Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Alyah mahu lebih seksi lagi

Ahad, 31 Januari 2010

Demi fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati! Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif. Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

“Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’. Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”
“Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu. Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.” kata Alyah.. mStar
ps: ya termasuk malaikat dalam kubur juga akan ambil tahu..

Gambar Memey Bertudung

Pelakon dan juga artis kontroversi, Memey kini sedang bergiat aktif dalam bidang lakonan. Walaupun banyak terjahan yang dilakukan pelbgai pihak tidak kira dari segi fizikal atau pun alam maya, namun dirinya masih lagi tabah dan kuat mengharungi semua itu. Memey juga kalau bertudung nampak manis dan anggun. Namun itu semua tidak lah di alam realiti atau diluar set yang dibayangkan cuma dia memakai tudung untuk drama 'Dunia Batinku' sahaja.

Siti Nurhaliza undur diri, beri peluang kepada artis baru

Pelakon Rosyam Nor pernah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dulu. Nampaknya, langkah yang sama ingin turut diambil penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza. Dapat tahu, keputusan ini telah dibuat oleh Siti sendiri menerusi satu pengumuman mengejut yang dibuat dalam satu majlis acara hiburan baru-baru ini. Kata Siti, ini adalah tahun terakhir baginya menyertai anugerah berprestij ini.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peminat Siti akan dapat menerima keputusan yang dibuat Siti ini. Tapi, Siti beritahu dia buat semua ini kerana mahu beri peluang pada artis baru untuk merasai sendiri tempat yang telah disandangnya sebagai Penyanyi Wanita Popular ABPBH selama bertahun-tahun.

Ada betul dan logiknya tindakan yang dibuat Siti itu. Tapi di harap keputusan yang dibuat Siti itu tidak akan mengguriskan perasaan pihak penganjur yang saban tahun bertungkus-lumus menganjurkan acara yang penuh gilang-gemilang itu. Khabarnya, permintaan itu telah pun ditolak penganjur.

Stacy sombong orangnya?

Sabtu, 30 Januari 2010

Baru-baru ini ada orang telah membuat luahan hati pasal penyanyi wanita energetik Stacy. Katanya penyanyi kelahiran Sabah itu seperti kekwat. Macam ni kisahnya. Pengadu tu kata dia ternampak Stacy berlagak semasa menaiki sebuh pesawat untuk balik ke kampung bersama ibunya. Sebaik sahaja naik pesawat, seorang peramugari senyum dan mengucap selamat pagi kepadanya. Tapi katanya Stacy buat tak tahu sahaja malah memalingkan muka apabila ditegur.

Apabila mahukan bantal dan selimut dengan anak kapal pun dia suruh ibunya yang mintak. Malah semasa peramugari datang tanya pasal makanan pun dia buat tak endah dan suruh ibunya yang cakap apa makanan yang dia mahu.

"Peramugari tu macam tak wujud di situ. Sikap kekwat dia tu berterusan sehinggalah sampai ke Kota Kinabalu. Mulanya ingat nak bergambar kenangan dengan dia, tapi terus batalkan sebab nampak perangai dia yang sombong tu," kata pengadu tadi. -ManggaOnline

Bulu mata Ning Baizura yang unik

Aiseh makin melentik pula bulu mata Ning Baizura ni. Mungkin aksesori rambut sahaja sebagai penambahan di keningnya. Memang nampak menarik dan jarang-jarang sekali orang membuatnya. Kisah Ning memang kadang-kadang suram, tapi kali ini dia telah digembar-gemburkan bakal menyandang gelaran guru vokal AF8 menggantikan Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafi, tapi Ning kata belum lagi dapat apa-apa tawaran daripadanya, kalau ada tawarannya, Ning tidak teragak-agak untuk menerimanya.

Amy nafi terlibat dalam Illuminati

Vokalis Amy Search hanya tergelak saat ditanya mungkinkah kumpulan rock unggul itu akan mengubah logo mereka setelah ianya dikatakan simbol 'Mata' yang digunakan, menyerupai unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini. Amy menganggap itu semua karut marut dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup kariernya sebagai anak seni selama ini.

"Kami gunakan logo 'Mata' sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak timbul ada unsur Freemason atau Illuminati kerana 'Mata' membawa maksud mencari atau 'searching.' Kami tidak pernah terfikir pun pasal Freemason atau Illuminati. Bagi Search, logo berbentuk tiga segi dan mata itu hanya satu simbol. Saya sangat terkilan kerana ia tidak seharusnya menjadi isu," kata Amy.
Sambungnya lagi, "Sewaktu Search mula-mula keluar dulu, kami gunakan simbol burung 'Vulture' dan selepas itu baru kami tukar kepada lambang mata. Bagi saya semuanya hanya satu kebetulan saja, sama seperti 'The Master Carpet' yang turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu gerakan Freemason.

Fasha Sandha Merokok

Ntah kelab malam mana yang Fasha kunjungi kali ini. Memang Fasha terkenal dengan aktiviti hisap rokok ni dari dulu lagi. Memang tidak elok kalau wanita itu merokok sebab kandungan bayi yang akan di miliki kemungkinan mengalami kecacatan. Tak tahu lah Fasha tahu hal ni atau tidak. Tapi ramai juga orang minat kat dia nie masih nak di calonkan sebagai isteri. Kalau dah tahu dia hisap rokok, baik anda batalkan hasrat anda itu.

Linda Onn: tiada maaf bagimu Fahrin

Jumaat, 29 Januari 2010

Penyampai radio, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 32, tetap bertegas dengan keputusannya dan enggan meminta maaf kepada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu, Isnin lalu. Bukan Linda ingin mencari pasal atau sengaja membesar-besarkan hal. Baginya, kenyataan yang diberikan pada akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar.

Linda bersedia untuk menghadapi kes saman itu demi kebenaran. Dia tidak perlu membalas sebarang kenyataan dan bercerita lanjut kerana semua urusan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada peguamnya, Datuk Hazman Ahmad.

"Seperti yang telah diketahui umum, saya sudah serahkan segala urusan kes ini kepada peguam. Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini lagi. Semua kenyataan yang saya berikan sebelum ini adalah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh wartawan. Tiada guna saya mengada-adakan cerita atau membuat fitnah terhadapnya. Saya hanya menyatakan perkara yang sebenar. Kebenaran akan terbukti nanti," ujar Linda penuh keyakinan. -mStar

Saida dan anak-anaknya

Baru-baru ini Saida ditemui ketika majlis sidang media Konsert Satu Suara Faizal Tahir dan Aizat yang turut dijayakan oleh Siti Nurhaliza. Memang makin lama makin cun nampak Saida ni walaupun dah bergelar isteri dan juga ibu kepada 2 orang anak yang semakin membesar panjang. Kalau nak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza memang lah tak boleh lawan punya kecantikan dan juga harta, cuma Saida dah boleh menewaskan Siti Nurhaliza dari segi mendapatkan anak sahaja kot. Apa-apa pun tahniah kepada Saida dan Sairah kerana berjaya merakamkan album yang diberi judul, Duo Apresiasi.

Zack NewBoyz terlibat aktiviti dadah?

Baru-baru ini ada serbuan polis ke atas kediaman seorang artis yang memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang serta kelihatan berumur awal 20-an dari penyanyi berkumpulan telah ditangkap bagi proses reman untuk beberapa hari soal terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Difahamkan lagi, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja yang dimilikunya bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis.

Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis. Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Kata pendapat umum melalui forum artis mengenai kes ini, artis berkenaan adalah Zack NewBoyz. Biar betul? macam tak percaya pula penulis. Kena dengar pengankuan Zack NewBoyz selepas ni. -Utusan

Rozita dah ada calon suami?

Seperti wanita lain tidak kira berstatus bujang atau janda, Rozita juga mengharapkan akan ada sinar kebahagiaan dalam sisi hidupnya pada masa mendatang. Wanita secantiknya yang menggalas gelaran ibu tunggal kepada dua orang anak juga berhak untuk merasa kemanisan hidup berteman. Gosip dikaitkan dengan lelaki dan golongan VIP antara sudah sinonim dengan Rozita. Malahan, baru-baru ini timbul lagi desas desus kononnya dia akan menamatkan zaman solonya dengan seorang tokoh korporat.

“Mungkin juga mereka yang cakap macam ini sebenarnya nak lihat saya kahwin lagi dan paling penting, saya tahu semuanya tak sabar menunggu siapa pasangan yang bakal bergelar suami saya kelak. Ikutkan gosip nak kahwin itu sudah mula bertebaran sejak tahun lalu. Tahun ini, datang lagi gosip yang sama.
“Tapi apa yang saya boleh katakan, saya memang ada berkawan dengan seseorang dan sedang mengenali. Kenalan baru dan semuanya masih terlalu awal untuk dibicara lanjut. Saya tak rasa pun dia akan jadi suami saya. Tapi soal hati ini susah nak cakap. Hari ini cakap lain, esok boleh tukar jadi lain pula.

Pesanan Buat Linda Onn dan Scha al Yahya

Khamis, 28 Januari 2010

Entah di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain. Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.

Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu. Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Apa yang saya boleh lakukan kepada mereka ialah, adalah lebih baik kita bercakap kepada media dengan cara baik. Cuma saya ingin nasihatkan pada mereka serta artis-artis lain, untuk membekalkan diri sedikit ilmu mengenai undang-undang hiburan. Saya risau bila melihatkan ramai yang membuat kenyataan yang boleh membahayakan diri mereka."
"Bila saya bercinta, saya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya nak semua orang tahu. Saya bukannya nak main-main kerana usia saya pun dah tua. Sehingga hari ini saya tidak berdendam pun dengan mereka. Saya bangga dengan kejayaan mereka dan saya juga doakan mereka. Cuma saya sedih dia memecahbelahkan peminat-peminat kita. Bila kita simpan keaiban orang lain, tuhan akan simpan keaiban kita." kata Fahrin yang dalam kesedihan. -mStar

Zoey Rahman, Diana Amir mesra-mesra

Gambar pasangan yang masih samar-samar lagi statusnya Diana Amir dan juga Zoey Rahman ni diambil ketika mereka berdua menghadiri sebuah majlis ulangtahun media baru-baru ini. Zoey Rahman dan Diana Amir kelihatan nampak begitu mesra dalam gambar ini namun soalan hubungannya mesra itu diajukan kepada Diana, dia tetap mennafikannya, Diana cuma mengakui dirinya dan Zoey cuma kawan biasa sahaja. Namun Zoey nie sebelumnya terkenal dengan aksi-aksi mesra dengan kawan-kawan pompuan yang lain.

Imuda Kahwin Bulan Februari

Kesunyian pelakon dan pelukis terkenal, Imuda selama enam tahun selepas bercerai dengan isteri pertamanya akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana Imuda bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang bulan depan. Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin," kata Imuda.
Berita gembira ini juga kata Imuda, disambut baik oleh dua anaknya, Raihana, 15, dan Mohd. Redza, 8, hasil perkahwinan pertamanya dahulu.
"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya," kata Imuda lagi.
Menurut Imuda juga, dia dan bakal isterinya itu akan diraikan pada satu majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 21 Februari ini.

Terkini Gambar Nabila Huda Mengandung

Singlet yang dipakai oleh anak kepada rockers, Amy Search nie, bukan lah sebarang singlet yang ada di pasaran. Khas untuk Nabila Huda jerk tue. PLAY HARD yang membawa maksud 'main kuat' secara umumnya, tapi selain itu, makna lain pulak membawa kepada Nabila yang kuat bersenam demi menjaga kesihatan badannya, tambahan lagi Nabila juga kuat bekerja (WORK HARD). Nabila yang mengandung tidak gusar dan tak penat walaupun giat berlakon. Tawaran berlakon selalu ada walaupun dah tahu perut Nabila akan membesar. Jadi, kalau ada watak ibu muda mengandung, haaa… Nabila lah orang yang sesuai.

Avatar kalahkan Filem Titanic

Rabu, 27 Januari 2010

Filem Avatar filem meraih pendapatan yang tertinggi sepanjang masa dengan kutipan sebanyak US$1.841 Bilion hingga melampaui rekod pengarahnya sendiri, James Cameron menerusi filem karyanya, Titanic yang mengutip US$1.242 Bilion. Menurut sumber dari The Sun, filem bergenre sci-fi tiga dimensi karya James Cameron ini memperolehi pendapatan yang cukup memberangsangkan.

Prestasi itu membuatnya menjadi filem terlaris dunia sepanjang masa dan melebihi filem karya James sebelumnya, Titanic, yang dihasilkan pada 1988. Pawagam Odeon di London's Leicester Square yang didirikan pada 1937, dalam kenyataannya berkata Avatar adalah filem terbesar dan terlaris sepanjang masa. Odeon berjaya menjual 71 500 tiket.

Menurut bos Odeon, Rupert Gavin,
"Avatar memiliki kombinasi teknologi 3D yang hebat dan dipuji di seluruh dunia. Itu yang membuatnya laris ditonton."

Rumah Banglo RM3 Juta Zahida Rafik

Sedang ada seorang informer membelek-belek Blackberry yang baru dibeli, hampir nak terbeliak kelopak mata informer berkenaan dek satu SMS yang masuk mencelah mengejutkan dirinya daripada angan tak sudah. Bukanlah SMS berhantu atau ugutan maki-makian tapi SMS daripada seorang teman yang boleh dianggap sebagai orang penting.

Katanya, dia dapat tahu artis berwajah jelita, Zahida Rafik kini bersenang-lenang menetap di rumah agam berharga RM3 juta. Mulanya informer berkenaan malas nak ambil bahagian dalam cerita manis bermadu itu. Tapi bila fikir-fikir semula, tak salah dengan berita berkenaan. Yelah, setidak-tidaknya boleh berkongsi info dengan peminat yang lain.

Menambahkan unsur dramatik lagi, kononnya rumah pelakon yang pernah popular menerusi filem Anak Mami itu ditaja sepenuhnya oleh seorang lelaki bertaraf VIP. Sahih atau tidak, kurang dipastikan lagi. Setahu informer berkenaan, si Zahida tu jenis yang ligat berniaga. Mestilah rumah yang tersergam di Bukit Antarabangsa berkenaan dibeli atas titik peluh sendiri. Lagi pun kisah Zahida hidup ditaja bukan lagi perkara baru, yang baru cumalah harga rumah itu.

Noh Hujan, Nina dalam proses perkenalan

Ada beberapa informer menyampaikan cerita yang rockstar muda, Noh sudah beralih cinta lagi. Khabarnya Noh Hujan dan Mizz Nina yang merupakan penyanyi kumpulan Teh Tarik Krew sedang hangat bercinta sekarang. Sebelum ini ada yang kata dia bercinta dengan anak Datuk. Kebetulan ada seorang peminat terserempak dengan Noh pada satu sidang akhbar, dalam senyum-senyum Noh mengelak-ngelak bila ditanya.

"Saya dan Mizz Nina memang bersama. Maksudnya kami ke Anugerah ViMA bersama sebagai pasangan. Orang juga nampak kami selalu keluar bersama kerana kami sedang bekerjasama dalam album solo Nina."
"Sebab itulah kami sentiasa bersama. Tetapi apa yang boleh saya katakan kami sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing juga sebenarnya. Seronok lepak dengan Nina," tambahnya yang turut menyanyi bersama Nina untuk lagu yang belum mempunyai tajuk tersebut.

Lagi gambar mesra Abby Abadi, Zul

Memang tidak dinafikan selepas penceraian dengan suami, Norman Hakim, kini Abby lebih hidup senang dan tenteram daripada dibelengu isu berkenaan. Walaupun masih lagi seperti ombak-ombak, mungkin satu hari nanti ianya akan menjadi tsunami, apabila berkemungkinan Norman atau Abby kahwin dengan yang lain. Seperti Abby, ramai yang nak kan artis janda ni. Seperti artis baru Zul Ariffin, makin lama makin kepitan mereka makin rapat. Tidak menjadi halangan perbedaan umur mereka berdua.

Linda Onn diberi tempoh 7 hari minta maaf

Selasa, 26 Januari 2010

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 31, kelmarin (25/1) di Seri Kembangan, menafikan tuduhan penyampai radio Linda Onn, 32, bahawa dia seorang yang memiliki sikap panas baran seperti yang didakwa bekas teman wanitanya itu baru-baru ini sehingga mendatangkan fitnah dan provokasi kepada pembaca. Sehubungan itu, Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai Jumaat lalu melalui akhbar Sinar Harian dan The Star.

Beliau mendakwa, anak guamnya sangat tertekan dari awal tahun dengan apa yang berlaku sehingga memberi impak kepada imej dirinya dan keluarga. Dalam pada itu, Tengku Naufal memberitahu pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti yang cukup, sama ada melalui kenyataan-kenyataan akhbar, blog dan laman Twitter untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat.

Remy Ishak, Tiz Zaqyah main cinta?

Remy menegaskan dia tidak mahu lagi bercerita soal peribadi dan hanya mahu fokus kepada kerjaya saja. Namun katanya, insiden itu (kisah dengan Ummi Nazeera, 19 dan kena pukul di Istana Budaya) tidak menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon. Malah kini Remy semakin dekat dengan pelakon Nur Kasih, Tiz Zaqyah yang dicalonkan untuk ABPBH 2009. Mungkin kah hubungan serasi mereka dalam drama Nur Kasih terbawa-bawa sehingga ke luar set pengambaran.?

"Terus-terang, saya tidak lagi berhubung dengan Ummi. Saya tidak ambil tahu lagi tentang mahupun keluarganya. Buat masa sekarang ni,saya tiada hubungan rapat dengan mana-mana wanita lain. Tapi saya semakin rapat dengan Tiz Zaqyah dan selalu lepak dengan dia dan kawan-kawan lain," jelasnya.

Fasha tak kisah isu "I Hate Fasha Sandha"

Seperti yang dilaporkan di sebuah akhbar tabloid tempatan baru-baru ini, akaun 'boikot', 'I Hate Fasha Sandha' (Saya Benci Fasha Sandha) itu diwujudkan semata-mata untuk mengumpul sejuta pengguna Facebook yang membenci aktres sensasi itu. Melihatkan laporan tersebut, Fasha lantas menghubungi media tempatan untuk berkongsi cerita. Menurutnya, sebaik membaca laporan itu, dia terus mengakses akaun tersebut. Malangnya ia telah pun ditutup.

"Sebaik terbaca laporan itu, saya terus akses Facebook dan ingin lihat sendiri akaun itu, malangnya ia telah pun ditutup. Secara rasionalnya, ia tidak memberi sebarang kesan pun pada saya, apatah lagi untuk menutup periuk nasi.
"Bagaimanapun, saya harus ucapkan terima kasih kepada akhbar itu yang menyiarkan artikel tersebut. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak yang menutup akaun itu hari ini (semalam)," katanya lagi.

Majlis Harijadi Anak Nora Danish

Memang tidak disangka-sangka, anak kesayangan Nora Danish, Rayqal kini sudah mencapai usia setahun. Dan ibu janda ini mengambil inisiatif membuat majlis ulang tahun pertama anaknya dengan penuh warna warni. Nora Danish sendiri juga sanggup menghiaskan diri semepena acara berkenaan. Acara yang mungkin dibuat di halaman rumah Jejai aka bekas suami kerana mungkin ayah Rayqal juga mahu menyambut bersama.

Gandingan Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat

Isnin, 25 Januari 2010

Pada Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir yang telah diadakan baru-baru ini di ibu Negara telah dihadiri oleh Siti Nurhaliza. Konsert Satu Suara itu juga akan menampilkan Siti Nurhaliza yang akan diadakan pada 12, 13 dan 14 Februari ini. Siti Nurhaliza juga akan menjadi ‘tauke pentas’ di mana syarikat miliknya Siti Nurhaliza Productions selaku penerbit untuk konsert berkenaan. Memang gandingan ketiga-tiga artis ini cukup mantap, namun Aizat dan Faizal kan masih lagi sakit, harap-harap mereka berdua cepat sembuh.