Home » , , , » AC Mizal baru beli kereta Bentley

AC Mizal baru beli kereta Bentley

Pada: Isnin, 8 Mac 2010 Siapa kata artis kita tak boleh berjaya dan jadi kaya raya? Tengoklah AC Mizal, hidupnya senang lenang dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sejak kebelakangan ni melalui bisnesnya yang meletup-letup. Cerita terbaru yang didengar, AC baru saja beli sebuah kereta mewah jenis Bentley. Bukan calang-calang punya kereta. Orang besar negara, jutawan dan saudagar minyak Arab saja yang naik dan miliki kereta macam tu.

Diberitahu lagi, kereta terbaru AC itu dibelinya minggu lalu. Sebelum ini dia dah ada sebuah kereta mewah jenama Porsche. Harganya sama dengan 10 buah rumah kos rendah. Khabarnya bisnes jualan langsung AC semakin menjadi-jadi. Bisnes gelang magnet dia pun bukan main laris. Sebab tu dia boleh hidup senang.. Lepas ni nak berhajat pergi umrah pula katanya. -Utusan

banner

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih