Aleeza Kassim akhirnya cerai

Pada: Jumaat, 29 Oktober 2010 Pelakon dan model terkenal Aleeza Kasim akhirnya bercerai dengan suaminya, Mohd. Fauzi Che Rus setelah beberapa lama melalui dugaan. Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu, 27 Oktober 2010. Lafaz cerai itu dibuat oleh suaminya di kamar Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi. Pada Januari lalu Fauzi telah melafazkan perkataan yang boleh membawa kepada maksud perceraian lalu membawa mereka ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz tersebut.

Bagaimanapun pada 12 Mei lalu Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan itu sah sebagai suami isteri dan lafaz `kita bercerai esok' semasa berlaku pertengkaran di rumah mereka tidak memutuskan ikatan perkahwinan. Hakim sebaliknya memutuskan lafaz tersebut sebagai hasrat, bukannya lafaz cerai. -ManggaOnline

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih