Datin Norazlina Redzuan tinggalkan TV3

Pada: Selasa, 31 Ogos 2010
Penyampai berita yang manis ayu, Datin Norazlina Redzuan (Alin) akhirnya mengambil keputusan mengundurkan diri dari TV3. Khabarnya keputusan yang dibuat Alin itu bukan kerana dia sudah tidak sayangkan TV3 lagi tetapi Alin hendak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Alin berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif, TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob,45, pada 22 Ogos 2008. Dua tahun berkahwin, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Mungkin sebab itu Alin merasakan sudah tiba masanya dia buat keputusan untuk meninggalkan dunia yang penuh glamor untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Selain itu dia juga mungkin mahu banyak berehat kerana sudah tiba masanya dia memikirkan soal anak.
“Alin mengesahkan dia hendak berhenti dari TV3. Mengikut ceritanya pada 15 September depan adalah hari terakhir dia bertugas dengan stesen TV itu,” kata sumber berkenaan itu.

Tag : , , ,