Norman Hakim, Memey Suhaiza berbuka puasa

Pada: Khamis, 26 Ogos 2010
Semasa hadir ke sesi rakaman program Melodi Raya TV3 di Pusat dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru, adalah pasangan paling hot masa kini, Norman Hakim dan Memey Suhaiza datang ke sana untuk berbuka puasa. Nak dijadikan isu disini, mereka masih lagi rapat dan serapat-rapatnya bebas daripada gosip liar sebelum ini. Masa nak berbuka puasa tue, memanglah panjang beratur nak amik juadah. Tapi Norman dan Memey mempunyai strategi yang berbeza, malas nak beratur, dan Norman seorang mengambil makanan. Punyalah romantis, boleh dikatakan 'share' dan makan sepinggan waktu itu bersama Memey.

Bab makan sepinggan ni pasangan kekasih atau orang yang sangat akrab sahaja yang sering lakukan. Baguslah kalau saling sayang menyangi, mungkin ramai yang masih menyampah dengan hal ini, sebab dah lama berkasih sayang namun masih lagi membuat suatu ikatan yang sah. Kahwin lah jangan dikasih lambat Norman oi, duit dah banyak tue.

-ManggaOnline

Tag : , , ,