Emma Akma bercinta dengan Raffi?

Pada: Selasa, 24 Ogos 2010
Tahun lalu pelakon Emma Akma melalui detik paling sukar apabila berdepan masalah rumah tangga. Dia akhirnya disahkan bercerai talak tiga dengan bekas suami dan melalui detik sukar apatah lagi berhari raya tanpa suami di sisi. Kini Emma akui hatinya kini berbunga cinta semula apabila mengenali seorang pelakon baru, Raffi Hussin. Sudah hampir setahun mereka berkawan dan hubungan semakin hari semakin mesra. Emma juga enggan berselindung apabila ditanya keakrabannya dengan Raffi.

"Saya tak mahu berselindung, nanti kalau orang nampak kami bersama akan timbul cerita tidak elok pula. Sekarang kami memang sedang berkawan, bab jodoh itu kita tengoklah nanti macam mana. Kalau ada jodoh... adalah, kalau tak ada jodoh tu nak buat macam mana. Tapi hari ini dialah pilihan saya," kata Emma.
Raffi kelihatan malu-malu apabila Emma membuat pengakuan. Lebih-lebih lagi pelakon yang berasal darai Sabah itru jauh lebih muda daripada Emma. Raffi baru berusia 24 tahun sedangkan Emma sudah lewat 30-an. -ManggaOnline

Tag : , , ,