Scha beraya ke rumah Awal raya ke-2

Pada: Khamis, 26 Ogos 2010
Hubungan intim yang terjalin di antara pelakon Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sememangnya telah diketahui umum malahan sehinggakan mereka berdua berlakon bersama-sama dalam drama di Astro baru-baru ini. Mereka berdua berterus-terang mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan tidak menolak seandainya jodoh mempertemukan mereka berdua.

Scha memberitahu bakal bertandang ke rumah keluarga Awal pada Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi. Sebelum itu dalam sebuah majalah tempatan, Scha juga berkeinginan mahu bersahur di rumah Awal, namun akibat tiada masa, maka ianya cuma impian yang tidak kesampaian.
"Tipulah kalau saya cakap saya tak akan beraya ke rumah Awal. Saya akan ke rumah keluarganya di Subang, kemungkinan besar pada Hari Raya kedua sebelum saya berhari raya di Kedah. -Gua

Tag : , , ,