Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bienda dan Ibu Bergelek di WHI

Selasa, 30 Jun 2009

Kelmarin kat WHI ada jemputan tetamu pasangan anak beranak selebriti siapa lagi kalau bukan Bienda yang berkonsepkan Islamic dan ibunya, Sheeda yang lebih kepada konsep dangdut. Bila dah digandingkan bersama dalam 1 pentas tidak tahu lah konsep apa yang dinyanyikan. Namun begitulah darah anak seni, mewarisi bakat ibunya yang harus diperjuangkannya walaupun konsep yang dibawanya berlainan. Apa-apa pun biarlah kata orang macamana, asalkan pasangan anak beranak ini pandai cari makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan. Ngeh3.

Konsert dan Fesyen Siti Nurhaliza

Konsert Eksklusif 'SATU' Datuk Siti Nurhaliza yang mengabungkan corak nyayian dan seni reka fesyen yang juga menampilkan hasil rekaan pereka-pereka fesyen terkenal seperti Amir Luqman, Michael Ong dan Riezman Ruzaini. Siti Nurhaliza juga berpuas hati dalam senyumannya dengan konsertnya yang telah berlangsung sejak Jumaat lalu.

Siti akui dalam setiap konsert yang dipersembahkannya, dia akan menggunakan banyak pakaian mengikut kesesuaian genre lagu.
"Setiap kali konsert Siti memang fesyen 'show' kerana lagu-lagu saya ada genre tradisional, pop dan balada,"
"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan usaha selama sebulan sebelum ini. Ia berkat komitmen semua pihak termasuk penari, juru audio, juru cahaya, orang yang membuat props yang membuat yang termampu.
"Semuanya berjalan dengan baik tanpa ada masalah teknikal kerana semuanya membuat yang terbaik. Kita sentiasa cuba membaiki sedikit kekurangan yang ada," luah pelantun yang sedang popular dengan lagu 'Di Taman Teman' ini.
Disebalik kejayaannya, mungkin tiada yang tahu Siti telah mengalami penyakit ulser di tekak pada seminggu sebelum konsert berlangsung. -mStar (oh ya?)

Abby, Norman Mesra Sempena Hari Bapa

Hampir lapan bulan selepas kes tangkap basah Norman, yang membawa kepada perceraiannya, perhubungannya dengan Abby kini lebih tenang. Yang lebih pentingnya, mereka dapat berfungsi sebagai ibu bapa buat ketiga-tiga orang anak mereka. Walaupun sudah tidak lagi tinggal sebumbung, rutin Norman sebelum ini seperti menghantar anak-anak ke sekolah diteruskan seperti biasa. Jika Abby perlu ‘outsation’ untuk menjalani penggambaran, anak-anak akan diletakkan di bawah penjagaan Norman.
“Abby akan memaklumkan saya dan untuk tempoh masa itu, saya akan tinggal di rumahnya untuk menjaga anak-anak. Kami kerap berkomunikasi, berbincang tentang perkembangan anak-anak, pelajaran mereka. Perhubungan kami semakin baik kerana kami tidak melibatkan perkara-perkara peribadi dan emosional.
“Ikatan kami tidak terlerai disebabkan anak-anak. Saya akui saya mempunyai kelemahan. Bagi saya, apa yang berlaku sebahagian daripada perjalanan hidup saya.”
Ditanya tentang penerimaan anak-anak terhadapnya, dedah Norman, mereka seperti biasa.
“Mereka masih dekat dengan saya, macam biasa. Mereka menerima apa yang berlaku kerana ia jalan terbaik buat ibu bapa mereka. Apa yang ditulis sebelum ini tentang hubungan saya dengan anak-anak, bagi saya lebih kepada yang dramatik. Oleh itu, saya tidak ambil ‘pot’ tentangnya.
“Seboleh mungkin, saya tidak mahu mereka dipengaruhi dengan benda-benda negatif seperti itu, yang boleh menjejaskan minda mereka,” kata Norman yang turut memberitahu anak-anaknya tidak pernah diejek disekolah atas apa yang berlaku diantara dirinya dan Abby. -Gua
Mereka juga nampak mesra kembali selepas ditemui pada Hari Bapa baru-baru ini, dengan mengajak anak-anak mereka yang bernama Danish,Dania dan Danisha keluar berjalan bersama-sama. So bahagia.. Ngeh3.

Gambar Yuna Yunalis di Perak

Kecoh dahulu mengenai tajuk Yuna Yunalis dikatakn sebagai berdusta, tapi semuanya sudah dijelaskan oleh Yuna sendiri, dengan nada tegas dan berani gitu. Baru-baru ini Yuna sempat membuat rakaman TV yang menyiarkan dirinya dalam tajuk Xpresi Kembara Yuna di Perak, yang bakal bermula pada awal Julai nanti. Antara tempat menarik yang dirakamkan adalah sekitar Pulau Pangkor (siaran 2 Julai), Bukit Merah Laketown Resort & Taiping (siaran 9 Julai) dan Ipoh serta Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai (siaran 16 Julai). Jadi apa lagi nantikan personaliti Yuna di kaca TV selepas ini.

Fasha Sandha ditampar Minah Salleh

Isnin, 29 Jun 2009

Heboh dan terus sensasi. Kali ini melibatkan artis yang manis ditambah dengan penuh kontroversi nya di mana-mana, Fasha Sandha kali ini ditampar oleh minah Salleh. Bukan oleh orang Melayu tapi menerima tentangan dari orang luar lagi tue. Apa cerita? begini ceritanya, bermulalah al kisah...

Ada seorang informer ni mengatakan yang kawan dia ni ada lepak-lepak di kawasan Bestari Hartamas. Lepak punya lepak, tidak disangka kawan-kawan dia nie terserempak adegan tampar menampar antara artis Fasha Sandha dengan minah salleh yang didakwanya ternampak.

Sebelum adegan tampar menampar itu berlaku, ada sebuah kereta jenama mewah, Bentley berwarna hitam masuk ke kawasan tu. Terperanjat apabila yang keluar dari kereta itu, adalah Fasha Sandha. Yang memandu itu pula, adalah, jeng2, Rizal (bekas suami Nora Danish). Rizal selepas itu melakukan aksi reverse keretanya (parking) dan hampir-hampir nak langgar 3 perempuan minah salleh.

Seorang minah salleh tue pun memberi saound kepada Rizal dengan tindakannya itu. Fasha yang tak tentu pasal, dengan nada yang melenting dan Fasha kemudiannya menolak minah salleh tu. Apa lagi, minah salleh tue pun menampar lah Fasha dengan gaya penamparan kewanitaan. Kiranya ada juga pergaduhan kecil yang berlaku selepas itu.

Fasha yang asik heboh yang dia naik kereta mewah Bentley (kiranya mahu menunjuk) selepas itu, perempuan minah salleh tu pun tidak mahu mengalah dan sempat didengari perkataan yang dilemparkan oleh minah salleh tue dengan berbunyi,
"who cares about a bentley" sambil siap carut2 yang ntah apa-apa ntah selepas itu..
Untuk mengakhiri kejadian ini, ada sorang mamat yang datang untuk menyaksikan kejadian itu, menolak/membawa Fasha masuk ke dalam kereta dan menyuruh Rizal bla dari situ dengan segeranya. huahua.. Tunggu lah pengakuan dari Fasha Sandha nanti mengenai hal ini untuk mendapatkan kebenaran daripadanya..

Faezah Elai dan Azad Jasmin Bercinta?

Ini kisah antara yang masih belum di pastikan kesahihan tuan punya badan oleh itu ianya masuk dalam kategori gossip yang belum tentu lagi. Hehe. Walaupun begitu, ianya masih menarik untuk dikongsi bersama pembaca semua.

Seorang wartawan awam merangkap wartawan hiburan menulis yang beliau pernah terserempak dengan pasangan Faezah Elai dan Azad Jasmin ini keluar berdua di Kuala Lumpur.

Jika anda tidak kenal siapa Azad Jasmin, beliau adalah salah seorang pelakon dalam drama Laila Majnun dan juga Sifu & Tongga. Sesuai tak pasangan ini bila digandingkan? mestilah sesuai dah itu namanya jodoh pertemuan. Huhu.

Rumah Tangga Faizal Tahir Goyang

Dengar-dengar kisah penyanyi Faizal Tahir sedang menghadapi masalah rumah tangga. Betul ke Faizal? Kenapa jadi macam ni? diharap berita yang tersebar ini hanya gosip semata-mata. Ia bukan sesuatu yang benar.

Faizal juga ada isteri yang baik di samping tiga orang anak yang comel-comel belaka. Khabar angin yang bertiup menghembus membawa berita kononnya Faizal dan isterinya sedang mencari peguam untuk menyelesaikan kes mereka di Mahkamah Syariah.

Menurut khabar angin itu lagi, Faizal dan isterinya mempunyai masalah didalam melayari bahtera kehidupan mereka. Masalah itu dipercayai sudah lama bersarang tetapi tidak dapat diselesaikan juga sehinggalah mereka mencari jalan untuk membawa kes berkenaan ke mahkmah.

Itu yang di dengar dari mulut orang. Tapi mulut orang tak boleh kita nak percaya sangat melainkan ia keluar daripada mulut tuan punya diri.

Bila dengar khabar angin ini, seperti yang di katakan ada orang tak mahu percaya sangat. Yalah... khabar angin namanya. Kadang-kadang bukannya betul.

Tapi bila di fikir-fikirkan, kalau tak ada angin takkan pula ada pokok balak yang akan bergoyang?

Apa yang di harapkan kalaulah benar Faizal ada masalah didalam rumah tangga, selesaikan dengan cara yang baik. Mungkin masih ada jalan untuk menyelesaikan kekusutan yang ada.

Tapi sekiranya berita yang disampaikan ini tidak benar, anggaplah ia sekadar usikan manja sahaja kerana dalam hati setiap peminat hiburan memang tidak mahu mempercayai berita buruk mengenai artis yang u'all sayangi. -Utusan

Gambar Hans Isaac Yang Macho

Hans Isaac muncul dengan penampilan bergaya dan macho, selepas sekian lama ditinggalkan bekas kekasihnya aka Erra Fazira. Memang tidak perlu dinafikan Hans merupakan seorang yang penuh kehenseman dan memiliki karisma tersendiri. Walaupun bukan beragama Islam, namun popularitinya tidak menjejaskan imejnya itu, dan sekarang sudah menjadi pengarah filem/drama yang serba boleh. Tapi sekarang Hans bercinta dengan siapa erk, Marsha ker? ngeh3..

Memey Berlakon Sempena Hari Bapa

Ahad, 28 Jun 2009

Sudah lama kita tidak menjenguk artis yang penuh kontroversi ini. Semalam penulis ada menyelinap masuk di saat-saat akhir tayangan Cerekarama yang bertajuk Belaian Kasih istimewa sempena Hari Bapa. Tertengok pula penulis, ada si Memey dalam cerekarama ni. Bukan main sweet lagi Memey sekarang, walaupun tidak berani berada di khalayak ramai (akbat kisah hitamnya dahulu). Sambil-sambil itu, dapat juga lah penulis snap gambar Memey menggunakan hp ketika babak-babak last (15 minit terakhir) dalam slot berkenaan. Ngeh3.

Pernikahan Catriona Ross dan Shaharuddin

Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, selamat di’nikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam semalam.

“Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai ‘veil’ seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu. Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.”


Luah Cat yang terharu bercampur gembira setelah selamat menjadi isteri Shaharuddin yang sah.

Elly Mazlein Bila Mahu Kahwin?

Elly Mazlein atau nama ic dia, Sharifah Aida Mazlina bt Syed Hanafi ni dah menjangkau usia 29 tahun (1980), untuk tahun nie. Tahun depan dah genap 30 tahun. Tapi Elly sepertinya kureng memberi respon atau apa2 cerita mengenai kisah percintaannya. Belum ada yang sesuai atau Elly ni memilih orang nya. Kalu mahu melihat dari paras badan Elly, saper2 sahaja mahu melamar Elly. U'all tak percaya, lihat gambar dibawah. U'all pasti nak melamar Elly pas ni, tapi pastikan ada RM100,000 ok. Ngeh3.

Perkahwinan Nikki dan Audi

Komposer terkenal Audi Mok dan penyanyi seksi dari Sabah, Nikki Palikat, dengan selamatnya telah mengikat tali perkahwinan mereka, kira-kira jam dua petang kelmarin (27/6) bertempat di gereja St Francis Xavier, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Majlis yang ringkas tetapi penuh makna itu disaksikan oleh kaum keluarga, kawan rapat dan teman dari industri hiburan. Antaranya Ning Baizura dan suami Omar Shariff Christopher Layton Dalton, Maya Karin dan suami Muhammad Ali, ketua pegawai eksekutif 8TV Ahmad Izham Omar, komposer Azlan Abu Hassan, Rafidah (‘3R’), penerbit bersama eksekutif 3R Lina Tan, Sasha Bashir, Nubhan, Diddy, Amylea, dan Vanessa Chong (‘Talentime’). Faizal Tahir tidak dapat turut serta dalam kemeriahan hari ini kerana ayahnya dikatakan sedang menjalani pembedahan.

Ada suatu ketika, semasa melafazkan ikrarnya, Nikki menjadi emosional lalu menangis. Kemeriahan majlis itu diserikan dengan satu persembahan mengejut dari Jaclyn Victor dan Vince Chong yang bergandingan menyanyikan lagu “The Prayer”, yang dipopularkan oleh Andrea Bocelli dan Celine Dion.

Baju pengantin Nikki direka oleh pereka terkenal Jovian Mandagie sementara sut Audi ditempah dari Lord’s Tailor.

Malamnya pula, ibu bapa Audi akan mengadakan satu jamuan makan malam di Melaka sebelum pasangan suami isteri baru ini berlepas ke Bali dari 2 hingga 8 Julai ini untuk bulan madu mereka. -Gua