Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nora Danish di perkahwinan bekas adik ipar

Isnin, 30 November 2009

Baru-baru ni ada berlangsungnya perkahwinan anak perempuan kepada YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas Tuan Speaker Dewan Parlimen. Yang datang tu mestilah anak dan juga keluarga Tan Sri, termasuk Jejai. Namun pun begitu Nora Danish juga diberi kesempatan menghadirinya kerana Nora Danish juga sebahagian daripada keluarga mereka memandangkan dia sudah melahirkan anak Jejai. Ngeh3.

Mawi maafkan kepada musuh

Populariti Mawi dikatakan semakin lama semakin tenggelam mengikut arus masa. Ditambah pula berpusu-pusu orang yang mahu menjadi artis dengan mencuba nasib mereka seperti menghadiri ujibakat dan memasuki program realiti. Penyanyi, pelakon dan produser ini tidak menafikan tentang ‘zaman kejatuhan’nya namun dia sudah bersedia mungkin dengan menumpukan kepada kerja belakang tabir yang diuruskan oleh produksinya.

Sepanjang bergelar artis selepas menjuarai program realiti AF3, Mawi berkata dia telah banyak kali menerima surat layang berbaur maki hamun.

“Macam-macam surat yang terima. Ada yang hantar di Maestro dan tidak kurang juga yang hantar di kampung. Orang dengki saya dari dulu sampai sekarang dan menganggap orang seperti ini saiko,” ujar Mawi.
Biar banyak mana dimakipun, Mawi tetap tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap pendengki itu.
“Saya rasa tak perlu (ambil tindakan) sebab perkara kecil sahaja. Tetapi saya nak nasihatkan kepada mereka yang berkenaan supaya carilah kerja yang berfaedah...jangan risau..saya maafkan,” katanya yang akan mengambil langkah berhati-hati lagi selepas ini.

Scha al Yahya Jadi Tomboy

Haiya apa nak jadi dengan pelakon serba boleh ni. Dah tukar identiti kepada lebih 'gentelgirl lah' nampaknya. Kata Scha lagi dia suka dengan rambutnya yang ala-ala lelaki tue. Biar betul perubahan yang dibuat oleh Scha ni, suka-suka atau mengikut arahan pengarah filem untuk memegang watak sebagai tomboy. Cuba anda lihat laman sosial komunitinya kalau ada penjelasan mengenai ini.
I’m loving my new hair. Tho I look unhappy, deep inside I’m extremely happy with my decision ;p.. Kata Scha di laman sosial nya

Gambar Syanie dah kurus sedikit

Masalah berat badan yang dialami oleh pelakon, Syanie bukan sesuatu yang baru. Perkara nie dah lama dah. Namun begitulah rezeki Syanie, banyak filem dan drama yang telah dilakonkannya tanpa mengira bentuk fizikal dia berkenaan. Baru-baru ini badan Syanie sepertinya ada sedikit penurunan kepada level medium. Katanya dia membuat pembedahan di bahagian perut bagi menghilangkan serba sedikit lemak yang ada padanya, dan pembedahan itu telah pun selamat. Lihatlah Syanie sekarang ni..
Dulu..
Sikalang..

Tamara Bleszynski Berbikini

Ahad, 29 November 2009

Jika sebelum ini aktres jelita, Tamara Bleszynski, lasak dalam filem Cicakman 2, kini dia cuba memberanikan diri dengan menerima tawaran filem Air Terjun Pengantin. Tetapi untuk filem itu Tamara perlu tampil seksi untuk menjayakan banyak babak ghairah. Sebelum ini, penerbit filem berkenaan, Ody Mulya dan pengarahnya, Rizal Mantovani berdepan kesukaran untuk meyakinkan aktres tersebut untuk menerima watak yang diberikan.

"Bukan mudah untuk meminta Tamara menjayakan filem ini. Apatah lagi bila ada adegan Tamara perlu berbikini. Nasib baik Rizal rapat dengannya dan dia cuba memujuk Tamara. Apa-apa pun filem ini bukan mahu mengeksploitasikan kaum wanita," kata Ody yang yakin dengan aura pelakon jelita itu.

Kekasih Shila, Hanafi atau Hafiz?

Anak dara kepada penyanyi, ND Lala, Shila yang berusia 19 tahun kini makin mula matang mecari teman hidup. Di antara yang dikatakan berminat, Hanafi, gitaris utama Estranged dan Hafiz, perantara riang 'School Attack'. Bila ditanya tentang kesahihan cerita yang diterima, Shila hanya tergelak besar.

"Ayat kelakar lah. Shila berkawan dengan ramai orang dan antaranya, Hanafi dan Hafiz. Mereka berdua kawan baik Shila. Hanafi selalu bagi Shila 'tips' bermain gitar. Kita berkongsi minat yang sama dalam muzik, contohnya, kami berdua peminat besar Paramore. Kita selalu bercakap pasal muzik, tak timbul langsung cerita 'I like you'. Kami pun tak pernah keluar sama. Sebenarnya, Shila rapat dengan semua ahli Estranged."
Dan Hafiz, yang dilihat GUA ada menghadiri pelancaran album sulung Shila beberapa bulan lepas?

"Hafiz seorang teman baik. Shila kenal dia bila adik Shila sertai 'Idola Kecil'. Tapi dia lebih rapat dengan adik Shila dari Shila. Bila dia dan adik keluar, Shila dan mama pun ikut sama. Mungkin sebab itu orang kaitkan dia dengan Shila. Takkan nak gosipkan dia dengan adik Shila. Pernah sebelum ini ada yang bertanya jika dia berminat pada Shila tapi dengan memek mukanya, dia kata tak berminat," ujar Shila tersenyum.

Diana Danielle jadi duta Levis

Walaupun ada gosip liar yang menyebutkan bahwa ibu Diana Danielle menjengkelkan dan rimas akan ramai pengarah, namun pun begitu rezeki Diana Danielle nampaknya makin bertambah tambah. Sekarang Diana Danielle sedang sibuk menjadi duta kepada beberapa produk termasuk jenama antarabangsa dan terkenal di kalangan muda mudi belia remaja, Levis. Apa-apa pun teruskah usaha anda, termasuk juga usaha mencari seorang kekasih.

Akhil Hayy Pernah ditangkap JAIS

Sabtu, 28 November 2009

Akhil Hayy berkongsi pengalamannya ditahan oleh pihak JAIS kerana berceramah tanpa tauliah, kira-kira 3 tahun lalu. Menurut beliau, kes tersebut masih belum selesai kerana pihak JAIS tidak ada hujah dan bukti untuk mendakwa dirinya. Bukan setakat Akhil Hayy, baru-baru ini isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin telah memanaskan suasana politik negara, kerana beliau ditahan ketika mengadakan ceramah di Taman Seri Ukay, Hulu Klang pada 1 November lalu.

Selain itu, kata Akhil Hayy lagi, JAIS sepatutnya menumpukan tenaga kerja untuk membendung gejala maksiat dan bukannya menghalang penceramah untuk menyebarkan ilmu agama. Kononnya, penahanan tersebut untuk membendung penyebaran ajaran sesat. Tapi kalau ikut logik akal, pernah ke anda lihat penyebar ajaran sesat boleh berceramah di tempat terbuka? Salah siapa sebenarnya ni?

Lan Kristal mahu Kahwin dah

Lan Kristal atau nama sebenarnya, Mohd. Razlan Mohamed Yusof) dan juga bakal isterinya, Ain atau nama sebenarnya Nur Sheila Hassim sudah pun mula menghantar kad undangan majlis perkahwinan mereka kepada pihak media dan juga orang yang dikenali. Menurut kad undangan berkenaan, majlis diadakan di rumah Ain pada 6 Disember 2009 di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor manakala sebelah Lan diadakan pada 20 Disember di Taman Permata, Kuala Lumpur.

Mereka memang tidak pernah menyembunyikan perhubungan. Malah sejak bercinta lagi Lan memperkenalkan buah hatinya kepada pihak media, apatah lagi wanita itu ialah pengurus kumpulan Kristal.

Shahz Jaszle Kembar Adam AF?

Muka Shahz Jaszle ni sebiji dengan Adam AF. Memang tidak disangka lah pula, pandangan pertama penulis terhadap Shahz Jaszle. Namun begitulah, bakat memang tidak sama, cuma muka mereka sahaja ada iras sedikit. Kalau nak dibandingkan kemachoan pula, penulis rasakan, Shahz Jaszle lebih macho sedikit daripada Adam. Tengok nama jerk pun dah kira nama moden tue. ngeh3.

Aksi Nurul Seksi

Janda terkenal, Nurul yang juga bekas isteri kepada komposer, Ajai kini menampakkan taringnya dalam bidang lakonan. Pada mulanya dalam rancangan Cyril, Simpy Magic, channel AXN 9, disangkakan terdapat empat pelakon non muslim yang telah melakonkan rancangan berkenaan, namun apabila di teliti dengan halus, Nurul pun ada melakonkannya. Pemakaian yang dipakai Nurul pun seksi juga, sampai nampak lurah dendam.

Fesyen Rambut Pelik Anita Sarawak

Jumaat, 27 November 2009

Memang tidak disangka fesyen terkini Anita Sarawak amat pelik dan memang jarang-jarang berlaku kat tv. Hehe. Jangan marah erk kak Nita. Kemunculannya di Wanita Hari Ini edisi minggu ni bersama dan ditemani oleh suami tercinta abang Mahathir yang sedikit sebanyak sudah pulih dari kemalangan ragut bulan yang lalu. But penulis memang mengkagumi pasangan ini, masih kelihatan awet muda walaupun usia sudah meningkat, Wallahualan lah kalau ada resepi dalamannya pulak.

Aleeza Kassim Seksi

Pelakon dan juga merangkap pragawati artis, Aleeza Kassim yang sememangnya popular dan terkenal bukan kerana bakatnya namun kepada keseksian seksanya itu. Baru-baru ni ada lagi satu majlis yang dihadirinya dengan pakaian menjolok mata memandang. Memang seksi lah, sampai nampak lubang pusat. Dalam hal yang lain, Aleeza sebenarnya dah berkahwin dah pada awal tahun 2007 yang lalu. Hubby kena main peranan lah ni nampaknya.

Jue Aziz Bagi Ilmu kat Remy Ishak

Bab curah-mencurah ilmu nie memang digalakkan oleh Agama. Namun ianya tidak menjadi masalah besar jika disampaikan antara satu sama lain. Namun begitu yang terjadi kepada dua artis, Jue Aziz dan Remy Ishak. Ilmu mengenai automotif yang dicurahkan bukanlah dari Remy Ishak, tetapi Jue Aziz sendiri mencurah ilmu ke Remy Ishak.

Jue Aziz ada mengakui yang beliau pernah menemani Remy Ishak ke kedai kereta & memberi idea tentang pemilihan sport rim kerana Jue sendiri ada sedikit ilmu berkaitan kereta. Jue Aziz yang sudah lebih 2 tahun putus cinta dengan Jehan Miskin kini mengakui rapat dengan Remy Ishak tetapi masih sebagai kawan.

Perkembangan karier Jue Aziz juga agak menarik. Selepas melakonkan banyak watak penggoda dalam drama, kini Jue mengangkat sikit watak yang di lakonkan dengan menjadi GRO. Sebarang perkembangan hubungan Jue Aziz & Remy Ishak akan di ikuti rapat oleh kami. Maklumlah, orang kata Jue Aziz ini playgirl orangnya.

Inul Daratista Tayang Punggung

Khamis, 26 November 2009

Penyanyi dangdut yang terkenal dengan goyangan pinggulnya yang sungguh gerudi, Inul Daratista telah membuat satu kejutan, kali ini kejutannya adalah dengan menayangkan punggungnya itu kepada para media-media yang sudah tidak sabar mahu mengambil gambarnya itu. Memang sungguh asyik gitue dong. Perkembangan lain pulak, Inul Daratista bersama kumpulan Dewa 19 akan membuat persembahan di KL Live (Life Centre), Jalan Sultan Ismail pada hari Ahad ini (29/11).

Jehan Miskin, Tony Eusoff Sosial

Lagi-lagi kes Jehan Miskin. Memang hari ni gosip Jehan Miskin jerk ler nampaknya. Tapi gambar Jehan Miskin parti atau sosial tidak lah sebanyak mana, cuma sekeping jerk. Yang gambar lain kebanyakkannya adalah pelakon, Tony Eusoff dengan ntah perempuan mana da. Sepertinya tempat pada ketika itu susah digambarkan, sekejap macam di pub, sekejap macam di tepi pantai. Ntah lah korang renungkanlah sendiri yer. Ngeh3.

Ainul Shariza, Kekasih One Sofaz

Band Sofaz yang terkenal di Malaysia dan juga Indonesia kini telah berani mendedahkan ahli-ahli mereka dengan suasana gosip. Yang terbaru bukan vokalis utama mereka, Aremeer, namun si One (tidak tahu nama sebenar) dengan kekasih hatinya yang bernama Ainul Shariza. Kekasihnya ni pada awalnya nampak sopan bertudung, tapi dalam terang-terang dia juga seperti orang lain dalam laman komuniti sosial. Nak hidup bebas dengan buka itu ini. Ngeh3.

Scha al Yahya, Jehan Miskin Di Langkawi

Ntah lah apa yang berlaku di sebalik Pulau Langkawi di antara dua pelakon berbakat dan berkontroversi, Scha al Yahya dan Jehan Miskin. Dalam lama sosial Twitter Scha al Yahya, mengatakan yang dia dan Jehan pergi ke sana dengan tujuan yang tidak diketahui lagi. Namun begitulah, kita cuma merancang, cuma Allah SWT yang mengetahuinya. Jadi buatlah sebaik mungkin. Ngeh3.

Azwan Ali Tulis Buku: Selamat Tinggal Dunia Pondan

Rabu, 25 November 2009

Di dorong rasa insaf yang ada dalam diri pelakon kontroversi Malaya, Azwan Ali, pelakon ini dikatakan akan menulis sebuah buku tentang pengalaman pribadi beliau sepanjang hidupnya ini. Buku yang bakal keluar ini adalah hasil karya sendiri 100% dari Azwan Ali. Namun apa yang menjadi perhatian adalah dengan tajuk buku tersebut yang berbunyi ‘Selamat Tinggal Dunia Pondan’.

Adakah pelakon, Azwan Ali secara terang-terangan telah mengakui yang dirinya selama ini hidup dalam dunia realiti pondan seperti yang digembar gemburkan ramai pihak?
“Biarlah pembaca sendiri yangg menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yg dinantikan. Saya sendiri dapat rasa yg kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang yg rapat dengan saya dapat rasakan”
Azwan Ali ada merujuk yang istilah ‘pondan’ dalam buku beliau tidak semestinya merujuk kepada gaya kehidupan beliau sebelum ini. Cuma sebagai lumrah kehidupan manusia sejagat dimana perubahan berlaku dengan rasa keikhlasan dan bukan kepura-puraan.

Wawa TV3 dah Bertunang

Hubungan intim personaliti dan pembaca berita Buletin Utama TV3, Azwaliza Azman dengan tunangnya, Kadir Rashid bukanlah baru, sebaliknyaia telah pun mula terjalin sejak kira-kira tiga tahun lalu. Biarpun mengambil masa tiga tahun sebelum mereka mengikat tali pertunangan, pasangan itu tidak mensia-siakan masa yang ada termasuklah dengan mengenali hati budi serta latar belakang keluarga masing-masing.

Menurut Kadir, 31, dia yang mengenali Azwaliza atau lebih dikenali sebagai Wawa di sebuah kedai telefon bimbit Nokia di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur, empat tahun lalu juga sempat menunaikan umrah di Mekah sebelum bertunang.

“Saya dan Wawa sempat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah empat bulan lalu. Sewaktu ke sana Wawa ditemani ibunya, Jamilah Ahmad.

Memey dan Norman di IKEA

Baru-baru ni datang lagi kes terbaru mengenai artis hot duda, Norman Hakim dan Memey. Ada seorang informer melihat mereka di dalam majlis IKEA. Memang nampak seperti romantik sahaja ketika itu diantara mereka berdua. Siap lagi Memey 'memeluk' Norman untuk sangaja menunjukkan kat orang ramai. Namun begitulah adat manusia, ada yang tidak suka kepada Memey dan ada juga suka kepada Memey ketika itu.

Ana Raffali Ikut Jejak Yuna?

1. Tidak kenal maka tidak cinta. Marilah berkenalan. Siapakah Ana Raffali yang sebenar?
Saya Ana. Ayah orang Negeri Sembilan, ibu pula dari Pahang. Anadilahirkan di Kuala Lumpur. Sekarang menetap di Lembah Keramat.Kadang-kadang senang dengan keselesaan dan keringkasan. Itulah Ana.Macam baju kurung. Selesa dan ringkas. Tidak gitu? Ana suka berceritadalam lagu. Pun begitu, Ana berbintang Scorpio. Suka berahsia.

2. Ceritakan sedikit tentang pengalaman pertama Ana mempersembahkan hasil karya sendiri kepada khalayak.
SebenarnyaAna tak berapa ingat bila pertama kali Ana menyanyikan lagu yang Anatulis sendiri. Mungkin ia satu pengalaman ngeri yang cuba Ana lupakantanpa sedar. Ha ha.

3. Siapakah yang sedikit sebanyak menyumbang atau mempengaruhi gaya kerja seni Ana?
Anatiada latihan muzik formal. Cuma belajar sendiri dan dapat tunjuk ajardari kawan-kawan. Banyak muzik yang Ana dengar tetapi buat masa ni,layan Eva Cassidy, Songbird. Great artist! Tentang ilham, Ana rasasegala buku yang pernah Ana baca, lagu yang pernah Ana dengar, filemyang pernah Ana tonton, jalan yang pernah Ana lalui, semuanya telahmembentuk pemikiran Ana sekarang. Perbualan dengan orang perseoranganpun kadang-kadang menggerakkan hati Ana untuk mencuba sesuatu. DariInternet juga. Sekarang Ana sudah ada modem. Yay! Tidaklah berharapkepada dengan wi-fi di Fastfood Joint sahaja. Ha ha ha.


4. Apakah isu-isu yang sering menjadi topik kegemaran dalam lagu Ana?
Anajatuh dalam kategori "hopeless romantic", tentulah Ana gemar menulistentang cinta. Maklumlah, Ana pernah dikecewakan. Ewah! Siapa tidakpernah kecewa angkat tangan?! Biasalah. No pain no gain. Bukan lamaksudnya Ana suka benda sadis. Cuma, kadang-kadang derita memudahkankita berkarya dengan lebih rasa jujur. Selagi Ana mempunyai kapasitiuntuk merasa sendiri atau memahami melalui orang lain, selagi itu Anaakan terus mengupas subjek ini.

5. Mana satu yang betul, seni untuk seni atau seni untuk masyarakat?
Subjektif.Ana mahu karya Ana didengar oleh orang ramai, tapi Ana tak pernahmenulis untuk diterima masyarakat. Ana mahu melihat dan mentafsirperistiwa dengan bijak tanpa terikut-ikut orang lain. Ana tak mahuberkarya untuk memberikan apa yang masyarakat mahu atau suka, Ana taknak ambil tahu pun apa formula yang berkesan. Ana mahu seni yang Anaperjuangkan berdiri dengan sendirinya, hasil dari segala jalan dan rasayang Tuhan telah berikan pada Ana. Mudah-mudahan seni dapat memberipeluang untuk kita semua merasa sesuatu yang istimewa, jujur dan indah.Jadi lebih baik 'seni untuk seni' untuk masyarakat.

6. Artis indie juga tidak sunyi dari gossip. Apakah gossip tentang Ana yang paling "juicy"?
TakkanlahAna nak berkongsi gossip tentang diri sendiri. Ada ke orang nak tahuyang ada kemungkinan Ana Raffali berdarah 1/2 melayu 1/4 cina 1/8itali? haha.. hanya gossip. Eh.. ini soalan dari wartawan Sol-jah atauMangga ni? Next question please. Ha ha ha.

7. Ke manakah halatuju kerja seni Ana Raffali dalam masa 10 tahun?
Walaupundilatih untuk jadi pendidik, Ana rasa mungkin tidak mengajar di sekolahsecara formal. Ana mahu menulis lebih banyak lagu dan menjadi pemuzik(yang hebat, kalau boleh) sepenuh masa. Doakan Ana. Amin.

Farawahida Ada Kekasih Baru

Selasa, 24 November 2009

Melangkah pergi daripada segala kontroversi yang pernah singgah dalam dirinya, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu ini sudah dapat merasakan tahun mendatang bakal memberikan sinar baru dalam kehidupannya. Enggan lagi menoleh ke belakang, Farawahida yang mesra disapa Fara ini sudah mula menyusun agenda tersendiri untuk karier seninya yang bukan saja hanya melibatkan bidang nyanyian, malah mula memberanikan diri menceburi bidang lakonan.

Beralih kepada kehidupannya kini, dalam nada ceria, Fara berkata dia semakin sibuk membuat perancangan dalam menentukan hala tuju hidupnya. Ditanya sama ada agenda untuk berkahwin turut terselit di dalam salah satu perancangan itu apatah lagi dirinya kini dikatakan sedang asyik dilamun cinta dengan seorang jejaka yang hanya setahun tua daripadanya itu, penyanyi kelahiran Taiping, Perak ini hanya ketawa kecil sebelum menjawab:
"Saya pun memang tidak mahu lama-lama bercinta. Saya tidak nafikan, 'dia' adalah yang terbaik untuk saya. Saya kagum dengannya kerana dengan pelbagai perkara yang saya lalui selama ini, dia tetap berdiri teguh menyokong saya. Dia memahami apa yang berlaku dan saya berharap sangat hubungan ini akan terus bertahan," ujarnya.
Kata Fara, kedua-duanya juga sudah mengenali keluarga masing-masing, namun penyanyi ini enggan bercerita secara mendalam tentang kekasih hatinya itu.

Bakal Isteri Khair Syed Hussein

Inilah wajah bakal isteri Syed Khair Syed Hussein, penyampai berita kacak di TV9. Khair akan berkahwin dengan wanita Arab yang berasal dari Madinah, pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua, 28 November 2009 di rumah datuk perempuan di Muar, Johor. Bakal isterinya, Maha Mohammad Ahmad Al-Darwish berdarah Arab. Ibunya seorang yang berketurunan Arab dari Muar yang kini berrhijrah ke Madinah. Selepas kahwin Maha akan terus menetap di Malaysia.

Ida Nerina Gagal Hadir ke Mahkamah

Sebutan kes cerai pelakon Ida Nerina Hussain dan suaminya, Sha’arin Mohd Razali terpaksa ditangguhkan ke tarikh 22 Disember depan, pukul 9 pagi kerana pelakon itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, kelmarin (23/11).

Sementara itu, ketika perbicaraan kes yang berlangsung pada 11.35 pagi (23/11), Sha’arin yang membuat permohonan cerai itu ada menyebut yang dia telah memaklumkan kepada Ida melalui telefon.
“Saya dah hubungi dia tetapi dia tidak menjawab telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) (tentang kes hari ini), tetapi dia tidak membalasnya,” kata Sha’arin ketika menjawab soalan Hakim Syarie.
Sha’arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose juga memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu.