Lagi artis pegang anjing

Pada: Selasa, 21 September 2010 Luahan Peminat: "Artis kita pegang anjing lagi... nah tengok gambar ni. Tolong kutuk sikit ya dalam ruangan you... Adoiii." Kata Mike, dia ada ramai kawan Melayu. Semua kawannya tak pegang anjing. Malah dia orang beritahu Mike, orang Islam tak boleh pegang anjing. Jadi bila ada artis Melayu yang pegang anjing, Mike pun hantar satu gambar kepada yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov tengah pegang anjing.

Sebelum Din pegang anjing, sudah ramai artis kita yang buat benda yang sama. Pelakon Syarifah Sofia dan bekas penyanyi kumpulan Res2 – Baby pun pernah “kantoi” gambar-gambar pegang anjing.

Untuk makluman Mike, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga.
Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam. Mudah saja.


Tapi masalahnya artis-artis kita ini bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing. Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai “public figure”. Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda. Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih