Ashraf Muslim buka pusat perubatan Darussyifa?

Pada: Rabu, 24 Mac 2010
{[["☆","★"]]}
Pelakon yang terkenal dengan babak Islamic dan alim, Ashraf Muslim dikatakan telah membuka satu pusat pengamal perubatan tradisional berlandaskan Islam dan al Quran, yakni Pusat Perubatan Darussyifa' yang diasaskan oleh Ust Harun Din. Tiada info yang menguatkan dakwaan itu, tapi ada seseorang telah lalu dihadapan rumah mak dan ayah Ashraf di Telok Mas, Melaka dan kelihatan berduyun orang berada di rumah itu untuk berubat.

Kalau ada sesiapa yang pernah gi sana, boleh lah inform kan kat ruangan komen dibawah ni, untuk kebaikkan pembaca yang lain juga kan. Ashraf sebelum ni merupakan host untuk rancangan perubatan juga di Astro Oasis, Syifa al Hidayah yang diasaskan oleh Hj Lokman yang bertempat kat Sg Pusu Gombak. Bagus benor keje si Ashraf ni membantu orang yang ada penyakit, jika benar cerita ini, semoga kerja Ashraf ini dapat berkat dan limpah kurnia daripada Allah SWT.

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih