To' Ki mabuk ketika menyanyi atas pentas?

Pada: Selasa, 27 Julai 2010
Luahan Peminat: Minggu lepas To'ki diundang nyanyi dalam satu majlis di Dewan Wawasan Jitra. dia datang ke Jitra, duduk di Hotel Botani (sebelumnya merupakan Kompleks Pejabat Daerah Kubang Pasu) To'ki yang sudah lama tidak nyanyi dan tidak mendapat sebarang undangan kelihatan macam orang mabuk, cakapannya meleret-leret. Malam tu dia berada di atas pentas seperti orang mabuk, dengan cakapan yang entah apa-apa, sehingga menyebabkan pergerakannya di atas pentas terpaksa diambil alih oleh orang lain yang turut sama diundang pada malam itu. Kalau dibiarkan mungkin tingkah lakunya akan merosakkan majlis.

Toki ni dulu kabarnya kuat minum dan kaki ganja.. sekarang entahlah.. adakah dia masih lagi dengan perangainya atau sudah meninggalkan tabiat dulu belum pasti, tapi dari gaya cakapan dan butiran bualannya masih seperti orang mabuk.. cakapan meleret-leret. Sembang pulak terlalu tinggi mengalah orang profesional yang lain. macam la dia terlalu terra. padahal dia tak tahu apa-apa pun... mungkin perangai yang begini menyebabkan dia tersisih sekarang.

Tag : , , ,