Mawi terkena buatan orang?

Pada: Selasa, 27 Julai 2010
Mengikut sumber tidak rasmi, penyanyi yang popular melalui SMS atau dikenali sebagai raja SMS, Asmawi atau Mawi kini kelihatan gering. Berita yang mengejutkan penulis ini sememangnya sukar dijangka, apatah lagi Mawi sekarang sunyi sepi tanpa khabar berita mengenai episod perjalanannya sebagai anak seni. Mengikut sumber berkenaan lagi, Mawi ketika sakit berkenaan secara tetiba cakap sorang-sorang pada permulaan penyakit misteri itu tiba.

Asal dah namanya sakit, setiap orang akan pergi berubat. Begitu juga Mawi, mengikut sumber itu lagi Mawi juga pergi berubat dimana-mana tempat berubat termasuklah rawatan tradisional. Dengar cerita, seperti ada 'orang' yang ikut atau mendampingi dirinya. Rasa seram pula bila mendengarnya. Bila ada sesi media, rasanya media pun perasan serba sedikit mengenai perubahan yang ada.

Itulah serba sedikit daripada sumber tidak rasmi berkenaan. Penulis harap Mawi sembuh lah daripada penyakit berkenaan. Jika sumber ini tidak tepat, Mawi harus tampil membuat kenyataan yang benar. Wallahualam.

Tag : , , ,