Adibah Noor tak layan peminat?

Pada: Khamis, 29 Julai 2010
Luahan Peminat: "Maafkan saya jika itu membuatkan dia marah. Dia boleh cakap apa sahaja yang dia mahu tapi saya ada sebab mengapa berbuat demikian,” kata Adibah kepada Syed. Semuanya gara-gara peminat yang tak berpuas hati terhadap dirinya dalam satu insiden baru-baru ini. Adibah dituduh ‘kekwat’ dan menolak permintaan peminat yang mahu bergambar dengannya dalam satu acara yang berlangsung di Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, peminat perempuan itu juga cukup sedih dengan tindakan Adibah memandangkan penyanyi yang itu menjadi idolanya sejak kecil lagi. Tak cukup dengan itu peminat ini memberitahu Syed sudahlah Adibah menolak permintaan bergambar malah turut sama bersikap berlagak dengan staf yang menjayakan acara tersebut.

“Saya dah cakap pada semua yang datang naik ke atas pentas kalau nak bergambar. Sebab saya perlu ke tempat lain selepas itu dan tak ada masa untuk melayan mereka di bawah pentas. Ramai yang naik atas pentas dan tak ada masalah pun yang berlaku. Bila saya turun sahaja ada pula yang nak bergambar sedangkan saya kesuntukan waktu. Saya tahu siapa orang yang menuduh saya itu.
“Memang saya tak boleh nak layan mereka bukan sebab saya ‘kekwat’ atau berlagak. Saya cukup memahami mereka dan tak pernah ada masalah seperti ini sebelum ini. Apa salahnya mereka ambil sedikit waktu dan memahami situasi saya juga,” katanya.
Tak mengapalah Adibah, ramai yang percaya Adibah tak seperti itu. Masih ramai lagi yang sayang pada anda.

Syed: Sayang diri sendiri.

Tag : , , ,