hubungan Ayu Raudhah, Zaquan Adha direstui

Pada: Sabtu, 31 Julai 2010
Pelakon Ayu Raudhah yang juga adik kepada Rozita Che Wan mengesahkan keluarga kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak,22, merestui hubungan mereka termasuk membenarkan hasrat pasangan itu untuk berumah tangga. Ayu berkata dia gembira kerana keluarga kekasihnya itu bersedia menerimanya sebagai menantu tak lama lagi. Mereka tengah merancang untuk membuat majlis pertunangan dalam masa tidak lama lagi.

"Alhamdulilah setakat ini semuanya berjalan lancar. Saya beberapa kali menziarahi keluarga dia dan mereka menerima saya dengan baik. Malah mereka langsung tidak menghalang untuk kami meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius. Begitu juga keluarga saya, mereka sentiasa menyokong pilihan yang saya buat. Mereka juga sudah beberapa kali berjumpa dengan Zaquan," kata Ayu. -mStar

Tag : , , ,