Maizawati ikut Mrs Beauty Malaysia 2010 wakil Sabah

Pada: Isnin, 30 Ogos 2010
Aktress Bollywood, Shakti Kapoor akan mengacarakan malam kemuncak Mrs Beauty Malaysia 2010 pada malam semalam, di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya. Seramai 14 peserta ada yang bangsa Melayu, Cina dan India. Paling menarik lagi, ia disertai oleh tiga wanita bertudung di mana salah seorangnya adalah bekas isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal mewakili negeri Sabah di Bawah Bayu.

Juara yang menempah gelaran Mrs Beauty Malaysia 2010 akan berpeluang mara ke pertandingan Mrs Beauty World 2010 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Juara juga akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakaian, kasut dan mahkota.

Nasib badan lah apabila penganjur menetapkan para peserta tidak memakai bikini, pakaian renang atau kostum yang jarang atau yang seksi seksa. Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan. -mStar

Tag : , , ,