang sama tak akan berulang lagi dan perubahan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan penonton terhadap Suria FM. -Utusan

Gambar anak Intan Sarafina berusia 6 bulan

Penyanyi yang terkenal kerana keseksiannya sebelum kahwin, Intan Sarafina kini seperti sedia maklum dah menjadi isteri dan juga ibu kepada seorang anak. Anak nya yang bernama Megat Evan Raez, nama cukup menarik dan begitu kacukan. Perkembangan anaknya yang kini sudah berusia nak 6 bulan dah pandai meniarap. Comel memang comel anak dia, macam mak dia juga, tapi mak dia masih lagi mengekalkan kejelitaan dengan gaya 'hot' tue. Kira 'mummy hot' lah Intan Sarafina ni.

Persandingan Umie Aida, Datuk K dihadiri Tun Mahathir

Umie Aida, 37, dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, selamat melakukan majlis gilang gemilang persandingan mereka di Hotel One World tepat pada jam 9 malam (28/3). Umie dan Khairuddin disandingkan di atas pelamin rekaan Jovian Mandagie serta menyarungkan persalinan berwarna merah cili rekaan pereka yang sama. Hampir 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir ke majlis itu.-mStar

Video Liyana Jasmay sempena harijadi ke-22

Isnin, 29 Mac 2010

Video ni diambil dengan private oleh Liyana untuk kaki-kaki fan dirinya. Katanya dalam video ini adalah untuk fan yang telah menghadiahkan sesuatu kepadanya. Hadiah sempena harijadinya ke-22 pada 28 Mac 2010 yang lalu. Hadiah daripada kekasih sepertinya macam tak nak ditunjukkan pula, hehe. Takut kot, peminat nanti hampa. Tengok wajah Liyana ni comel lah, manja pun ada juga. Apa-apa pun selamat ulang tahun diucapkan semoga panjang umur dan murah rezeki anda.

Badrul Muhayat jadi buruan polis, kes pukul isteri

Pihak Polis kini sedang memburu seorang pelakon yang popular satu masa dulu yang bernama Badrul Muhayat Ahmad Jailani mengikut sumber daripada Utusan dimana beliau dipercayai memukul isterinya. Jika mengikut kes ini Badrul mungkin akan dikenakan denda yang berat bergantung betapa keseriusan yang dihadapi isterinya itu. Mungkin si isteri dah tak tahan akibat pukulan berkenaan, maka laporan polis terpaksa dibuat. Kiranya panas baran juga Badrul nie erk..

Mengenai kisah dahulu yang tidak tahu benar atau tidak berlaku, Badrul juga menghamilkan seseorang sampai keluar anak luar nikah dan masuk mahkamah juga kes berkenaan. (Bagus pukul punching, dapat kesihatan daripada bala..)

Ika AF suka-suka piercing di lidah

Gambar Ika (pelajar Akademi Fantasia 6) yang menunjukkan dia memakai piercing (bertindik) di lidahnya kini sudah tersebar luas di internet dan diakui oleh Ika sendiri. Lazimnya apabila ada foto seperti itu, ia menggambarkan budaya negatif diamalkan seseorang itu. jadi, apabila Ika pakai piercing di lidah, dia pasti terkena tempias - dengan anggapan artis yang gemar bersosial dan terjebak aktiviti tidak sihat!

“Memang itu gambar Ika, tak dinafikan Ika melakukan piercing di lidah awal tahun ini. Ika sengaja buat sebab saja suka-suka! Sekarang ni dah jadi trend muda-mudi - pakai piercing. Memang Ika tahu masyarakat memandang seorang orang yang pakai piercing. Mak dan ayah Ika di kampung pun bising, tapi disebabkan Ika tak buat salah apa-apa, Ika terus memakainya (piercing) sampai sekarang.
“Pun begitu, untuk mengelakkan kontroversi, apabila Ika menyanyi dan berlakon, Ika buka piercing. Tapi, apabila bersama kawan-kawan, Ika pakai semula. Ika harap peminat tidak berfikiran negatif apabila melihat foto Ika dengan piercing di lidah,” katanya berkali-kali memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memakai piercing

Shah Iskandar inspektor baru Gerak Khas

Ahad, 28 Mac 2010

Drama bersiri Gerak Khas memang popular dan bertahan dah bertahun-tahun. Jalan cerita juga masih dianggap relevan dan boleh diterima penonton. Kemunculan pelakon-pelakon baru juga membolehkan Gerak Khas menjadi satu revolusi kepada perubahan semangat anak muda dalam lakonan seni dan kerjaya seseorang dalam PDRM. Almaklumlah gaji PDRM kan sekarang dah naik. Gerak Khas pada tahun ini menampilkan pelakon muda, Shah Iskandar menjadi inspektor mengantikan ayahnya. Kalau nak tahu penampilannya macam mana, saksikanlah Gerak Khas.

Benjy ditahan semula selepas ikat jamin Ibu

Benjy yang kelihatan tenang, ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret baru-baru ini berhubung kes dadah. Benjy ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000. Keluarga Benjy telah datang sendiri ke balai polis berkenaan untuk mengetahui sebab Benjy ditahan semula dan mereka dapat menerima keputusan tersebut.

Gambar anak Sasha Elite yang terkini

Inilah wajah terbaru Shasha Saidin bersama anak lelakinya ketika ditemui bersiar-siar di pusat membeli belah Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Putera sulung yang diberinama Adam Ariyasenna Notosoemarsono, hasil perkongsian hidup bersama suami Salyo Priyanto kini berusia 6 bulan ini nampaknya sangat aktif bermain. Selain itu, Shasha juga mengakui beliau kini kurang aktif dalam kerjaya seninya selepas melahirkan Ariya pada Oktober tahun lalu.














Gambar sosial Nik Zaris Nellydya

Sabtu, 27 Mac 2010

Siapa Nik Zaris Nellydya? mungkin ramai yang tidak mengenali bakat muda yang berusia lingkungan 16-17 tahun ini. Nik Zaris Nellydya adalah pelakon untuk drama Spa Q di televisyen tempatan pada tahun yang sudah-sudah. Penampilan dia disana cukup sederhana dan tidak menunjukkan ciri-ciri sosial. Namun apa yang berlaku di belakang tadbir, amat mengejutkan, rupa-rupanya dia seorang yang sosial. Kalau ikut jejak langkah Tiz kan elok, popular kerana lakonannya yang baik, bukan popular seperti ni. huu.