Tiz Zaqyah nak jadi penyanyi pula

Pada: Isnin, 27 September 2010
Setelah bergelar pelakon lebih empat tahun, akhirnya pelakon, Tiz Zaqyah menambah portfolio seni dengan memasukkan kerjaya nyanyian bagi melengkapkan pakej seni yang dimilikinya. Sebagai permulaan, pemilik suara serak-serak basah ini merakamkan suaranya untuk lagu tema drama rantaian paling popular, Nur Kasih. Keberuntungan nasib Tiz Zaqyah ini secara tidak langsung mengundang rasa cemburu sesetengah pihak terhadap bakatnya.

"Ya, memang saya sudah menjadi penyanyi. Tetapi sekadar penyanyi lagu tema untuk filem yang dibintangi saya sendiri. Apa salahnya saya sebagai watak utama menyanyikan lagu tema filem itu. Sebenarnya, saya mencari kelainan dalam perjalanan seni saya dengan melakukan sesuatu perkara baru. Takkan kita selama-lamanya mahu berada di takuk lama bukan?
"Lagi pun, kalau saya tidak mencorakkan profil seni pada hari ini, saya tidak tahu adakah saya diberi peluang lain untuk mengembangkan potensi diri pada masa depan. Sedangkan, saya terlalu mencintai bidang ini dan mahu mencuba semua cabang seni yang ada. Sebab itu, saya nasihatkan agar orang di luar sana, dengar dahulu nyanyian saya
"Tidak perlu gelabah kalau artis setahun jagung seperti saya boleh menyanyi. Apa yang saya lakukan ini adalah kerana minat mendalam. Selain mendapat tunjuk ajar dan mempelajari etika menyanyi daripada Yasin,’’ ulas Tiz. -Utusan

Tag : , , ,

10 Komen

Tanpa Nama 27 September 2010 12:07 PTG

erm...lantak ko la labu

Tanpa Nama 27 September 2010 12:37 PTG

susah betul kalau ada artis yang perasan camni.. patutnya dia la gelabah kerana suara tak sdap..

Tanpa Nama 27 September 2010 12:39 PTG

tiz ni air muka die air muka garang..muka kasar..bukan muka lembut..

Tanpa Nama 27 September 2010 12:47 PTG

kite xpatut komen hal2 org cmtu..setiap org ade kelebihan....korang kutuk2 korang nye suare sedap keee???? xsuke syp je la.pekakkan telinga.apa laaa.

Tanpa Nama 27 September 2010 1:14 PTG

Setuju. Tak baik condemn aje. Bukan senang nak cari makan jadi artis. Not a 9 to 5 job and have steady income.

Tanpa Nama 27 September 2010 3:32 PTG

progress report, and ems mode

Tanpa Nama 27 September 2010 4:03 PTG

saya pula nak jadi husband dia la ...

tiz rashdan (bukan nama sebenar)
Bandar baru bangi
Kelisa D-sport

Tanpa Nama 27 September 2010 10:19 PTG

saya nak jadi suami juga kepada tiz..
BMW 5.2.5i dll....

Tanpa Nama 28 September 2010 8:52 PG

Buatlah apa saja Tiz yer. Ko nak berlakon ker nak nyanyi ker....cuba hiburkan hati aku ni. Memang tugas ko dan artis2 lain tu pun nak hiburkan hati aku ni. Kalau korang gagal.....boleh blah ler...aku cari artis lain. Takde masa aku nak tau hal2 korang.

Tanpa Nama 28 September 2010 5:35 PTG

baru la tu..buktikan yg anda bbakat..
jgn harap pd rupa jer..

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..