Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Farawahida Bunuh Diri?

Rabu, 30 September 2009

Komposer kontroversi Julfekar sebak dan menangis apabila ditanya kesahihan khabar angin yang mengatakan bekas kekasihnya, Farawahida telah mati kerana membunuh diri kelmarin (29/9). Julfekar berkata, awalnya dia amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita itu daripada kenalannya dan semakin cemas apabila ramai pihak media mula menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.

"Walaupun kami masih lagi berkonflik dan dalam keadaan tegang, jauh di sudut hati, saya masih sayangkan Fara dan sudah tentu tidak mahu mendengar tragedi seperti itu berlaku ke atas dirinya. Bila pertama kali mendapat khabar angin itu, saya terus terbayangkan saat-saat indah kami bekerja bersama.
"Tadi, rakan editor saya sudah menghubungi Fara dan mengesahkan Fara berada dalam kedaan baik. Saya tidak tahu dari mana timbulnya gosip seorang artis telah membunuh diri hari ini dan orang yang disebut itu ada nama Wahida. Hati saya menjadi cemas dan tertanya-tanya apakah dia Farawahida atau ada Wahida yang lain?" kata Julfekar.
Dalam pada sebak dan terharu, Julfekar tertanya-tanya apakah motif berita palsu Farawahida mati bunuh diri itu bertujuan untuk mengalih tumpuan orang terhadap isu krisis beliau dengan penyanyi lagu Rakus itu selama ini.

"Entahlah lepas satu, satu, saya pun tak mahu ulas panjang-panjang lagi. Krisis kami dah jadi kes mahkamah dan biarlah kami selesaikan dengan peguam masing-masing, sekiranya itu yang Fara mahu," kata Julfekar.

Gambar Siti Saerah Terkini

Siti Saerah sememangnya seorang artis yang makin melonjak nama. Akibat bantuan dari kakaknya, Siti Nurhaliza, maka penampilan Siti Saerah di mana sahaja dia berada akan turut dikenali. Masih tidak boleh menyamakan bakat yang ada, Siti Saerah baru terkenal pada tahun ini. Gambar terkini Siti Saerah menampakkan dirinya yang semakin kurus aka slim, wajahnya semakin keputihan daripada dahulu (gelap). Mungkin dia kawal permakanan kot time hari Raya untuk menjaga badan dan juga suaranya.

Siti Nurhaliza : Datuk K hanya untuk saya!

Gembar-gembur tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K baru-baru ini, mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti yang baru selesai mengerjakan umrah, sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.

Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
“Terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting Datuk K yang akan bertunang dengan Umie adalah berbeza dengan Datuk K saya,” kata Siti sambil tergelak kecil.
Ditanya adakah ini bermakna Datuk K hanya layak untuk Siti seorang? Dalam nada seloroh, Siti menjawab:
“Ya, memang Datuk K hanya untuk saya. Yang Datuk K seorang lagi tu kita guna nama Datuk KD agar orang lain tak keliru.

Sekitar Pertunangan Umie Aida

Malam kelmarin (29/9), majlis pertunangan Umie Aida dan Datuk Khairuddin Abu Hassan dilangsungkan dengan meriah sekali di kondominium yang bakal menjadi tempat tinggal mereka, bersama dua orang anak angkat Umie selepas berkahwin kelak. Majlis dihadiri ahli keluarga dari kedua belah pihak serta para media. Walaupun Datuk K tidak menghadirkan diri kerana menurut Umie, dia terlalu peribadi orangnya, namun ibunya, Balkish Ahmad hadir untuk menyarungkan cincin pada bakal anak mertuanya.

Antara selebriti yang hadir termasuk Erra Fazira dan suami Engku Emran, Zahida Rafik, Nora Danish, Lisa Surihani, Sofea Jane, Nasha Aziz, Chef Wan, Iqram Dinzly, Noryn Aziz, Jasmin Hamid, Ako Mustapha dan isteri serta pengarah Kabir Bhatia dan isteri Mira Mustaffa.

Fasha Sandha Hanya Omong Kosong

Selasa, 29 September 2009

Fasha Sandha memberitahu dia akan bertunang September ini sementara majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan pada awal tahun depan. Dalam akhbar Harian Metro, bertarikh 31 Mei, sambil menunjukkan cincin berbentuk hati yang disarungkan di jari manis tangan kirinya, Fasha berkata, "Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan."

Ketika itu, identiti bakal suaminya dirahsiakan dengan ketat. Yang hanya dikongsikan "orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya." Lebih pentingnya, "dia bukan suami orang, jauh lagi duda." Malah dalam temubual itu, Fasha juga mendedahkan keputusannya untuk bersara dari bidang lakonan, atas permintaan bakal suaminya.

Dua bulan kemudian, laman web mstar menerbitkan satu temuramah dengan Fasha pada 22 Julai, dimana dia dipetik berkata, "InsyaAllah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu." Setelah lama berteka-teki, identiti buah hati Fasha didedahkan di Harian Metro, edisi 19 Ogos. Orang yang dimaksudkan bukannya bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram Ramli (Jejai) tetapi ekuesterian negara, Qabil Ambak.

“Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman," kata Qabil
Tetapi nampaknya, apa yang dijanjikan selama ini tidak mampu Fasha tepati.

Suami Noniswara Didenda RM700 Jerk

Pengerusi Syarikat Telekomunikasi, U Mobile, Datuk Rosman Ridzuan, yang juga suami kepada pelakon Noniswara Baharudin didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini 28 Sepetember, selepas mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim, empat tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu turut mengarahkan Rosman dipenjara seminggu jika gagal membayar denda itu. Pada 20 Ogos lepas, Rosman, 52, mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dibacakan terhadapnya.

Rosman, yang baru sahaja berkahwin dengan Noniswara Julai lalu, didakwa dengan sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3 Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, pada pukul 12.30 tengah hari, 8 April 2005. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Zulkifli manakala Rosman diwakili peguam Firuz Jafril. Rosman membayar denda itu.

Tunang Jaclyn Victor

Penyanyi yang memiliki suara paling lantang, Jaclyn Victor dalam diam-diam sudah pun menjalinkan hubungan pertunangan dengan tunangnya selama 3 tahun. Tunangnya itu, Chris Bellamy yang menetap di UK sememangnya jarang dapat dilihat di Malaysia, cuma untuk keadaan-keadaan tertentu sahaja. Melihat daripada ini, Jaclyn telah membuat perancangan untuk berkahwin dengan Chris Bellamy dengan kadar cepat dan beringinan untuk tinggal di Malaysia sahaja selepas mereka berkahwin.

Adik Rusdi Ramli Meninggal Dunia

Tindakan berani anak ketiga pelakon Norlia Ghani dan juga adik kepada pelakon, Rusdi Ramli ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit di tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di sini meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu pada 27 Sept 2009 di Kuala Lumput. Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Edi Rizal Ramli, 33, yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.




Abang mangsa, Romiza, 36, berkata, seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu. Romiza berkata, terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.



“Dia (Edi) kemudian panjat balkoni melalui saluran paip selepas gagal masuk melalui pintu hadapan unit di tingkat tujuh itu tetapi dia tergelincir dan terjatuh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur(HKL). - Bernama
Alfatihah kepada arwah. Tabik kepada keberanian beliau melawan penjenayah.

Gambar Terbaru anak Malique, Melissa Maureen

Isnin, 28 September 2009

Memang comel anak sulung Malique Too Phat dan Melissa Maureen ni. Dahulu ada gambar anak mereka ini juga di postkan, namun gambar yang dahulu rasanya agak samar-samar sedikit. Dan yang ini sudah diyakini memang anak Malique Too Phat dengan gendongan ayah terhadap anaknya. Hari Raya mungkin penuh bermakna bagi Malique Too Phat dan Melissa dengan kehadiran cahaya baru dalam kehidupan mereka berdua. Ops lupa, nama anak mereka ini adalah Inca Medina Malique.

Nabil dan Irma Di Hari Raya

Pasangan merpati dua sejoli ni memang makin hari makin intim, tengok sahaja baru-baru ini, semua filem/drama mereka sudah digandingkan bersama. Kononnya nak ikut cara Erra Fazira dahulu dengan si tuttz. Pasangan kekasih ini juga, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 26, dan Irma Hasmie Ibrahim, 27, sempat bergambar Raya bersama tanda mereka tidak boleh diganggu dan mereka memohon hajat besar supaya mereka jangan dipisahkan antara satu sama lain. Ewah romatis sungguh.

Isteri Naz Habibur Rahman

Memang jarang mahu melihat isteri kepada Naz Habibur Rahman pengacara TV yang tidak asing lagi. Nama isteri Naz Habibur Rahman adalah Sheahnee Iman Lee yang sekarang berusia 30 dan merupakan bekas pembaca berita di NTV7. Mereka berkahwin pada pertengahan tahun 2008 yakni pada bulan Mei. Dan Seahnee pula memeluk Islam pada Mac 2008. Tak dapat dipastikan mereka dah mempunyai zuriat lagi atau belum memandangkan tiada sebarang perkhabaran yang diterima sampai ke kaca mata penulis. Apa-apa pun semoga mereka berbahagia sahajalah.

Lisa Surihani Di Hari Raya

Hari Raya sudah memberikan satu kenangan yang terindah bagi setiap insan yang bergelar muslim dan muslimah. Namun begitu, Lisa yang kehilangan ayah yang kembali ke Rahmatullah pada tahun lepas (okt 08) mengakui ianya ketentuan Ilahi dan menerimanya dengan hati yang redha tanpa orang tersayang di pagi Syawal. Pun begitu wajah riang Lisa di Hari Raya masih lagi tetap terpancar, apabila gambar-gambarnya manisnya itu ditatapkan untuk peminat-peminatnya.

gambar-keluarga-family-lisa-surihani

lisa-surihani-cousins-visit-hari-raya

lisa-surihani-cousins

lisa-surihani-camwhoring-cutegirls

lisa-surihani-and-the-girls-cara-nina

Gambar Faezah Elai

Ahad, 27 September 2009

Terlihat filem lama, Otai yang baru-baru dimainkan di TV3 sempena minggu raya 2009, teringat pula siapa pelakon yang menjadi isteri ke-2 Saiful Apek dalam filem berkenaan, rupa-rupanya Faezah Elai anak kelahiran Penang. Memang lakonannya agak manja sedikit. Selepas daripada filem itu, dia banyak memainkan lakonan di drama-drama TV3, mungkin tak banyak disangka, cuma sedikit sahaja. Kalau korang masih tak mengenalinya, jom lihat gambarnya.

3 Oktober Jualan Kek Amal

Bulan puasa sudah pun berlalu, dan sekarang tiba masanya orang-orang ramai digalakkan membuat kerja-kerja amal yang mulia walaupun bukan dalam bulan puasa. Itulah yang bakal dibuat oleh lebih 30 artis tempatan (terutama, Intan Ladyana, Diana Danielle, Juliana Evans, Rizu OIAM3, Raja Farah) yang ngetop ngetip bakal terlibat dalam jualan kek amal yang disediakan 14 hotel terkemuka di Malauysia pada 3 Oktober 2009 yang bertempat di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, dari 3 p.m. hingga 5 p.m. Jika anda pengemar Kek melebihi meminati artis, anda dijemputlah hadir.