Bienda nak kahwin 8 Oktober, dah beli rumah

Pada: Sabtu, 28 Ogos 2010
Persediaan perkahwinan sudah 80 peratus siap bagi Bienda bekas anggota kumpulan nasyid Solehah. Majlis bermakna dan bersejarah yang akan dilangsungkan di salah sebuah dewan di ibukota, Kuala Lumpur akan diadakan pada 8 Oktober nanti disamping berharap segala-galanya akan berjalan lancar. Mengenai persiapan daripada aspek mental pula, Bienda akui memang telah bersedia kerana sudah lama saya mengidamkan 'gelaran' baru itu (isteri). Bienda dan bakal suami telah membeli sebuah rumah di Kuala Lumpur sebagai tempat mereka menumpang teduh selepas bergelar suami isteri nanti.

Kata Bienda, suaminya hanyalah orang kebanyakan dan bekerja sebagai penerbit rancangan program televisyen di sebuah saluran TV swasta.
"Kami masing-masing daripada keluarga sederhana. Jadi perancangan perkahwinan dan selepas berkahwin semuanya dilakukan bersama-sama. Mungkin disebabkan itulah kami berdua serasi. -Gua

Tag : , , ,

7 Komen

Tanpa Nama 28 Ogos 2010 1:40 PTG

Bgus lah cm tu.. dah kwin.. Harap2 bahagia hendaknye...

Leeya Sakura

Tanpa Nama 29 Ogos 2010 6:51 PG

Semoga bahgia bienda. Yang penting saling faham memahami antara satu sama lain.Orang kebanyakan tak bagus ke? adussss

miss june 29 Ogos 2010 10:19 PG

cantik,comel,cute,cun,molek,lawa,beautyful beruntung bakal suami bienda..

Tanpa Nama 30 Ogos 2010 7:21 PG

bienda jual tudung kat uptown kan?mak aku kate die cantik walaupon tanpa mekap...natural beauty...

Tanpa Nama 1 September 2010 8:14 PG

suke tgk die kt rancangan Nabil.Co...kelakar...hehee

Tanpa Nama 3 September 2010 11:24 PG

frust..yaaaa

Tanpa Nama 13 September 2010 9:18 PG

alhamdulillah mek klate ni nok nikoh doh.... mugo bahgiola dunio akhirat mek weh...

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..