Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yuna Yunalis Bakal Disaingi Melda

Jumaat, 31 Julai 2009

Lahirnya band indie dalam negara kita, lahirnya juga anak-anak muda yang berbakat besar dalam menguasai band berkenaan. Tak kira juga dari wanitanya, terutama Yuna Yunalis yang sekarang popular dengan lagu, Dan Sebenarnya. Tapi Yuna juga ada pesaingnya, iaitu Melda Ahmad atau nama sebenarnya Imelda Ahmad. Melda juga seorang artis wanita yang boleh menyanyikan lagu dalam konsep indie cuma belum ada sambutan lagi buat masa ini, almaklumlah artis baru (yang lahir bukan dari program realiti). Tapi Melda tak sama dengan Yuna dari sudut penampilan. Melda lebih seksi sikit dan tidak bertudung, tapi Yuna pun seksi juga (mengetat dia pakai walau bertudung). Ngeh3.


Inikah Kekasih Diana Amir

Perlawanan MU dan Malaysia yang sudah melabuhkan tirainya beberapa ratus jam terdahulu, memberi banyak makna kepada industri sukan negara terutama bola sepak dan tidak ketinggalakan juga industri seni yang tidak boleh lari dari lensa 'paparazi' untuk dijadikan perbualan hangat peminat seni tanah air. Pelakon baru, Diana Amir, yang sekarang makin terserlah bakatnya di TV dalam bidang lakonan kini mempamerkan 'buah hati' nya yang bersama-sama menonton perlawanan berkenaan di Stadium Bukit Jalil. (mata kelihatan merah, tanda 'evil', apakah yang terjadi selepasnya pulak?) ngeh3.

Amyza Aznan Ratu Laut

Pelakon sensasi dan juga finalis Sehati Berdansa, Amyza Aznan tetap bergaya dan pandai bersolek untuk memikat hati-hati peminatnya. Terbaru dia ada buat satu show closed kat program AC di Astro. Pakaiannya serba kehijauan dan dihiasi dengan hiasan kepala (mahkota) yang memiliki ciri-ciri Ratu dalam Laut (Nyi Roro Kidul). Agak-agak korang, dia nie masih boleh lagi mantain ke jadi pelakon serba boleh, tak kira dari pakaian, kecantikkannya? tapi kadang2 sensitif juga. Ngeh3.

Gambar anak Normah Damanhuri

Kali ni melibatkan anak artis pula, tiada gossip akan dikenakan cuma saje berkenal mesra kepada sesiapa yang masih tidak mengenali anak kepada Normah Damanhuri, pelakon vateran yang masih lagi boleh berlakon. Nama panjangnya tidak diketahui, tapi nama famous nye, Ahya. Nampak anak dia nie, bebas semacam jer burung terbang di udara. Tapi ini mungkin kerjayanya sebagai seorang model (mungkin). Kalau korang terpikat dengan bentuk body nya (uweek), korang pandai2 lah cari info soal dia erk. Ngeh3

Fauziah Latiff Harap Jodoh Datang Sendiri

Khamis, 30 Julai 2009

Kesibukan terhadap anak-anak, kerjaya serta aktiviti lasak seperti berskuba dan berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi membuatkan penyanyi Fauziah Latiff atau Jee senang membiarkan soal jodoh hadir sendiri tanpa perlu serius memikirkannya. Bukan kerana serik dengan dua kegagalan rumahtangganya sebelum ini, jauh sekali menyesalinya, dia kini senang dengan kehidupan peribadi, di kelilingi insan-insan yang disayanginya.

“Saya tidak pernah menyesal, tidak juga serik dengan perkahwinan. Mungkin juga pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati dan melihat kehidupan dari sudut berbeza. Mungkin juga saya selesa dengan status kini, melihat anak-anak membesar dan mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri,” ujarnya. -Gua

Sheeda Dangdut dan Suami Baru

Rashidah Hamid atau dikenali dengan nama Sheeda (mama Bienda), penyanyi dangdut era 90an memang tidak asing lagi waktu itu. Umur dia sekarang dah 40 lebih. Anak kelahiran Kelantan ini juga telah berumahtangga atas pernikahannya dengan seorang guru yang umurnya genap 30 tahun bernama Sukri Hashim (bukan yang dah meninggal tue). Kata suaminya, dia terpikat kat Sheeda ni kerana bersikap mesra dan keterbukaan dirinya selain memenangi hati suaminya, malah mesra dengan keluarga suami dan teman-teman lain. Perkenalan setahun itu akhirnya diakhiri dengan satu ikatan sah yang suci. (gambar di bawah ni macam Sheeda nie gersang jerk tengok, yer ler dapat laki baru, ngeh3)

Sarimah menjanda 8 Bulan

Siapa sangka Sarimah yang cukup dikenali dengan kepetahannya berbicara dalam rancangan program realiti Akademi Fantasia baru-baru ini telah bercerai dengan pasangannya, Amir Andrew Abdullah sejak Disember tahun lalu. Tiada siapa sangka badai yang melanda pasangan yang sempat melayari kehidupan suami isteri selama tiga tahun ini kerana tiada desas desus mengenai keretakan rumah tangga mereka diperkatakan. Rupanya hampir lapan bulan Sarimah menjanda.

Perkenalan selama hampir sembilan tahun tak dapat menjamin perkahwinan Sarimah kekal bahagia ke anak cucu. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kepada Sarimah, tabah hadapi dugaan dan tak semua yang dirancang akan menjadi kenyataan. Banyakkan berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Semoga kita hari ini lebih baik dari kita semalam. -ManggaOnline

Gambar Kemesraan Scha dengan..

Baru-baru ini Scha al Yahya yang lebih dikenali ramai soal kisah sensasinya dikaitkan dengan aktor pelakon, Fahrin Ahmad telah menemui 'cinta' barunya. Scha juga menanggap yang dia ini merupakan seorang yang boleh dipercayai dan kelakar orangnya, tapi tidak tahu lagi kesahihan hubungan mereka sejauh mana. Namun melihat dari gambar mesra mereka berdua di bawah ini, sudah semestinya anda fikirkan yang Scha bercinta dengan nya. Kemungkinan juga mereka hanya rapat ketika waktu shooting jerk. Lagi pula hubungan Scha dengan Fahrin asyik samar2 sahaja, tidak ada kata muktamad dari Fahrin mahupun Scha. Dia yang dimaksudkan adalah pelakon Indonesia, Fauzi Baadilla.

Promosi Konsert Malam Nada Biru

Rabu, 29 Julai 2009

Artis sekarang suseh mo cari makan, jadi jalan alternatif lain adalah dengan mengadakan konsert, tak kisah lah konsert berkonsep apa yang dianjurkan. Dan terkini, baru-baru ini ada pelancaran promosi Konsert Malam Nada Biru yang bakal menampilkan penyanyi jazz popular, Noryn Aziz dan juga penyanyi penuh kontroversi atas keseksiannya, Atilia. Konsert ini akan diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 30 dan 31 Julai ini. Sesiapa ada duit lebih RM80, bolehlah menyaksikannya di sana dan dapatkan tiket lebih awal jika perlu dari sebelum tarikh berkenaan di Istana Budaya (talian 03-41498600).

Pernikahan Johan dan Ozlyn

Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai 2009 lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang. Majlis pernikahan tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja, dan juga segelintir media yang terpilih. Kedua-dua pasangan nampak ceria dengan berpakaian ala Arab da. Manakalah itu, acara resepsi pula pada 26 September yakni bersamaan dengan tarikh lahirnya si Johan. Tahniah lah atas pernikahan korang berdua nie, semoga ianya berkekalan dan dapat elakkn dari gossip2 liar. Johan nie, baru sajer nikah xdo sabar lngsung nie, dah start dah pegang2, pegang bontot lagi tue (yer ler bini dia kn).. ngeh3..

Tudung MYZA, Keluaran Maizawati

Hidup perlu diteruskan walau apa pun telah terjadi. Dengan sikap positif inilah, Maizawati Zainal, bekas isteri penyanyi dan pendakwah (serta ahli politik PAS), Akhil Hayy yang dihotkan dengan penyanyi, Waheeda, menceburi dunia perniagaan (tudung). Maizawati kini menjual pelbagai jenis koleksi tudung secara online.

"Pembukaan butik tudung secara online ini sebenarnya diusahakan bersama bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH) iaitu badan yang menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal dan menyalurkan kemahiran dalam pelbagai aspek. Idea ini diperolehi selepas mereka melantik saya menjadi duta bagi YPNH untuk memberikan ceramah dan motivasi tentang pengalaman saya dalam mengasuh serta membesarkan anak-anak di rumah.
"Dari situ, idea itu dikembangkan dan akhirnya wujudlah butik tudung secara online ini yang diambil bersempena nama saya sendiri. Pelancaran koleksi tudung Myza ini pula akan dilakukan di Hotel De Palma, Ampang pada 2 Ogos ini, jam 2.30 petang. Bagi siapa yang berminat untuk menyertai pelancaran koleksi tudung ini, kehadiran anda semua sangat-sangat dialu-alukan. Namun, bayaran sebanyak RM50 turut dikenakan bersama hidangan hi-tea.
"Hanya 50 peserta pertama saja yang berpeluang untuk masuk secara percuma. Jadi, bagi siapa-siapa yang hendak jadi 50 peserta pertama ini, anda boleh hubungi (sms tidak dilayan. Ngeh3) Puan Zah menerusi talian: 019- 211 4448 atau layari www.myza.com.my" katanya lagi. -Murai

Pengacara TV9, Azura Abu Samah

Nama Azura Abu Samah belum lagi meletop buat masa ini. Namun kemungkinan besar namanya akan meletop suatu masa nanti (kalau masuk TV3 lah), cuma sekarang nie dia baru-baru muncul dalam bidang penyiaran. Latar belakang Azura masih samar-samar lagi samaada dia sudah berkahwin atau belum. Namun melihat dari gayanya bertudung ini sepertinya dia masih lagi bujang. Kalau korang nak tengok dia lagi, tengoklah kat TV9, dengar-dengar dalam rancangan kes-kes mahkamah syariah gitue.