Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak Nora Danish, Rayqal Usia 7 Bulan

Isnin, 31 Ogos 2009

Selepas hampir setahun menjalani kehidupan sendirian, akibat dek diceraikan oleh Rizal Ashram Ramli, anak sulung bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib kehidupan Nora Danish ibu kepada Rayqal yang berusia 7 bulan kini semakin berani menempuhi dugaan hidup tanpa suami. Kata Nora, dia sudah bersedia untuk mencari teman hidup lagi, tapi malangnya, belum ada lagi yang dijumpainya. Rayqal juga makin gemuk dan dewasa, mesti juga mahu kasih sayang seorang bapa. (bapa pergi mana?) Ngeh3.

Fara Fauzana Bersama AirAsia

Nama dan reputasi Fara Fauzana sekarang sudah sampai kemuncaknya. Mana taknya sana sini kena 'panggil' oleh syarikat-syarikat besar. Baru-baru ini, Fara di jemput ke Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Media anjuran bersama syarikat penerbangan AirAsia yang bertempat di Sultan Ballroom, Le Meridien Hotel Kuala Lumpur. Ada juga artis lain yang turut hadir mewarnai suasana. Namun, Fara kelihatan kureng sikit bermake-up, mungkin dia mengerti ini majlis amal, jadi tak nak tunjuk-tunjukkan dirinya sebagai seorang artis. Ngeh3.

Bulan Ramadhan, Ekin dan Mawi

Banyak kemanisan yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Mawi dan Ekin sepanjang lapan bulan melalui kehidupan sebagai suami isteri. Kemanisan tambah berganda, apabila berpeluang meraikan kehadiran bulan penuh berkat Ramadan bersama-sama. Berbeza dengan kehidupan semasa solo, dahulunya Mawi khususnya semuanya dilakukannya bersendirian.

Dan kini kemeriahannya lebih terasa apabila melakukannya berdua. Mana tidaknya, sekarang hendak bersahur dan berbuka pun kena fikir sajian yang sesuai untuk berdua, kemudian menunaikan terawih bersama.
"Seronok dapat bersahur dan berbuka sambil ditemani isteri tercinta daripada berbuka seorang diri atau bersama kawan," ujar Mawi.
Tambahnya, sepanjang minggu pertama puasa, hanya pada 27 Ogos lalu, baru pertama kali Mawi dapat bersahur di rumah bersama Ekin. Mawi juga berada di Sri Lanka selama seminggu mulai 19 Ogos lalu bagi menyelesaikan pengambaran Langkah Mawi dan mereka berdua melalui tiga hari pertama bulan Ramadan di sana.
"Selama tiga hari di sana kami bersahur dan berbuka dengan masakan tempatan penduduk Sri Lanka," tambah Mawi lagi. -Utusan

Sasha Elite Dapat Anak Lelaki

Perkahwinan yang dibina Sasha (bekas kumpulan Elite yang terkenal pada awal 90-an) dan suami tercintnya, Salyo Priyanto, kini mereka telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Baby lelaki yang sihat ini dinamakan dengan nama Adam Aryasenna Notosoemarson. Walaupun agak pelik sedikit, tapi tahniah lah atas perkhabaran berita ini, semoga Hari Raya nanti lebih bersinar-sinar kehendaknya.

Akhil dakwa Maiza Ada Kekasih Baru

Ahad, 30 Ogos 2009

Isu Akhil masih lagi menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia, ada yang memberi semangat dan ada juga yang memberi cercahan makian terhadapnya, memandangkan kesnya dengan bekas isterinya, Maizawati masih lagi belum redah. Dalam pada masa itu jugalah, Akhill menegur dan mempersoalkan sikap bekas isterinya, Maizawati yang dianggapnya telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dalam masa tempoh edah penceraian mereka. Akhil dengan yakin mendakwa Maizawati sudah ada kekasih baru.

"Ana tidak kisah kalau anda semua (wartawan) hendak tulis atau tidak. Ada sumber yang cakap pada Ana yang dia (Maizawati) sedang bercinta dengan seseorang lelaki sekarang. Perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sepatutnya perlu menjaga maruah diri sepanjang tempoh edah. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya," kata Akhil. -Murai
Dalam masa yang lain Maizawati juga sedang giat aktif daripada ahli perniagaan tudung, kek dan jubah abaya, kini rezekinya kian mencurah-curah dengan ditawarkan berlakon iklan komersil produk biskut D.Haiz Cookies yang akan disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

Juliana Evan dan Diana Danielle

Apa kesitimewaan dua artis ni, Juliana Evan dan Diana Danielle? memang tidak dinafikan lagi, kedua-duanya sama cantik dan cun. Kalau nak ditengokkan gambar dibawah ni, mereka berdua nie seiras tapi lain mak dan bapak lah agaknya. Korang agaklah siapa lagi cun diantara mereka berdua nie? putih sama gebu, rambut sama emas, kekasih sama tutz.. Ngeh3.

Konsert Afgan, Yuvi Nuno, Atilia, Tak Laku

Kasihan kepada artis Indonesia ni, Afgan, Yuvi Nuno, Atilia yang telah menjayakan konsert Illuminight, A Light Beat Of Love di Stadium Indoor Arena, Bukit Kiara Kuala Lumpur pada hari Ahad yang lepas-lepas kerana kekurangan kebanjiran peminat di konsert berkenaan. Dikatakan cuma 300 orang jerk yang berani datang ke konsert berkenaan. Silap dari siapa konsert nie? penganjur yang kureng mempergiatkan aktiviti promosi atau semamngnya artis-artis berkenaan tidak ada peminatnya di Malaysia.

Dikatakan ianya berpunca dari kurangnya publisiti dan dua konsert percuma yang diadakan pada hari yang sama membuatkan konsert ini suram dan sunyi. Namun artis-artis ini sangat bertenaga dan rancak dalam membuat persembahan mereka walaupun kurangnya peminat yang hadir. (sabor2 jer ler)

Azwan Ali Pergi Umrah

Akhirnya artis yang mengakui dirinya diva malaya mahu berhajat pergi ke Tanah Suci Mekkah untuk menunaikan umrah. Dalam blog rasmi beliau, di nyatakan bahawa dia berada di sana pada 7 September 2009 sehingga 25 September 2009 sekaligus mahu beraya di sana (mungkin tiada sanak saudara di Malaysia, gurau jer, cuma cari kelainan baru agaknya). Selain daripada mengucapkan 'Maaf Zahir Batin dan salam Ramadhan dan Syawal' kepada peminat-peminatnya jika ada silap dan salah dari Azwan Ali. Kepulangan Azwan Ali lagi katanya akan membawa seribu keinsafan bagi dirinya (yor ler tue)

Siti Nordiana Failkan Cerai

Sabtu, 29 Ogos 2009

Perkahwinan yang dibina pada Nov 2005 oleh penyanyi, Siti Nordiana dan suaminya, Faizal Yusup akhirnya menemukan satu jalan buntu yang akhirnya berlakunya kes penceraian. Mengikut sumber berkenaan lagi, Siti Nordiana telah failkan penceraiannya dengan suaminya itu di salah sebuah Mahkamah Syariah di sini (kureng jelas di mana). Menjawab persoalan kes penceraian berkenaan lagi, kata sumber sahih itu, ianya berpunca dari Faizal yang dikatakan mempunyai perempuan 'lain'. Apa-apa pun kita tunggu sahajalah kes mereka tersebar di media-media nanti.

Gerak Khas Edisi Raya 2009

Belum lagi Hari Raya menjelma bahangnya, Gerak Khas arahan Datuk Yusof Haslam sudah mula membuat rakaman untuk Hari Raya atau sebelum Hari Raya nanti. Biasalah slot drama popular ini akan terus dijayakan oleh kerana jalan ceritanya yang suspen dan suspek. Hehe. Semua pelakon turut berlakon, kecuali inspektor Haris. Tapi penulis jarang dah tengok Gerak Khas ni, tiada masa nak tengok kan. Mungkin anda boleh lah tengok babak2 sekitar Gerak Khas episod Raya ni.

Zed Zaidi Tiada Masa Dating

Jika ada masa terluang, Zed Zaidi akan menghabiskan masa terluang tersebut dengan melayan MySpace, Facebook dan blognya. Di sini dia dapat mencurahkan perasaan, kritikan dan pendapatnya tentang industri seni serta digunakannya sebagai platform untuk memperjuangkan haknya bersama teman-teman lain sebagai anak seni dan artis.

Angkara penulisannya di blog, tercetus sedikit kontroversi di antaranya dan pengarah muda Syamsul Yusof beberapa bulan lalu. Bagi Zed, perkara itu merupakan asam garam bila seseorang bergelar artis.

"Sebenarnya masalah itu kecil saja, salah faham dari segi penulisan. Iya-lah saya pun baru bermula nak berjinak dengan dunia penulisan. Saya pun tulis 'straight' je, tiada koma, titik noktah ... jadi bila baca tu, ayat itu telah disalahertikan," jelasnya.
Tambahnya, "Perhubungan saya dan Syamsul okay. Jika jumpa, saya akan tegur. Tapi belum berpeluang lagi sebab masing-masing pun sibuk. Biasanya kawan-kawan artis ni hanya berpeluang berjumpa jika ada 'function'."
Dengan kerjaya seni, bisnes dan blognya, Zed akui tiada masa untuk berdating. Tetapi terus terang dinyatakan ramai gadis yang mendampinginya.
"Kalau nak cari gadis untuk dijadikan isteri, itu kena cari betul-betul. Tapi buat masa ini, susah nak mencari seorang yang boleh menerima jadual saya yang padat dengan kerja dan selalu kena berkejar ke sana sini," katanya. -Gua

Merahnya Rambut Erra Fazira

Pasangan suami isteri popular masa kini, Erra Fazira dan Engku Emran baru-baru ini dijumapai ketika Majlis Jom Berbuka Puasa Bersama Artis-artis SRC di Hotel MayTower. Mengayakan fesyen terbaru serta berambut merah dan seperti biasa dress simple yang dikenakan oleh Engku Emran. Pasangan ini juga tidak kelihatan membawa puteri kesayangan mereka, mungkin dijaga oleh pembantunya. Dalam majlis berkenaan artis-artis lain juga turut hadir seperti Noryn Aziz, New Boysz serta Tomok, Taufik Batisah, dan Indah Ruhaila serta lain-lain lagi.

Enot Ikut Sehati Berdansa, Menari

Jumaat, 28 Ogos 2009

Terdengarlah beberapa pasangan artis popular tanah air giat menjalani latihan untuk program 'itu' yang akan ke udara tidak lama lagi (mungkin selepas Hari Raya). Antara artis dan pasangan masing-masing yang dikhabarkan terbabit kali ini adalah Didie Alias, Enot (Alliza Enot Abdullah), Nabila Huda, Ifa Raziah dan Isma AF7.

Melihat senarai kali ini, boleh tahan juga persaingan. Pasti meriah pentas Sehati Berdansa kerana artis disenaraikan rata-ratanya cukup ‘sporting’, lucu dan kecoh kalau sudah berkumpul. Tak sabar-sabar pulanak melihat aksi mereka memenuhi kehendak tema setiap minggu apabilaacara ini ditayangkan kelak.

Tak tahulah pula kalau sumber ini tidak tepat, tapi rasa-rasanya betul sebab ketika menghadiri sebuah majlis, ada seorang teman yang bekerja di Astro terlepas cakap mengenai penyertaan musim baru Sehati Berdansa.

Siapa agaknya yang akan mengikut jejak langkah Vanidah Imran dan Lisdawati?

Gambar Terbaru Aaron Aziz

Aaron Aziz nie memang pelakon lelaki yang boleh lah dianggap yang kacak dan bergaya. Namun dah beristeri lah pulak. Hehe. Aaron Aziz juga sihat dari segala kontroversi dan gossip liar walaupun menyedari dirinya memiliki bakat yang terbaik dalam bidang lakonan. Aaron memang selalu nampak di kaca TV, mungkin pengarah tahu apa di sebalik yang ada pada Aaron berbanding yang lain. Terbaru dia akan berlakon dalam 'Kasih Tercipta' di Astro Prima bersama-sama Nasha Aziz dan Erra Fazira.

Irma Hasmie dah Punya Anak

Hari Raya Lebaran tahun ini pasti lebih istimewa buat pelakon dan juga kekasih Nabil Raja Lawak, Irma Hasmie jika Hanie (masih baby lagi nie) masih ada di sisinya pada tahun ini. Tetapi apakan daya si Irma Hasmie. Dua bulan selepas bergelar ibu, terpaksa Hanie dipulangkan anak angkatnya itu kepada keluarga kandungnya.

Sejak itu, tidak lagi mendapat khabar dari mereka. Bila cuba dihubungi, mereka sudah menukar nombor telefon. Pengalaman menjaga Hanie tidak akan dilupa buat selamanya. Mendapatnya ketika dia baru berusia kurang dari satu minggu, Irma, walaupun tiada sebarang pengalaman, bersedia mengalas tanggungjawab sebagai ibu.

Masa tu tak tidur malam lah sebab nak melayan dia. Setiap jam dia akan terjaga, nak susu. Bila siang, dia baik. Malam je dia seperti nak 'attention' dari kita. Tapi best pengalaman itu, Mulanya takut juga jika tiada masa nak jaga dia. Sebab tu saya tak ambil tawaran lakonan, cuma buat 'hosting' saja untuk TV9. Itupun saya bawa dia bersama ke Sri Pentas." Ceritanya
Dedah Irma, selepas itu pernah dia ditawarkan untuk mengambil anak angkat yang lain tetapi ditolaknya.
"Saya cuma nak baby itu, Lepas ni, nak jaga anak sendiri pula." Kata Irma sambil tersenyum -Gua

Intan Ladyana dalam Mama Murai

Pelakon manis dan cun, Intan Ladyana sememangnya seorang yang lemah lembut dalam lakonannya. Tentang perkhabaran terbarunya, tak tahu dari sudut percintaannya namun dari sudut kerjayanya, dia akan melakonkan sebuah drama 13 episod iaitu Mama Murai di saluran 132 Astro Warna terbitan MIG Production sdn. Bhd. mulai 3 Disember 2009. Intan juga akan bergandingan dengan pelakon baru, Mas Muharni, Putri Mardiana dan Siti Zie. Artis baru ni semua cun-cun juga.