Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Nurhaliza di Majlis Puan Seri Kamelia

Khamis, 31 Disember 2009

Siti Nurhaliza dan suami setia kemana sahaja, dijemput oleh Puan Seri Kamelia ke majlis hari ulang tahun di kediaman rasminya yang bertempat di perumahan elit, Carcosa Seri Negara. Puan Sri Kamelia ni merupakan orang yang menjayakan Konsert Satu beberapa bulan yang lalu. Dalam majlis berkenaan turut hadir yang boleh dikenali adalah golongan VVIP, Datuk Seri Musa Aman (ketua menteri Sabah) dan juga artis Kris Dayanti, Qabil Ambak.

Fasha akui dulu jahat, bercinta dengan Jejai

Rakaman yang diambil di bawah ini merupakan rakaman dari rancangan AC Sempoi yang dihostkan oleh Ac Mizal di Astro. Agaknya dalam sebulan dua yang lepas rancangan ni yang mengutarakan soal Fasha Sandha. Fasha Sandha mengakui yang dia dahulu nakal dan pernah bercinta dengan Jejai, bekas laki Nora Danish. Jadi apa status Fasha buat masa sekarang ini, yang itu penulis masih lagi tidak pasti, masih solo atau dah lekat balik dengan Jejai. Hurm~

Gambar Parti Abby Abadi Dan Zul Ariffin

Baru-baru ini syarikat swasta Skop Productions telah mengadakan majlis parti bersempena hari keluarga di salah sebuah beach resort dalam negara. Ramai yang menghadiri majlis parti berkenaan ini juga termasuklah artis janda, Abby Abadi dan pelakon muda, Zul Ariffin. Di sana mereka berdua saling bergembira. Dikatakan kononya foto yang mereka ambil ini adalah untuk mencemburukan/mengejek Norman Hakim yang sememangnya dah tiada perasaan cemburu lagi dah. Ngeh3.

Memey mahu tamatkan kontroversi - tp dia yang mulakan

Menjelang tahun 2010 ini, Memey berharap boleh keluar daripada label sedemikian dan apa yang penting, kata gadis kelahiran Johor ini, dia tidak mahu lagi terlalu membicarakan tentang kisah peribadinya, terutama tentang hubungan cintanya dengan pelakon, Norman Hakim. Ujar Memey, dia tidak mahu orang terus meletakkan tanggapan yang salah terhadap dirinya. Contoh terbaik ialah gambar-gambar mesra pelakon ini bersama anak-anak Norman yang tersebar di internet baru-baru ini, yang mana membuatkan banyak pihak terus 'mengecam' Memey.

Gambar yang dimasukkan sendiri oleh Memey di laman web Facebook itu hanyalah sekadar untuk simpanannya, tetapi 'dicuri' dan disebarkan di internet dengan diselitkan pelbagai cercaan terhadap dirinya dan Norman.

"Apa yang saya perasan, orang suka mencari silap saya, terutamanya di internet yang selalu wujudkan macam-macam isu tentang saya. Selepas kontroversi dulu, saya memang sentiasa berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk saya.
"Apa yang pasti, dengan kedatangan tahun baru nanti, saya mengharapkan ia akan menjadi satu permulaan yang baik dan hidup saya juga akan lebih stabil. Sudah-sudahlah kontroversi...Saya ingin lupakan semuanya dan mulakan kehidupan yang baru," kata Memey.

Norman KRU pengetua AF8?

Rabu, 30 Disember 2009

Penulis akui yang rancangan realiti Akademi Fantasia sudah tidak relevan lagi. Bukan kerana apa, Akademi Fantasia sekarang sudah jauh daripada matlamat utamanya, semua pelajarnya lebih cenderung dalam bidang lakonan, jadi pelakon. Nyayian kurang dan mungkin ada yang bersara lebih awal. Dalam hal yang lain pula, sumber perisikan terbaru telah beritahu bahawa rancangan ini, mungkin akan menerima individu termuda untuk menduduki kerusi panas sebagai Pengetua AF.

Norman Abdul Halim atau Norman KRU kini adalah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, beliau adalah diantara calon-calon yang disebut-sebut dengan penjawatan kerusi berkenaan. Norman KRU yang memulakan langkah pertamanya dalam bidang seni dengan muncul bersama kumpulan KRU yakni adik beradiknya juga dalam tahun 1992, dimana kumpulan mereka menjadi amat terkenal di seluruh Malaysia. Norman KRU yang sekarang berusia 37 tahun, akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia yang termuda selepas Datin Seri Tiara Jacquelina (42 tahun) jika perkhabaran ini benar.

Soalan Lelaki untuk Tiz Zaqyah

Meletup namanya setelah memegang watak gadis alim dalam drama Nur Kasih. Lakonannya yang berkesan itu bagai memukau setiap penonton. Memulakan langkah awal kerana minat dan sekadar mahu mencuba, dia hadir ke uji bakat untuk menjadi pelakon setelah tamat persekolahan. Tidak sangka terpilih dengan watak kecil dalam sebuah drama bersiri, sehinggalah berjaya dengan tawaran demi tawaran yang mendatang. Kini dia semakin dikenali ramai. Itulah Siti Zaqyah Abd. Razak atau lebih dikenali dengan nama Tiz Zaqyah. Hadir ke sesi fotografi baru-baru ini bersama seorang teman biasa, nyata dia seorang yang mudah bekerjasama. Mari kita lihat pula pandangannya tentang lelaki…

Pandangan tentang lelaki kini?
Saya berpendapat lelaki kini berfikiran sangat terbuka, mudah diajak berbincang, mempunyai wawasan dan bersemangat tinggi. Ini menjadikan mereka lebih matang untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sifat lelaki yang anda sukai?
Sudah pasti seorang yang simple, boleh memimpin, mempunyai karakter yang positif dan saya menyukai lelaki yang agak konvensional dan tradisional.

Lelaki yang bagaimana anda tidak gemari?
Seorang yang tidak berpendirian dan tiada pegangan hidup bukan lelaki yang menjadi pilihan saya. Mereka perlu berani dan bertanggunjawab!

Tarikan fizikal pada lelaki?
(Sambil tersenyum) Saya suka lelaki yang berwajah manis, mempunyai bentuk tubuh yang mantap, sawo matang, tinggi dan botak. Saya tidak suka lelaki berambut panjang.

Fesyen lelaki pilihan?
Saya suka lelaki dengan t-shirt, jeans,sneakers dan gaya ranggi.

Komen anda memilih lelaki yang lebih muda sebagai teman hidup?
Lelaki yang lebih muda bukanlah pilihan jika saya ingin mencari teman hidup. Ini adalah kerana saya menggemari seorang yang lebih matang. Bagi diri ini, saya perlukan seorang yang boleh menjadi pemimpin dan bukan saya yang perlu menguruskan segala hal. Setidaknya, lelaki itu perlulah bezanya dari dua hingga lima tahun dari saya. Tidak terlalu tua..

Warna seksi bagi anda dan lelaki?
Saya menggemari warna hitam kerana ia kelihatan seksi dan elegan.

Lana Nordin jadi Jutawan tahun 2010

Mazlina Hasan Nordin atau lebih dikenali lagi sebagai Lana Nordin kelahiran anak Sarawak ini, mengakui tahun 2009 menjadi tahun dia aktif semula dalam bidang lakonan setelah beberapa tahun lalu yakni sebelum tahun 2009 hanya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bisnes kontraktor kelas A yang dikongsi dengan teman sekerjanya berpangkat Datuk.

"Saya buat projek dengan beberapa agensi kerajaan sejak tahun lalu. Sebenarnya skop kerja saya lebih terarah kepada bidang pemasaran sambil bertemu dengan klien bagi mendapatkan tender untuk syarikat kami. Minat untuk melakukan perniagaan memang sudah lama ada dalam diri. Saya pernah mengambil kursus perniagaan dan bekerja sebagai setiausaha sebelum menyertai syarikat penerbangan AirAsia.
"Selepas itu barulah saya memulakan diri dalam bidang lakonan sekadar suka-suka. Pada waktu yang sama, saya menjalankan perniagaan ini. Selepas berlakon dengan beberapa buah drama dan filem, saya ambil keputusan untuk berehat seketika daripada bidang lakonan selepas tamat drama bersiri, Gol & Gincu. Ia disebabkan saya mahu belajar dan mendalami perniagaan kerana sedar karier sebagai pelakon tidak menjamin masa depan yang cerah. Saya tidak kisah jarang muncul di kaca televisyen dan mengamalkan sikap memilih mana-mana drama yang ingin diceburi.
"Alhamdulillah, tidak lama kemudian bisnes saya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Tahun demi tahun, ia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Saya sendiri teruja apabila melibatkan diri dalam bidang yang sarat dengan cabaran dan dugaan ini. Lantaran itu, saya menyasarkan pada tahun depan untuk bergelar jutawan ditambah dengan projek-projek berskala besar yang diperoleh syarikat." tambah Lana

Maya Karin mahu jadi petani

Tidak disangka Maya Karin dan juga suami, Steven Shorthose suka menananm sayuran sendiri di apartmen mereka berdua. Belum ada anak lagi tapi da ada timun, tomato, kacang panjang, rempah asli dan macam-macam lagi yang mereka tanam. Tidak lama lagi mereka bercadang akan berpindah ke Sungai Penchala dan Maya Karin percaya, yang mereka berdua akan menjadi petani sejati selepas ini.

Namun sebenarnya suami Maya, Steven Shorthose yang lebih banyak menanam daripada Maya yang lebih aktif dalam bidang anak seni. Baru-baru ini, Maya Karin dapat menikmati rempah hasil yang dia tanam sendiri di kediamannya itu dan perasaan ketika menikmatinya berbeza berbanding makanan yang dibeli di kedai. Itulah bak kata pepatah, berbudi pada tanah, besar hasilnya.

Gaya manja Intan Ladyana

Selasa, 29 Disember 2009

Baru-baru ini bertempat di Hotel Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, pelakon cantik, Intan Ladyana mendapat Anugerah Selebriti Paling Anggun di Parti Nona 2010. Dia membawa hadiah rantai yang harganya mungkin ribuan ringgit (tak kan lah ratus ringgit sahaja kot, btl tak) yang disumbangkan oleh Rafflesia. Baju yang dipakai Intan juga seksi, skirt yang tidak lepas lutut dan penampakkan bulu ketiaknya. Begitulah artis~

Gambar Pertunangan Hunny Madu?

Penyampai radio swasta Fly.FM, Hunny Madu dikatakan sudah bertunang beberapa bulan yang lepas. Dikatakan acara berkenaan dibuat secara senyap-senyap tanpa adanya media di tempat berkenaan sehinggakan siapa tunangnya masih lagi menjadi misteri belantara. Tidak diketahui penulis, apakah status agama Hunny Madu ini, nampak bila bertunang seperti orang melayu sahaja, memakai pakaian baju kurung dan juga selendang. Apa-apa pun tahniah diatas pertunangan berkenaan (kalau betul), walaupun berita pertunangan Hunny Madu dah lama dibuat.

Abby Abadi Menyampah dengan Memey, Norman Hakim

Gambar-gambar mesra, pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah banyak tersebar di internet mahupun akhbar. Memey tidak menafikan hubungannya dan Norman semakin serius namun belum sampai sehingga tahap untuk berkahwin. Ditanya kepada Memey mengenai bagaimana gambar-gambar itu boleh tersebar, dia beranggapan ada kemungkinan gambar-gambar itu diambil menerusi laman web FaceBook miliknya.

“Bagi saya gambar itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana (pose) yang biasa-biasa sahaja,” kata Memey.
Bagi Memey, mungkin gambar itu tidak mendatangkan apa-apa kesan, namun mana tahu hati orang lain. Ini kerana gambar itu bukan sahaja melibatkan gambar Memey dan Norman, malah turut mengaitkan anak-anak hasil perkahwinan Norman dan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi. Pabila meminta komen Abby, dia bagaimanapun mengaku gambar-gambar itu tidak terlalu mendatangkan kesan kepadanya.
“Saya dah tengok gambar itu sebelum ini. Biarlah dia… suka nak orang bercerita tentang dia. Bagi saya, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, mereka melayan tiga orang anak saya dengan baik. Cuma saya rasa agak ralat kerana gambar-gambar itu seperti sengaja dipublishkan untuk mendapat perhatian,” komen Abby.
Gambar-gambar yang tersebar itu antaranya menunjukkan Mohd Danish Hakim, 6, dan Marisa Dania Hakim, 4, mencium kedua-dua belah pipi Memey.

“Saya berasa kasihan apabila anak-anak yang menjadi ‘bahan’. Tiga orang anak saya itu tidak sepatutnya disuruh melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Sebenarnya memang saya dah penat untuk mengambil tahu hal mereka (Norman dan Memey) kerana saya tak berminat pun, tapi ramai yang menyampaikan cerita kepada saya. Hendak atau tidak, saya kena ambil tahu juga sebab perkara ini melibatkan tiga orang anak saya,” kata Abby lagi.
Namun begitu, dalam riak tenang, ada satu perasaan yang mengguris hati pelakon yang digosipkan bercinta dengan pelakon Zul Ariffin ini.
“Ada beberapa insiden yang membuatkan saya menyampah nak tengok NH (Norman Hakim) kerana dia tak tahu malu dan tak menghormati langsung keluarga saya,” luahan akhirnya.

Rozita Insaf dalam pemilihan pakaian

Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya. Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.

Rozita ketika dihubungi untuk memperjelaskan isu ini berkata, fesyen pakaian yang digayakan pada malam tersebut adalah Bohemian bukan Purdah.
"Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby. Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung), Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini" ujar Rozita
"Saya pilih pakaian ini kerana nampak unik dan sesuai dengan tema pada malam tersebut dan saya tidak sangka pula perkara ini jadi kontroversi, pada malam itu (ASK) tiada pula rakan artis yang menegur tentang pakaian saya itu," ujar Rozita yang sibuk dengan pengambaran drama 26 episod terbitan RTM berjudul Cikgu Kamisah Kerby.
Namun begitu Rozita memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia.
"Ini merupakan satu pengajaran kepada saya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.

Zarina An Julie Mohon Kemaafan

Isnin, 28 Disember 2009

Sebagai manusia Zarina An Julie tetap akur dengan kesalahan yang dilakukan dahulu (gambar lucah). Tetapi apa yang digusarkan apabila masih ada lagi yang tidak dapat menerimanya. Setiap orang melakukan kesilapan dan seharusnya diberi peluang kedua untuk menebus apa yang telah berlaku. Pintanya kini agar peminat dan orang dalam industri agar tidak memperlakukan dirinya dengan menolak mentah-mentah.

"Cukup-cukuplah orang nak bercerita mengenai kisah lama. Semua orang melakukan kesilapan dan saya juga berbuat demikian. Tapi mengapa masih lagi tiada ruang kemaafan?
"Sudah dua tahun kisah hitam itu berlaku tetapi mengapa mesti diungkit kembali cerita tersebut? Kalau boleh saya mahu melupakan apa yang telah terjadi tapi kalau orang asyik nak bercakap perkara yang sama sampai bila pun tak akan habis. Kalau nak cakap pasal kesal memang saya kesal dengan apa yang telah terjadi. Tapi apa yang saya kesalkan kenapa tiada ruang kemaafan? Kalau macam itu sampai bila-bilapun saya tak akan ke mana-mana," jelas gadis yang berusia 23 tahun ini.

Sidang Media, Isu Awal, Scha kena tangkap

“Memang saya ada di situ (Bukit Bintang) atas jemputan Scha,” kata Awal Ashaari, 28, ketika sidang media khas berhubung dakwaan pelakon dan pengacara popular itu enggan membuat ujian air kencing semasa serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang awal pagi kelmarin (26/12).

Menurut Awal, dia dijemput bagi meraikan Hari Jadi kawan kepada pengacara dan pelakon Scha Al-Yahya yang kebetulan baru tiba dari Melbourne, Australia di sebuah restoran sebelah pusat hiburan itu. Awal menganggap dia telah melakukan satu kesilapan apabila menukar fikiran dalam masa yang singkat.

“Saya datang awal sedikit dan tidak kenal siapa kawan Scha itu. Sementara menunggu Scha, saya lepak seketika di pusat hiburan itu. Sebenarnya, saya berada dalam situasi yang salah dan bukannya berniat untuk bersuka ria di pusat hiburan itu. Perkara ini bertukar sebab Scha yang lewat. Insiden ini memberi kesan negatif kepada karier dan keluarga saya..Ia pertama kali berlaku dalam hidup saya sepanjang lima tahun bergelar artis,” luah Awal dalam keadaan tenang selepas sidang media Malam Kemuncak Sehati Berdansa musim ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra.
“Apabila saya sampai di dalam kelab itu, tiba-tiba sahaja lampu dibuka dan muzik dipadamkan. Seorang wanita memberitahu satu operasi sedang dijalankan kerana sebelum itu terdapat satu pergaduhan. Saya hanya mengikut arahan polis dan duduk bersama lelaki lain di bahagian hadapan manakala perempuan di bahagian belakang. Kemudian kami dalam 30 orang diarahkan ke bilik air untuk membuat ujian air kencing.Saya masuk ke dalam bilik air itu dan cuba tetapi tak mampu keluar apa-apa,” tambah Awal.
Pengacara program Sehati Berdansa ini juga akui tertekan dengan pihak media yang menjerit namanya sehingga tidak mampu memberikan sampel air kencing itu dan ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Saya beritahu tak boleh (memberikan sampel air kencing) dan tunggu juga. Dalam masa yang sama ramai juga media yang menjerit nama saya. Saya juga dihimpit dan diasak oleh mereka seolah-olah saya seorang hero. Tetapi saya tetap pegang botol (sampel air kencing) dan cuba lagi kerana lelaki (polis) di hadapan saya kata cuba lagi.Saya rasa mungkin saya tidak dapat (memberikan sampel air kencing) kerana tertekan dan tidak pernah alami insiden seperti ini.
“Saya mengalami tekanan dengan teruk sehingga mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya..selepas itu, mereka kata kalau tak boleh, mereka mahu bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Jadi, saya terus kata tak boleh. Apabila dibawa ke balai, akhirnya saya berjaya memberikan sampel air kencing selepas minum tiga botol air dan ujian itu didapati negatif,” kata Awal.
Awal juga menceritakan tentang bagaimana dia dilayan dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana saya takut ramai media yang menunggu di luar. Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya. Saya harap orang tak salah anggap kerana saya bukannya terlibat dengan dadah. Tetapi ada seorang pelakon dan pengacara yang turut berada di situ telah positif dadah. Saya bersih dari dadah dan bukan di bawah pengaruh alkohol. Jika tidak percaya, boleh bertanya dengan Sharifah Hawariah sendiri. Saya juga cuba mendapatkan surat tentang apa yang berlaku,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Scha yang turut berada dalam sidang media itu mengaku mereka tersilap percaturan apabila terpaksa menukar rancangan untuk pergi ke pusat hiburan itu apabila restoran itu telah tutup.

“Saya lambat kerana baru habis menjalani penggambaran Awan Dania pada pukul 1.30 pagi. Apabila saya sampai di restoran itu, tempat itu dah tutup. Saya terpaksa tukar tempat ke pusat hiburan itu kerana tiada pilihan lain. Lagipun bukan Hari Jadi saya..tetapi saya rasa kecewa,” luah Scha dalam keadaan sugul.
Scha berkata dia langsung tidak mengetahui tentang situasi yang berlaku pada malam itu dan menurut sahaja apabila diarahkan membuat ujian air kencing.
"Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..," tegasnya.
Pada Jumaat lalu, Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu (pelakon dan pengacara yang enggan membuat ujian air kencing) dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.
"Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali. Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal," katanya.

Adegan Tiz Zaqyah, Remy Ishak

Adegan ni kemungkinan besar seperti dalam slot drama. Namun seolah-olah seperti betul-betul sahaja. Tiz Zaqyah yang terkenal kerana pemakaian tudungnya ketika berada dalam drama telah memegang tangan Remy Ishak dengan spontan, tanda berani nya untuk memiliki cinta, kononnya. Memang menarik babak ni kalau diikutkan, apatahlagi kedua-dua pelakon mempunyai isu besar yang masing-masing hadapi kini. Jangan korang berani buat seperti itu pula dengan bukan muhrim korang erk.

Aksi Manja Siti Nurhaliza dan Datuk K

Ahad, 27 Disember 2009

Lama sudah post mengenai Siti Nurhaliza tidak di kumandangkan. Artis nombor satu negara ini sepi di arena tempatan kerana sibuk membuat show di Singapura baru-baru ini. Pun begitu ada masih yang boleh dikongsi bersama, saat-saat dimana Siti dan Datuk K bermanja-manja ketika majlis pernikahan sepupu Siti yang hanya dikenali sebagai Ju. Aksi manja yang ditonjolkan adalah Datuk K menyuap makanan ke dalam mulut Siti. Pergh mengalahkan pengantin tue beb. Saksikan gambar di bawah..