Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lisa Surihani merokok dalam V3 Samseng Jalanan

Ahad, 28 Februari 2010

Jika di dalam filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak' dia diperlukan untuk bermain dengan ular, untuk watak antagonis keduanya sebagai Kamsah di dalam 'V3 Samseng Jalanan', Lisa Surihani diperlukan untuk berlawan dan merokok. Pertama kali melihat Lisa di dalam filem arahan sulung Farid Kamil, terkejut seketika dengan imejnya yang bengis dan garang. Berbeza sekali dengan kebanyakan watak yang telah dibawanya sehingga kini, yang majoritinya lebih menjurus kepada karektor yang manis dan sopan.

Bagi adegan merokoknya, mungkin sukar bagi sesiapa untuk mempercayai Lisa bukan seorang perokok dalam kehidupan sebenar kerana gayanya betul-betul seperti seorang perokok. Tapi itulah kehebatan seorang pelakon yang bagus, mampu membuat penonton mempercayai apa saja. Awalnya, tidak tertulis di dalam skrip bahawa Kamsah seorang perokok. Tetapi sewaktu penggambaran, kerana merasakan watak itu akan lebih berkesan jika dilihat merokok, Farid telah mencadangkannya kepada Lisa.

Tidak berkongsi tabiat yang sama seperti wataknya, tambah Lisa lagi,dia yakin penonton yang bakal menonton 'V3 Samseng Jalanan' nanti akan pandai menilai di antara watak lakonan dan peribadinya yang sebenar.

Zizan Raja Lawak tinggalkan Leez kerana populariti?


Sudah setahun lebih, bintang Prelude AF4, Leez putus cinta dengan pengacara dan pelakon, Zizan, Raja Lawak. Namun, masih ramai yang tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan mereka. Dalam pertemuan bersama Leez baru-baru ini, cuba menanyakan persoalan ini kepada gadis berkulit hitam manis ini. Namun,dia sendiri mengakui tidak punya jawapannya kepada soalan berkenaan.


"Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa. Sampai saat ini pun, saya masih tidak tahu sebabnya. Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, populariti mungkin boleh mengubah segala-galanya. Saya terima. Awalnya agak sukar jugak untuk saya terima hakikat tersebut.
"Buat masa ini, saya tidak fikir saya sudah bersedia untuk ke arah itu (cari lelaki lain). Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya seni saya. Saya nak kumpul duit dulu," katanya lagi. -Murai

Gambar anak perempuan Que Haidar, Linda Jasmine

Pelakon dan pengacara, Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine memperkenalkan anak perempuannya Ratu atau nama betulnya, Tengku Quraitulhaida yang kini berusia empat bulan baru-baru ini. Mengenai perancangan masa depan Ratu, kata Que, semua yang terbaik dan termampu dari segi pelajaran dan penjagaan akan diberikan kepadanya. Tentang inspirasi untuk nama Ratu, dedah Que, ia datang daripada isterinya, yang dilihatnya seperti seorang ratu.

Zizan Nin kahwin pada 19 Mac, tanpa tajaan

Sabtu, 27 Februari 2010

Sudah sekian lama menanti, pelakon kacak Zizan Nin mengumumkan bakal bernikah dengan Fazilah Hani Harun pada tarikh 19 Mac 2010 ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Zizan bagaimanapun enggan mengiyakan khabarnya wanita itu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran ntv7 itu. Cukuplah dia mengatakan telah mengenali hati budi wanita bertudung yang cantik jelita itu sejak dua tahun lalu setelah bertemu dalam sebuah majlis di ibu kota.

Hanya sebuah resepsi persandingan yang akan dibuat di sebelah pihak perempuan pada 20 Mac ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Zizan yang mengimpikan resepsi berkonsepkan dalam taman berkata majlis itu akan berlangsung secara sederhana tanpa tajaan mana-mana pihak.

Keretakan rumahtangga Maya Karin dapat perhatian Menteri

Baru sahaja ingin merasai kebahagiaan hidup berumah tangga, namun Maya Karin terpaksa redha dan sabar dengan kemelut yang melanda mahligai yang dibinanya bersama insan tersayang, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41. Usia perkahwinannya yang baru sahaja hampir dua tahun itu membuatkan Maya ini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya kerana terpaksa melalui saat-saat getir dalam hidupnya.

"Saya memang sedih, saya tidak pernah terfikir perkara tersebut boleh terjadi dalam hubungan kami. Saya dan suami sedang mengalami keretakan dalam rumah tangga kami," katanya. -mStar
Maya yang masih lagi merahsiakan punca keretakan hubungan dengan suaminya itu, turut menjelaskan tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya. Jadi betullah desas desus selama ini yang rumahtangganya retak, kan dah terbukti. Apatah lagi Menteri juga ambil pendapat mengenai perkara ini di dada utama akhbar tempatan.

OIAM diberhentikan kerana kos yang tinggi

Walaupun One In A Million (OIAM) masih mempunyai ramai peminat, 8TV bagaimanapun nekad merehatkan program yang sudah pun diadakan sebanyak tiga musim itu kerana kos yang tinggi dan ketandusan bakat punca utama kenapa direhatkan bagi memperkenalkan program realiti terbaru yang mengangkat elemen tarian jalanan iaitu Showdown 2010 sebagai pertaruhan terbaru mereka.

Kos penerbitan yang tinggi serta ketandusan bakat dalam bidang nyanyian menjadi faktor kenapa program yang menawarkan wang tunai lumayan sebanyak RM 1 juta itu direhatkan seketika. Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar ketika membentangkan program 8TV sepanjang 2010 di Hotel Mantra Legend, Gold Coast, Australia memberitahu, Showdown 2010 juga menelan kos yang tinggi tetapi masih lagi rendah jika dibandingkan dengan OIAM.

Seperti kebanyakan pertandingan realiti lain, program yang menawarkan hadiah wang tunai yang tidak kurang lumayan iaitu sebanyak RM 50,000 ini turut menggunakan SMS sebagai sistem undian. Juri profesional yang diberi kepercayaan untuk menilai bakat peserta ialah penyanyi yang juga anggota kumpulan Too Phat iaitu Joe Flizzow dan juga Maple Loo. -bHarian

Berbaik dahulu, baru pakai tudung - Zila Bakarin

Jumaat, 26 Februari 2010

Gelaran ‘hot mama’ lebih sesuai untuk aktres Zila Bakarin yang bertubuh seksi walaupun baru melahirkan bayi sulungnya, Kaseh Azri yang berusia 10 bulan. Mempunyai anak tidak menghalangnya untuk mengekalkan tubuh montok dan seksi. Zila akui ramai yang bertanyakan tentang perubahannya selepas berkahwin namun dia selesa sekiranya perubahan itu berlaku tanpa dirancang. Zila juga akui setiap perkara yang dirancang olehnya sebelum ini selalu tidak menjadi.

“Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini. Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” ulas Zila.
Selepas bersalin, berat badannya naik sehingga mencecah 67 kg. Apabila masuk tiga hingga empat bulan, badannya kurus sedikit dan dia mula menjaga makan. -mStar

Besarnya paha Marsha dalam Hotel Mania

Gambar dibawah dikirim oleh seorang peminat, bukan main seksi lagi Marsha dengan pahanya yang besar tue. Bercerita mengenai 'Hotel Mania' yang mengantikan 'Tari Tirana' di slot Lestary TV3, drama muzikal 26-episod, arahan Nizam Zakaria yang juga penulis skripnya, membariskan nama-nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan – Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Dan yang lebih menarik, lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah lagu-lagu popular ciptaan KRU.

Linda Onn terkejut Fahrin masih tunda kes saman

Pengacara dan pelakon, Linda Onn melahirkan reaksi terkejut apabila mendapat tahu bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad, masih menunda saman ke atas dirinya (Linda) kerana bersedia untuk berdamai jika permintaan Fahrin terhadapnya dipenuhi. Linda kehairanan kerana sebelum ini Fahrin sendiri yang beria-ia mahu mengheretnya ke mahkamah. Linda tidak mahu komen panjang dan membiarkan peguamnya menyelesaikannya.

Barangkali Linda punya alasan sendiri kerana seperti yang dikatakan Linda sebelum ini, dia yakin tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah kepada pelakon kacak itu sebagaimana didakwa. Fahrin mendakwa kenyataan dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar pada 19 Januari dan 20 Januari lalu menuduh dia kaki pukul dan tidak menghormati wanita.

Gambar awek baru Aqasha?

Khamis, 25 Februari 2010

Baru-baru ini telah diadakan majlis perkahwinan anak dara kepada produser sensasi, Raja Azmi dan dikesempatan itu juga telah berkesempatan bertemu pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu, Aqasha. Ramai juga yang tak dapat mengecam bahawa itu adalah Aqasha. Kerana fizikalnya sekarang semakin berisi. Lebih-lebih lagi apabila memakai pakaian serba putih, tambah berisilah kesannya. Malah rambut Aqasha semakin tebal dan panjang.

Dalam kesibukan majlis, sempat juga menangkap gambar Aqasha yang kebetulan sedang berdampingan dengan seorang gadis manis. Adakah ini teman wanita Aqasha? Khabarnya, ini bukanlah kali pertama terserempak dengan mereka berdua. Malah dalam satu majlis berasingan yang juga dianjurkan Raja Azmi tahun lalu, penyanyi berkenaan kelihatan bersama. Mungkin inilah sebabnya mengapa berat badan Aqasha naik. Semuanya gara-gara senang hati agaknya. Tapi harus diingat, awak tu selebriti, jadi penampilan haruslah di jaga. -Murai

Ps: Jan panas baran juga.. hehe.

Model seksi daripada peserta program Mentor

Seksi, panas, glamor dan bergaya. Inilah penampilan ‘berani mati’ penyanyi dari program realiti Mentor di TV3, yang telah dirakamkan di studio The Virage, pada 15 Februari 2010 yang lalu. Mempergayakan 4 jenis persalinan hangat rekaan terkini 2 anak muda tempatan, Rashid Omar dan Ridzuan Ismail. Memang kesmua fesyen yang dibuat oleh mereka menampakkan keseksian pada si pemakainya. Motif daripada pemakaian sedemikian belum dapat dipastikan lagi. Kemungkinan untuk kebaikkan kedua-dua pihak, Mentor dan pereka fesyen untuk mempromosikan satu sama lain.

Istana enggan terima Fazura sebagai pasangan diRaja?

Perhubungan Fazura dengan seorang kerabat diraja sudah lama diperkatakan. Meskipun tiada pengakuan dan penjelasan yang telus daripada pelakon jelita berusia 26 tahun itu sebelum ini, yang lebih senang memberikan jawapan selamat tentang perhubungan peribadinya. Sehinggalah majalah 'Hai' keluaran bulan ini, dalam temuramahnya dengan 'Hai', Fazura berkongsi bahawa dia dan kerabat diraja berkenaan ada berbincang tentang soal perkahwinan.

Sekaligus mengiyakan apa yang sudah lama disyaki umum, malah memberi gambaran bahawa perhubungan ini diambil serius kedua belah pihak. Namun, perhubungan ini nampaknya tidak direstui pihak istana. Dalam laporan esklusif Hits (Utusan Malaysia) kelmarin (24/2) - 'Fazura tidak diterima istana?' - seorang sumber istana dipetik memberitahu istana tidak dapat menerima Fazura. Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Fazura sebelum ini mengenai perhubungannya dengan kerabat diraja tersebut hanya pendapat dia seorang kerana "bukan dia seorang sahaja kawan wanita kerabat diraja itu".
"Sudah tentu istana mahukan kerabat diraja bertemu jodoh dengan wanita yang tidak pernah terlibat dalam kontroversi tidak kira sama ada gadis kampung atau anak raja," kata sumber tersebut. Fazura yang dihubungi enggan mengulas mengenai hal berkenaan lagi. -Gua

Mamat Exist sah talak dua dengan bekas isteri

Penyanyi dan penghibur terkenal, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist, 32, yang pernah dituduh bersalah mencuri di Singapura tahun lepas kini disahkan bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal, 30, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin (24/2). Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

PS: Cerai adalah perkara yang dibenci oleh Allah

Pengacara TV3, Nadia Shahrul Annuar mohon cerai

Rabu, 24 Februari 2010

Pengacara dan penyampai Wanita Hari Ini (WHI), Nadia Shahrul Annuar, 26, diperintah memfailkan penyataan tuntutan berhubung permohonan cerai terhadap suaminya oleh Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini. Hakim Syarie, Mejar Ahmad Alwi Embong memerintahkan Nadia Shahrul Anuar, 26, (plaintif) yang diwakili peguam Azmi Mohd Rais supaya berbuat demikian selepas permohonan cerai yang difailkan sebelum ini mempunyai kesilapan.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 23 Mac depan untuk plaintif mengemukakan tuntutan itu dan membolehkan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyas, 29, yang juga seorang ahli perniagaan memfailkan pembelaan. Terdahulu, Azmi memaklumkan bahawa dia baru dilantik dan permohonan cerai sebelum ini difailkan tanpa mendapat nasihat peguam.

PS: Harap Nadia dan suami dapat berdamai demi anak. Nampak bahagia jer pasangan ni, tak sangka pulak ada masalah..

Motif Dafi posing gaya kangkang?

Kelakar dan lucu lah bila melihat gaya posing si Dafi kali ni bersama rakan-rakannya. Dulu dalam kulit album yang ala-ala Rose dalam filem Titanic kini, lagi cun dan mungkin mengeremangkan bulu roma terutama kepada wanita. Siapa sangka, Dafi mungkin memiliki bakat dalam bidang permodelan, namun dia sekarang aktif dalam bidang pelajaran, mungkin tiada masa untuk itu. Tapi, Dafi boleh cubanya kalau ada minat. Tak salahkan. Ada pakej dan rupa apa.

Manohara sah curang, tidak hargai suami

Beberapa keping gambar terbaru Manohara tersebar di Internet yang memperlihatkan aksi cium pipi antara Manohara dengan jejaka yang bukan suaminya. Namun ketika dimintanya untuk mengulas aksi tersebut, Manohara dengan mudah menjawab itu adalah perkara biasa baginya. Pengurus Manohara, Glenn turut memberitahu bahawa ketika gambar mesra Manohara bersama jejaka bernama Amil itu diambil, mereka tidak berduaan sahaja.

Amil juga dikatakan sebagai anak kepada seorang rakan ibunya, Daisy Fajarina. Keluarga mereka sudah sangat rapat dan mereka terlalu banyak gambar berdua. Namun Glenn turut menegaskan jejaka tersebut tidak mempunyai hubungan istimewa dengan isteri Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra.

Isu panas Puteri Sarah, Ammar, wartawan

Pelakon utama filem Lu Pikir La Sendiri The Movie, Puteri Sarah Liyana memohon maaf kepada wartawan di atas kenyataan yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya yang meminta seorang wartawan hiburan berjumpa dan bersumpah di hadapannya dengan bersaksikan al-Quran. Wartawan hiburan tersebut dianggap telah 'membawa mulut' dan mencetuskan kontroversi pergaduhan antara dia dan kekasihnya, Ammar Alfian ketika Majlis Tayangan Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie.

Sarah yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Asmaradana baru-baru ini juga memberitahu bahawa tujuannya menulis di Facebook kerana dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar. Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripada Harian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.

Kenyataan ini tertera di laman sosial berkenaan baru-baru ini. Antara lain, Puteri Sarah berkata...
"i balik awal nak gy shooting,org kate i balik awal sebab gadoh! SIAPAKAH ORANG ITU?aminah rhapor bgtau sape but xnakla sebutkan coz im not like u nak burukkan org! ORANG ITU ADALAH REPORTER fr #***. coz of u start reka cite so reporters lain sume prcaya. i juz want u to come n c me n bersumpah PEGANG AL QURAN yg u berk...ata BENAR since u brani sebar fitnah.if xbrani then minta maaf to me n ammar!" -14 Februari lalu pada pukul 9.59 malam
Sebelum ini, Ammar turut dikecam kerana melemparkan kata-kata kesat dan ugutan membunuh kepada wartawan hiburan Malaysia. Malah dalam kenyataanya baru-baru ini di sebuah akhbar tempatan dia enggan meminta maaf atas perbuatannya itu. Sementara itu, Sarah tidak dapat mengelak daripada soalan bertubi-tubi wartawan yang inginkan penjelasannya kenapa dia cuba mengelak dan melarikan diri daripada pihak media. Sarah mendakwa, ini disebabkan dia terlalu sibuk berkejar ke lokasi penggambaran. -mStar

Anak perempuan Jalani Sidek kahwin

Selasa, 23 Februari 2010

Walaupun bukan daripada anak seni, namun ianya juga penting, memandangkan Jalani Sidek pernah mengharumkan nama negara daripada sukan badminton. Anak perempyuan bekas pemain beregu terhebat negara itu dan pengarah filem Raja Azmi, Puteri Suraya selamat melangsungkan perkahwinannya baru-baru. Majlis disempurnakan dengan menggabungkan tradisi adat Jawa dan juga Perak. Mengapa Jawa menjadi pilihan dan kenapa tidak Bugis Banting seperti yang sedia maklum. Tahniah lah keapda kedua-dua mempelai.

Gambar terbaru Nasha Aziz

Nasha Aziz atau nama kad pengenalannya Noraishah Abdul Aziz memang sudah lama menyepi dari dunia seni, mungkin menguruskan kerjaya lain, namun apabila bertemu dengan dirinya baru-baru ini di sidang Media Majlis ANTARA. ANTARA ni merupakan Teater Muzikal karya Erma Fatima dan arahan Ellie Suriaty ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26, 27 dan 28 Februari ini. Nasha Aziz juga semakin gebu wajahnya, tapi tangannya dah keluarkan otot, ini petanda Nasha seorang yang kuat bekerja. Bravo!

Norman, Memey rancang kahwin 2011

Pasangan artis sensasi dan kontroversi yang masih menjalani perbicaraan mahkamah atas pertuduhan kes khalwat, Memey Suhaiza, 22, dan Norman Hakim, 33, mengakui akan melangsungkan pernikahan selewat-lewatnya tahun depan jika semua perancangan yang diatur berjalan lancar. Mereka berdua akui, dengan reda Tuhan dan selepas perbincangan, keluarga kedua-dua belah pihak bersepakat menyatukan dua hati itu secepat mungkin, sekali gus menamatkan segala fitnah mahupun kontroversi yang melanda dua artis itu sebelum ini.

Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menyerahkan segala perancangan itu kepada qada dan qadar Tuhan. Namun, Memey tidak mampu menolak ketentuan Ilahi sekiranya Norman bersama keluarganya bercadang mempercepatkan lagi jodoh pertemuan mereka, dia reda dan berserah sekiranya tahun ini juga menyaksikan dia bakal bergelar isteri kepada duda Abby Abadi itu.

Kandungan 9 Bulan Yatt, macam belon!

Yatt atau Haryati Hamzah yang bernikah pada 29 Mac tahun lalu mengakui yang dirinya tidak menyedari sedang hamil pada tiga bulan pertama. Ketika itu, dia sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama dan amat menggilai buah durian serta makan tanpa henti untuk tiga hari berturut-turut sebelum ditegur suaminya dek perubahan selera makannya. Rupa-rupanya hamil. Lain pula ceritanya, sudah ada perancangan untuk hamil anak kedua pada tahun 2012 nanti. Wah, baguslah family planning yang dibuat Yatt, harap semuanya termakbul.

filem Lu Pikirlah Sendiri teruk!

Isnin, 22 Februari 2010

Luahan Peminat: Saya terpanggil bila membaca berita mengenai Nabil berkenaan isu filem Lu Pikirlah Sendiri. Memang betul Nabil orang baru dalam industri hiburan ini, tapi saya 100 peratus setuju dan sokong dengan kenyataan Nabil. Saya adalah antara orang yang paling awal sekali menonton filem ini pada hari pertama filem tersebut ditayangkan. Saya beli tiket dengan harapan yang penuh.

Saya kira filem Nabil ini pasti membuat saya tak kering gusi menonton. Tetapi baru beberapa minit menonton, memang telahan saya silap. Filem ini agak teruk dan boleh menjatuhkan populariti Nabil. Bagi saya, Nabil bagai mempertaruhkan karier dia apabila berlakon dalam filem ini. Produser filem ini mengutuk hebat Nabil dengan mengatakan Nabil tak layak untuk mengkritik filem ini sebab Nabil ini baru setahun jagung dalam bidang tersebut. Bagi saya, tak perlulah sibuk- sibuk nak cari orang yang layak atau tidak. -Utusan

Skandal Fouziah, Datuk Farid dan Iqram kawan Biasa

Pelakon muda, Fouziah Gous, 27, semakin kerap beraksi di layar kaca dan layar perak. Terbaru, membawakan watak sampingan dalam drama bersiri Na O Mei untuk slot Akasia di TV3. Sehingga sekarang, satu-satunya gosip yang beredaran mengenai Fouziah sejak mula menceburi bidang hiburan ialah skandal dengan Datuk Seri Farid Redzuan. Kelakar pula rasanya kerana ia sangat tidak berasas tetapi diulang pakai. Hendak kata Fouziah kenal Datuk Farid, rasanya dalam bidang hiburan, tiada siapa yang tidak kenal dia.

Lain pula ceritanya mengenai dia dan Iqram. Walaupun mereka sudah lebih empat tahun mengenali antara satu sama lain iaitu sebelum Fouziah menjadi artis lagi. Drama pertama yang Fouziah berlakon pun adalah di samping dia. Jadi mereka sebenarnya seperti best friend forever (BFF). Segalanya tentang Fouziah, Ir=qram mesti tahu. Dialah tempat Fouziah mengadu masalah dan menangis.

Tetapi Fouziah tidak mahu takbur mengatakan mereka tidak mungkin bercinta. Cuma mereka pernah cuba bergerak ke arah itu tetapi ia tidak menjadi. Nampaknya mereka lebih sesuai berkawan saja.

Gambar Perkahwinan Imuda, Zabarina

Pelakon komedi atau lebih dikenali sebagai pelawak dan penyanyi, Abdul Rahim Muda atau Imuda, 50, selamat bernikah dengan Zabarina Mushadi Ali yang berusia 22 tahun lebih muda daripada Imuda, 28, dengan sekali lafaz akad kira-kira jam 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang kelmarin (20/2). Imuda yang duda 2 anak sudah lama mengenali Zabrina di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semasa membuat persembahan di situ. Tahniah dan selamat ke atas pernikahan kedua-dua mempelai. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Pandangan sisi badan LO

Ahad, 21 Februari 2010

Pengacara dan juga deejay terkenal, atau nama singkatannya LO tidak asing lagi di seluruh negara kerana kesnya dengan bekas kekasih Fahrin Ahmad masih lagi dalam proses. Begitulah kalau banyak duit, salah sikit, mula saman menyaman. Kalau seperti kita ni yang berkehidupan miskin dan sederhana, mungkin semua itu adat resam dalam kehidupan manusia, cuma ada terhadnya dan batas-batas tertentu. Lain pula cerita nya mengenai bentuk fizikal LO ni, penulis terkejut juga bila lihat gambar yang diterima pembaca mengenai pandangan sisi LO ni, ramping sungguh.

Harijadi Datuk K, Siti Nurhaliza mengandung

Baru-baru ini Datuk Khalid suami kepada penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza telah bergembira menyambut majlis harijadinya yang serba sederhana. Siti Nurhaliza juga bertudung penuh. Mungkin sambutan majlis berkenaan terkena hari Jumaat jadi sebagai penghormatan kot. Dalam desas desus lain, daripad sumber yang boleh dipercayai ada yang mengatakan Siti dah disahkan hamil atau mengandung. Kalau betul tahniah lah kepada Siti dan suami.