Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Khalid Jamlus Kahwin

Sabtu, 31 Oktober 2009

Wah pemain bola sepak dah masuk sini kena info dan komentar sedikit. Pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan dan juga mana-mana negeri, akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan pilihannya iaitu Zarina bte Datuk Zakaria Md Derus, bekas ADUN Port Klang yang sudah meninggal dunia. Memang meriah perkahwinan mereka yang diadakan di rumah arwah ayah Zarina yang bernama Mahligai DZ Abadi, Kg Idaman, Klang. Tahniah diucapkan.

Nabil, Irma Gembira Berkaraoke

Merpati dua sejoli. Nabil dan Irma yang semangnya sah digelar pasangan bercinta. Telah menunjukkan taring dengan berduet dengan Irma dalam pub yang dikenali sebagai tutzz.. Pasangan ini memang seronok dan gembira sahaja bila berduaan. Penulis berharap mereka berdua dapat menamatkan zaman bujang masing-masing dengan ikatan yang sah dan diredhai Allah. Nanti kalu putus, malu lah u'all berdua.





Liyana Jasmay Kahwin?

Biar betul. Tak menyangka gadis molek dan cantik ini dah kahwin. Tapi terlalu mustahil pulak kan mahu diperkatakan sedemikian. Yer lah, gossip teman lelakinya pun belum ada lagi kedengaran. Terus menerus jer kahwin. Rupa-rupanya dalam diam-diam, Liyana Jasmay ni mempunyai seorang kakak yang mirip mukanya, jadi kakaknya pula yang kahwin tue. Liyana Jasmay pun turut menjayakan majlis yang penuh bermakna itu sebagai pengapit lagi tue.

Remy Ishak Tak Mahu digelar Hero Malaya

Namun, bukan itu saja gelaran yang diberikan kepada Remy. Malah sudah ada yang menobatkannya sebagai bakal "hero Malaya". Orang lain mungkin berbesar hati dengan gelaran sebegitu tetapi buat pelakon kacak berkulit sawo matang ini, ramai lagi yang lebih berhak.

"Remy tak tahu di mana kehebatan atau keistimewaan Remy. Bagi Remy, Remy biasa je," kata jejaka berusia 27 tahun ini segan.
Gelaran “hero Malaya” itu satu tanggungjawab besar. Rasanya ramai lagi artis lelaki yang berhak menerima gelaran ini. Mungkin ketika ini nama Remy naik sebab 'Nur Kasih' padahal Remy sebenarnya sama saja dengan orang lain."

Yunalis Zarai Konvokesyen

Jumaat, 30 Oktober 2009

Penyanyi berusia 23 tahun, Yunalis Zarai yang banyak menerima kritikan dari pelbagai media mengakui dirinya begitu gembira sekali setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada hari Selasa yang lalu (27/10). Menurut gadis kelahiran Alor Star, Kedah ini, usahanya selama ini bertungkus-lumus dalam mempelajari selok-selok dunia guaman dan menyiapkan tugasan yang diberikan 'terbayar' jua apabila dia berjaya menamatkan pengajiannya itu.

A.R. Badul Mulut Celupar?

Peminat : aku nyampah btul tgk si badul ni dari dulu lagi.. yang terbaru ni.. lam macam2 aznil, sesi debat........... partner dia dok bcakap2, konon nye cam cakap lebeh dari dia aaa.. skali mic tak berfungsi.. dia leh kata, lebih kurang gini a.. "ha, baru ko tau sape pandai, sape bodo".. ayat bodo2. menyampah aku. patot la dia asek bercerai je kan? mulot celupar sangat.. aznil pon wat lawak gak, tapi takde la kurang ajar camtu.......

Erra Fazira Dalam Rancangan Bola Sepak

Sebuah lagi rancangan realiti bakal mencari jaguh bola sepak di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dibawakan bersama Krafts Food. Program ini akan membawa tiga jurulatih profesional untuk memberi platform kepada kanak-kanak untuk mengasah bakat terpendam dalam bidang bola sepak. Wajah eksklusif Astro, Erra Fazira telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program realiti sebanyak 12 episod ini. Kehadiran Erra diharap dapat mendorong ibu bapa menyemai minat bola sepak di kalangan anak-anak terutamanya kanak-kanak perempuan.

Tiger Futbol Starz terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 12 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu hadir dalam pakaian sukan dan sekeping gambar saiz pasport serta kad pengenalan. 21 peserta terbaik yang terpilih akan dimasukkan ke dalam Akademi Tiger Futbol Starz di Casa MSN selama dua minggu untuk latihan intensif. Tiga peserta terbaik bakal menerima habuan sebanyak RM10,000 setiap seorang dan akan didaftarkan untuk menyertai Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Lokasi Ujibakat

Kuala Lumpur (Padang Tasik Titiwangsa) - 31 Oktober 2009
Kota Kinabalu (Padang merdeka Perbandaran Berjaya - 7 Oktober 2009
Kuching (Dataran Merdeka) - 14 Oktober 2009
Alor Setar (Padang Kolej Sultan Abdul Hamid - 21 Oktober 2009
Pulau Pinang (Padang USM) - 22 Oktober 2009
Johor Bahru (Dataran JB) - 28 Oktober 2009

Emma Akma sah bercerai talak tiga

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini mengesahkan pelakon, Emma Akma bercerai talak tiga dengan suaminya, Mohd Kamal Jaafar Sidik. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkanperceraian Emma Akma atau nama sebenarnya, Noorakma Yunus selepas MohdKamal, 35, seorang pengarang akhbar melafazkan cerai dengan talak satu.

Pasangan berkenaan bernikah pada 1 Januari 2005 dan pernah dua kali bercerai sebelum merujuk semula Mac lalu.

Siti Nurhaliza., Krisdayanti Berjumpa

Khamis, 29 Oktober 2009

Baru-baru ini dua artis popular Nusantara, Siti Nurhaliza dan Krisdayanti telah mengadakn satu pertemuan tidak rasmi di studio milik Siti Nurhaliza. Mungkin terlalu kangen, kedua-duanya saling bermesraan dengan cerita-cerita yang telah berlaku sebelum ini. Mungkin termasuk kes penceraian Krisdayanti dan bekas suaminya. Selain itu, komposer dan juga suami Nikki, Audi Mok juga kelihatan ketika pertemuan berkenaan.

Suami Artis Buat Maksiat

Peminat : kat tempat ak skarang tgh shooting drama lakunan pertama farah diba, tajuk NUR IMAN. so semua krew n pelakon tggl kat hotel sini dalam reramai tu ada la si FY duda SN kemain lagi dia bawak awek genik come lote wat stok geli2 kot.. pagi td team housekeeping clean bilik dia dah ada kondom lak bersepah2.. tolong la wei nak wat maksiat balik kl la wei.. pej agama dah stand by. tapi dia pandai bawak geng lak cover line.

Ziana Zain Tunjuk Anak 2010

Banyak peminat sedang menunggu masa untuk menatap wajah anak kembar penyanyi Ziana Zain. Lambat betul penyanyi bersuara lantang tu membenarkan pihak media merakam wajah anak kembarnya. Pihak media kerap meminta kepada pengurus Ziana untuk merakam gambar terbaru Ziana bersama anak kembarnya. Alasan yang diberi ialah penyanyi itu belum bersedia kerana sedang berpantang. Lamanya Ziana berpantang ya.

Agaknya ada sebab tertentu membuatkan Ziana belum sedia. Mungkin juga dia terikat dengan perjanjian. Manalah tahu Ziana dan anak-anaknya bakal muncul secara eksklusif di mana-mana media. Ada juga terdengar Ziana terikat dengan penggambaran program realiti yang membabitkan anak-anaknya itu.

Selagi belum selesai penggambarannya dan selagi ia belum disiarkan kepada umum selagi itulah Ziana kena duduk diam dulu. Ingat tak Erra Fazira dulu. Bukan main lagi berahsia dan enggan membenarkan pihak media merakam gambar anak sulungnya. Rupa-rupanya dia terikat dengan program Gugu Gaga Erra.

Agaknya Ziana dan anaknya juga sedang sibuk menjalani penggambaran. Tunggulah bila agaknya masa Ziana sedia berkongsi cerita indah bersama media dan memuaskan hati peminat. Dengar-dengar pada Januari 2010 akan ditayangkan anak kembarnya itu. -ManggaOnline

Ainul Aishah Jadi Penyanyi

Tak sangka, seorang lagi pelakon, Ainul Aishah bakal menjadi penyanyi. Baguslah macam itu, sekurang-kurangnya dapat mengembangkan lagi karier dan bakat yang ada. Jangan sekerat jalan sudahlah ya. Terdengar cerita, sekarang ini Ainul sibuk menyiapkan single terbaru. Tak tahulah bila akan keluar, tetapi dapat tahu, respons yang diterima daripada orang sekelilingnya sangat bagus.

Selain itu juga dapat tahu, Ainul bukan sahaja menyanyi, tetapi mencipta lagu itu sendiri bersama teman rapatnya. Hebat juga Ainul ni ya. Lagu hasil ciptaannya itu akan disusun semula oleh gitaris Coco dan Hujan, AG. Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru Ainul. Mana tahu, setanding dengan pelakon dan penyanyi yang juga merupakan teman baik Ainul, Liyana Jasmay.

Anak Siti Nordiana

Rabu, 28 Oktober 2009

Anak kepada penyanyi dan juga bakal ibu tunggal Siti Nurdiana, yang bernama Rayyan ini semamngnya sangat comel dan sihat. Melihat wajahnya yang mirip ayahnya, Faizal menjadi satu kebahagian dalam keluarga yang sudah terpisah ini. Walaupun begitu, nana menganggap ianya sebagai satu takdir yang perlu dihadapi nya dengan tabah bersama anak yang masih kecil ini. Baca lanjut kisah cerai Siti Nordiana dan Faizal di sini..

Elly Mazlein Sudah Kahwin?

Peminat: Benarkah berita yang aku terima dari kawan aku ni tentang pelakon yang aku minat sangat, elly Mazlein, sudah berumah tangga dengan sorang pengarah muda, azmi hatta yang buat filem aduhai si pari pari, lakonan liyana jasmay ngan Que Haidar tu? kalau benar, boleh sesiapa tolong confirmkan...plizzz....hancur hatiku...mengenangkan si dia yg sudah jadi milik orang! huhuhuhu..

Siti Saerah, Imran Kahwin 2010?

Sebelum ini gosip hangat memperkatakan penyanyi lagu Hero Wayang, Siti Saerah Taruddin, 26, atau Saerah bercinta dengan penyanyi dari Kota Singa, Imran Ajmain. Media dari Singapura juga turut membuat liputan besar-besar tentang perkara ini hinggakan ayah Imran Ajmain dilaporkan merestui sekiranya Saerah adalah suri kepada hidup Imran. Dalam hal ini, Imran Ajmain turut memberikan penjelasan manakala Saerah lebih banyak mendiamkan diri.

Ketika majlis pelancaran Konsert Seribu Warna (27/10) yang menampilkan Saerah sebagai artis undangan, adik kepada Dato' Siti Nurhaliza ini telah membuat kenyataan yang mengejutkan termasuk Siti sendiri.
"Saya mahu kahwin tahun depan (2010). Saya dah janji dengan mak dan arwah abah, kalau boleh saya nak kahwin bila umur saya genap 27 tahun iaitu pada 15 Mei 2010. Kalaulah saya tak dapat lagi calon suami dalam masa terdekat ini, saya akan serahkan kepada mak untuk carikannya,"ujar Saerah.

Pengakuan Saerah ini nyata mengejutkan Saida yang duduk di sebelahnya. Bagaimanapun, Saerah hanya mampu tersenyum apabila ditanya adakah lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah Imran Ajmain.

"Saerah dan Imran memang rapat. Kami sama-sama berbintang Taurus. Saerah 15 Mei dan dia 26 April. Imran selalu mendengar luahan hati saya terutama ketika menghadapi sebarang masalah. Sebenarnya, cerita mengenai ayah Imran merestui hubungan kami belum sempat Saerah membacanya," katanya.
"Siti pun tak tahu tentang perkara ini. Saerah masih on lagi ke dengan Imran ke? Apapun, Siti terima dan doakan yang terbaik buat Saerah. Sebab sebagai kakak, Siti tahu Saerah lain sikit orangnya. Kalau Saerah selesa dengan Imran... teruskanlah," kata Siti Nurhaliza.

Linda Jasmine Selamat Bersalin

Koreografer Linda Jasmine telah selamat melahirkan bayi perempuan, Tengku Ratu Haidar, pada pukul 2 petang semalam (27/10) di hospital Gleaneagles, Ampang. Isteri kepada pelakon Que Haidar ini melahirkan Ratu secara pembedahan. Que yang dihubungi melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran bayi seberat 3 kg itu.

"Semasa menemaninya bersalin, perasaan saya bercampur-baur...gembira, tak sabar, teruja serta takut. Walaupun saya takut dengan darah, saya kuatkan juga semangat untuk terus berada di situ sampai Linda selesai bersalin.
"Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma Linda kurang sihat dan demam selepas bersalin kesan daripada pembedahan tersebut kerana dia alah pada ubat-ubatan," katanya yang berehat sementara daripada lakonan demi menjaga Linda dan anaknya itu.
Ratu bayi pertama hasil perkahwinan Que dan Linda manakala linda sebelum ini turut mempunyai seorang anak, Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya dulu. Buat masa ini, Que berkata dia dan Linda belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayi mereka di media massa, namun tidak menghalang pihak media yang ingin melawat Linda dan bayi mereka.

Anith OIAM 3 Tunjuk Simbol Kotor?

Selasa, 27 Oktober 2009

Lagi kisah mengenai finalist OIAM. Namun kali ini bukan si Iz cuma si Anith. Aksi dan pengayaan Anith dalam gambar pribadi hak milik Anith di bawah bukanlah sesuatu yang biasa dan luar biasa, itu cuma terpulang orang nak andaikan simbol jari hantu berkenaan. Kalau nak katakan negatif, nanti ada pula sesetengah pihak akan mengatakan ianya cuma jari sahaja. Jadi penulis syorkan anda nilai lah sendiri yerk. Hikhik.

Bienda Sudah Berkahwin?

Penyanyi dan pelakon Nor Razlinda Razli atau nama popularnya, Bienda, pula dikatakan turut berbuat perkara yang sama yakni kahwin senyap-senyap. Bienda yang pernah popular dengan lagu Penantian ini dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap-senyap pada 10 Oktober lalu tahun ini.

"Kawan-kawan ada menghubungi saya bertanyakan kesahihan ini apabila mereka terbaca gosip tentang perkara ini di akhbar. Saya malas untuk bercakap tentang perkara ini dan tidak mahu komen apa-apa. Masing-masing berhak cakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, tunggu sajalah undangan perkahwinan saya pada bulan Oktober tahun depan. Paling lewat pun, mungkin November. Cukuplah saya jelaskan macam itu saja dan terserahlah apa yang orang akan faham dengan penjelasan saya ini."
"Biarlah jika ada orang yang ingin terus bercakap. Sebelum ini pun, macam-macam yang saya dengar orang bercakap tentang saya. Tetapi cerita itu kemudiannya akan berlalu pergi. Cuma saya berharap, apa pun cerita yang timbul, janganlah sampai mengaibkan mana-mana pihak," tegas anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda ini.
Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia lebih senang mengambil sikap untuk tidak mempedulikan saja tentang kisah terbaru yang timbul ini kerana tidak mahu membesar-besarkan hal tersebut.
"Saya tidak tahu macam mana timbul cerita ini. Apa yang pasti, kawan saya memang ada yang berkahwin pada tarikh 10 Oktober lalu. Saya hanya akan berbincang dengan keluarga tentang perkahwinan pada awal tahun depan.

Gambar Terbaru Iz OIAM

Lama sudah tidak mengetahui perkembangan finalist OIAM musim ke-2, Iz atau nama sebenarnya Khairullah Ezuan Sulaini. Baru baru ini Iz dijumpai ketika memenangi pertandingan yang membawa dirinya bergelar Best Dressed Male di gabungan Majlis Parti EH!, Yang Anggun 2009 dan Majlis Ulangtahun Majalah EH! ke-10. Turut hadir ketika itu Diana Danielle dan juga pelakon, Ainul Aishah.

Pelakon Awan Dania di Kolam

Walaupun namanya dan orangnya kurang dikenali namun bila sebut sahaja siri drama Awan Dania, mesti ramai pelakon-pelakon terkenal membintanginya. Memang itu bukan satu penafian lagi, cuma pelakon yang seorang ni sahaja yang membuatkan dirinya lebih gah dari yang lain. Buktinya, masuk ke dalam kolam mandi, berpelukkan dengan lelaki, motif gambar berkenaan kureng dijelaskan, samaada untuk majalah atau untuk yang lain-lain.

Scha dan Memey Bergaduh

Isnin, 26 Oktober 2009

Kecoh bila dua artis separa kontroversi dianatara, Memey Suhaiza dan Scha Al-Yahya dimana mereka berdua bercakaran dalam berebut teman lelaki dalam rancangan AC Sempoi (24/10) yang lalu. Memey dilihat lebih agresif dengan gaya yang penuh menengking dan mengedik, sebaliknya pula si Scha berlagak cool tahap peti sejuk sambil mempertahankan teman lelakinya yang bernama tutzz. Boleh korang tengok video dibawah ni untuk lihat adegan panas tersebut (8:30).

Hai-O bayar Siti Nurhaliza RM1 Juta

Selepas konsert SATU yang gilang gemilang di Istana Budaya beberapa bulan lepas, kali ini Siti Nurhaliza kembali dengan konsert Sejuta Warna. Penggunaan angka yang mendadak dalam nama konsert ini sinonim dengan gossip yang mengatakan Siti Nurhaliza di bayar lebih RM1 juta untuk menjayakan konsert ini.

Konsert Sejuta Warna yang dianjurkan oleh syarikat MLM Hai-O ini di anjurkan sempena menyambut ulangtahun ke-17 Hai-O.
“Tak betul lah. Pandai-pandai je buat spekulasi tentang jutaan ringgit tu..,” jawab Siti Nurhaliza yang teruja untuk mengadakan konsert 90 minit ini.
Konsert ini dijangka akan dihadiri oleh lebih 10,000 penonton termasuk 6,000 ahli Hai-O sendiri. Tiket boleh dibeli mulai sekarang dengan harga RM60.