Gambar terbaru Irma Hasmie

Pada: Sabtu, 5 Jun 2010
Pelakon manis dan putih melepak, Irma Hasmie menolak tuduhan dan dakwaan pihak-pihak tertentu selama ini dia telah “mengikis” duit kekasihnya Nabil Raja Lawak selain bergantung harap kepada pelawak itu untuk popular atau mencari publisiti. Kata Irma, tuduhan itu mungkin datang daripada mereka yang cemburu melihat keintiman hubungannya dengan Nabil yang telah terjalin kira-kira dua tahun lalu.

“Saya seorang yang suka berdikari. Kalau saya sukakan sesuatu, saya akan cuba memperoleh sesuatu perkara. Kalau tak mampu, saya takkan ambil. Saya juga lebih suka bersederhana. Saya dan Nabil masih berhubung seperti biasa cuma masa untuk selalu berjumpa agak terbatas kerana dia lebih sibuk daripada saya.
“Segala dugaan dilalui bersama-sama. Kadangkala, dia juga suka menyakat saya sehingga saya marah dan menangis. Insya-Allah, jika tiada aral, kami akan bertunang apabila sudah menetapkan untuk berkahwin,” tambah Irma lagi. -mStar

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih