Remy Ishak punca Maya Karin bercerai?

Pada: Jumaat, 30 Julai 2010
Keintiman Remy Ishak dengan Maya Karin sebelum ini dikatakan menjadi punca penceraian aktres tersebut dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Keakraban mereka sering diperkatakan pihak media mahupun para peminatnya. Setelah penceraian Maya dan suaminya disahkan pada 16 Julai lalu, ketika dilokasi penggambaran filem Nur Kasih baru-baru ini di Tanjung Karang, Kuala Selangor, media menemui Remy untuk mendapatkan reaksi pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular itu.

"Kami rapat pun disebabkan kami diuruskan oleh pengurusan artis yang sama. Hubungan kami hanya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Kami berjumpa pun jika ada majlis yang melibatkan kami berdua. Selain itu, kami memang jarang berjumpa. Malahan selepas penceraiannya disahkan, khabar Maya pun saya tidak berkesempatan untuk tahu apatah lagi untuk bertemu dengannya. Sudahlah, saya tak mahu diri saya dikaitkan dengan Maya lagi. Saya berlakon hanya untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga saya," jawab Remy tegas.
Hubungan Remy dan Maya dikatakan telah mula akrab sejak sama-sama terbabit dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima, November tahun lalu. Ia ditambah pula apabila kemesraan mereka dilihat ketika hadir memeriahkan Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands April lalu.

Tag : , , ,