Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Akademi Fantasia: Cabby Dapat Tawaran Rakam Album

Selasa, 31 Mac 2009

Sekalipun gagal menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar Top 14, hasrat Cabby untuk menceburi bidang seni ini nampaknya tidak terus terhenti begitu saja. Ini kerana Cabby sudah pun mendapat tawaran untuk membuat album berbahasa Kadazan-Dusun dari sebuah label produksi di Sabah.Tidak sia-sia Cabby menyertai AF7. Setidak-tidaknya masih ada orang luar di sana yang telah mengesan bakat yang ada pada Cabby ni. Tak kisahlah album dalam bahasa apa pun yang bakal dirakamkan Cabby nanti.

Ehsan Gua

Roslan Shah Bengang kat Michelle Melodi

Roslan Shah naik begang dengan Michelle (29/3) apabila dikatakn mengenai aksi ciuman dari mulut ke mulut (video dibawah). Isu ini timbul setelah aksi cium mulut antara Roslan Shah dan Fizz Fairuz dalam sebuah drama tempatan baru-baru ini. Adegan tersebut di lakonkan untuk menunjuk saat genting Roslan Shah lemas, dan di selamatkan oleh Fizz Fairuz dengan teknik CPR. Tapi yang menjadi persoalan mengenai gambar ini adalah sepertinya Roslan Shah memegang kepala Fizz dan dalam erti kata lain 'ingin sangat'. Orang lemas, buat-buatlah cara lemas kan. Ahaks.

Gambar Anak Erra Fazira Dan Engku Emran

Akhirnya cari punya cari, akhirnya dapat juga penulis ketemui gambar bayi yang didukung sendiri oleh Erra Fazira. Sememangnya memang peminat-peminat nak tahu gambar bayi berkenaan. Memang comel dan cute sungguh bayi ni TapiIni bukan anak Erra. Tapi anak orang lain ketika Erra masih mengandung. Kira masa tu Erra berlatih atau belajar dukung bayilah citernyer.

diharapkan bersabarlah sedikit masa lagi yer. Rileks and cool. Ahaks. Happy April Fool (awal sangat kot).

Gambar Terbaru Dian Sastrowardoyo

Dian semamangnya gadis comel dan cute serta memiliki kulit yang mulus. Gambar terbaru dia ini cukup membuktikan kenyataan diatas. Penulis tidak mahu bercerita mengenainya dengan lanjut. Anda boleh layan sendiri juga kan. Ahaks.

Birthday Fasha Sandha Bertudung, Kahwin Tak Lama Lagi

Jika personaliti popular lain menganggap usia 25 tahun terlalu muda untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu, namun buat pelakon kontroversi Nur Fasha Sandha, dia merasakan usia 25 tahun amat sesuai untuknya mengubah status diri.

Fasha ketika ditemui di majlis doa selamat dan bacaan Yassin sempena sambutan hari jadinya yang ke-25 tahun di kediaman barunya di Ukay Perdana, Ampang, baru-baru ini mengakui sedang menjalinkan hubungan serius dengan seorang jejaka dan berazam untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Ehsan Gua

Fesyen Baju Azharina Yang Ganjil

Peredaran zaman sekarang makin hari makin berubah tidak kira dari pelbagai sudut. Termasuk juga pemakaian. Fesyen yang dibawa oleh Azharina ni nampaknya seperti ganjil sedikit tak pun banyak kot. Fesyen seperti baju mengandung, tapi Azharina dah lama menjanda menjadi IT. Tambahan lagi sepertinya juga tidak sesuai kerana Azharina tidak kelihatan tinggi. Lain lagi tue, Masyallah, sekali makeup tebal da. Tak caya? cuba tengok gambar ni. Ahaks.

Gambar Dynas Mengandung Seksi

Kalau isteri anda mengandung dan bertambah seksi serta mengancam seperti gambar Dynas mengandung di bawah, adakah anda akan memastikan isteri anda mengandung setiap tahun? Bertambah bulat dan mantap si Dynas nie bila dia mengandung. Tahniah dan semoga selamat melahirkan anak kelak. Mesti anak Dynaz comel macam maknya nanti.

Emran Bernazar Potong Rambut kerana Aleesya

Mengenai kelahiran bayi sulung pasangan popular Erra Fazira dan Engku Emran, sememangnya dinanti-nanti peminat. Namun kelahiran bayi berkenaan bukan secara besar-besaran cuma orang dalaman Hospital Damansara Specialist Center dan keluarga terdekat sahaja yang boleh melihatnya. Media dan jurufoto dilarang sama sekali pun begitu, mereka boleh mengambil gambarnya ketika majlis aqiqah sahaja yang dilakukan tidak lama lagi. Emran juga sempat menceritakan tentang pengalaman Erra yang menangis gembira selepas selamat melahirkan puteri sulung mereka itu. Sebelum ini, Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada 30/3.

Mengenai tawaran lakonan dari David Teo yang telah di offer kepada anaknya itu untuk berlakon, Emran sepertinya enggan melepaskan anak sulung kesayangannya itu.“Saya rasa tak sesuai jika dedahkan Aleesya kerana dia masih kecil. Saya minta produksi supaya mencari bayi lain.

“Kalau boleh saya juga tidak menggalakkan anak untuk menceburi dunia seni ini.

“Biarlah ibunya sahaja yang menjadi artis kerana industri seni ini bukannya manis sepanjang masa.“Banyak kerja lain lagi yang dia boleh terokai. Selebihnya saya serahkan kepada mak dia untuk nasihatkan.

“Mana tau Aleesya akan bergelar seorang pemain golf yang berjaya kerana ibunya suka bermain golf sewaktu hamil,” luah Emran yang berharap supaya Aleesya menjadi anak yang solehah.

-Ehsan mStar-

Radhi Sah Tinggalkan OAG

"Dengan perasaan berat hati, saya ingin buat pengumuman untuk mengundurkan diri seketika daripada OAG.

"Selepas membuat perbincangan dengan anggota kumpulan OAG yang lain, Malaysian Unplugged Live @ Istana Budaya OAG Showcase bakal menjadi konsert pertama serta terakhir akustik kami," jelas Radhi yang kelihatan sugul ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Dewan Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Radhi bagaimanapun mengakui sudah memikirkan semasak-masaknya tentang keputusan tersebut.

Walaupun dia sendiri berat untuk berjauhan dengan OAG, namun dia harus pasrah apabila 'berpisah' seketika dengan Fizul, Nizam, Eric dan Zul.

"Saya undur diri daripada OAG sementara waktu kerana mahu menguruskan karier solo dan bukannya sebab kami bergaduh atau sudah tidak sehaluan lagi.

"Saya kena laksanakan keputusan ini sekarang kerana sudah 15 tahun kami bersama.

"Saya memerlukan perubahan dalam karier dan kehidupan, apatah lagi niat saya disokong seratus-peratus teman-teman OAG lain.

Ehsan Kosmo

Gambar Terbaru Scha al Yahya

Sudah lama tidak melihat artis manis yang penuh kontroversi ini. Kontroversi yang dikaitkan dengan Fahrin semakin hari semakin kabur jawapannya. Masing-masing mahu menghindarkan diri dari persoalan dan terus dalam kerahsiaan. Lupakan soal mereka, soal gambar terbaru Scha ni memang ayu dan cantik dengan berpakaian baju kebaya 'jarang-jarang'. Selain itu, dagu Scha juga dah mula tumbuh jerawat. Ahaks. Dia ditemui ketika majlis pelancaran filem Dimensi Cinta.

Kes Norman Hakim & Memey Masih Berlanjutan

Isnin, 30 Mac 2009

Terbaru, pengakuan seorang penduduk ternampak adegan diantara Norman Hakim dan Memey masih bersedudukan. Namun pengakuan ini di rahsiakan identitinya oleh pihak media. Pun begitu, memang tidak dinyatakan siapa pelakon yang dimaksudkan namun dari sudut kaca mata dan visual dalam video ini, sepertinya memang jelas yang dimaksudkan itu Norman Hakim dan Memey. Norman Hakim pun satu, dah jadi duda, pergi lah kahwinkan si Memey tu, kan habis citer, tak datang juga spikulasi. Apa-apa pun bagi anda yang tidak dapat menyaksikan temubual pengakuan berkenaan di Melodi Ahad lepas (29/3), anda boleh saksikannya di izyan.com. Ahaks.


Isteri Akhil Hayy Mula Jadi Spy?

Rumah tangga artis lebih besar cabarannya kerana mereka insan dikenali ramai dan setiap tindak-tanduk mereka mendapat perhatian.

Teringin berkongsi satu cerita yang dimaklumkan mengenai sikap isteri penyanyi nasyid terkenal ini. Menurut sumber berkenaan,disebabkan pelbagai gosip membabitkan suaminya bersama seorang teman artis heboh diperkatakan sehingga mencetuskan kontroversi, menyebabkan isterinya tidak senang duduk.Difahamkan, sebelum ini isteri artis itu langsung tidak pernah mengambil tahu dan boleh dikatakan cukup memahami aktiviti seni suaminya yang selalu sibuk. Namun, selepas mendapat tahu gosip membabitkan suaminya itu, si isteri mula ragu-ragu dan curiga.

Mungkin selepas berdepan dugaan itu, isteri mula bersifat berjaga-jaga malah mengambil berat aktiviti seni suaminya. Difahamkan, isteri artis itu kerap bertanyakan rakan suaminya mengenai aktiviti dijalankan.

Malah isteri artis itu turut menghubungi stesen televisyen untuk bertanyakan aktiviti suaminya hampir setiap masa. Difahamkan lagi, sikap cemburu menunjukkan keprihatinannya kepada suami.Bak kata orang, cemburu tandanya sayang.

Bagaimanapun, diharap isteri penyanyi itu berhati-hati dengan tindakannya jangan keterlaluan sangat nanti dia pula diburukkan orang apabila dituduh 'Queen Control'. Nanti orang berkata-kata di belakang, patutlah suaminya digosipkan sudah bernikah dengan artis itu kerana isterinya yang tidak pandai menjaga suami.

Tindakan isteri penyanyi itu juga boleh disifatkan mengganggu ketenteraman dan urusan orang lain terutama sumber terdekat yang bekerja di stesen televisyen itu.

Diharap pasangan itu dapat berbincang mengenai perasaan tidak puas hati dan apa saja perkara berbangkit. Pada penyanyi berkenaan, jangan sampa imembuatkan isteri risau dengan tindakannya. Jadi, sentiasalah memaklumkan aktiviti seni membabitkan dirinya supaya isteri tidak curiga.

-Ehsan Kosmo-

Hajjah Yuni Shara & Cik Azharina Seksi

Gambar ni adalah 2 aksi ibu tunggal atau mak janda yang masih hot lagi walaupun ditinggalkan suami. Si Azharina tue memang terkenal dengan aksi seksinya, almaklumlah dah memang berbakat jadi seorang model. Tapi yang menyedihkan seorang artis lagi nie dari Indonesia, mak janda yang begelar Hajjah ni selepas kepulangannya pada akhir Disember 2007, Masyallah, sekali terlebih seksi dah.. Tak Caya? jom tengok ni.

Afgan Bukan taste Arumi

Banyak spikulasi mengatakan jika artis muda belia nan cantik, Arumi Datchin, mempunyai kekasih dengan bentuk fizikal manis berlesung pipi, Afgan Syah Reza. Ternyata hal itu dinafikan oleh Arumi. Selain sememangnya Arumi masih dilarang bercinta, ternyata Afgan bukan tipe cowok yang didambanya."Aku pengen cowok yang tinggi, tegap, dan berewok. Tapi bukan berewok panjang seperti terorist, namun berewok yang memberikan efek macho," ungkapnya lagi.

"Belum boleh bercinta bukan bererti tidak boleh berangan-angan punya cowok kan?" sambungnya.Itu baru bahagian dari bentuk fizikalnya saja, kalau dari kepribadian Arumi pingin orang yang boleh menerima dia apa adanya.

"Yang penting dia baik, terima aku apa adanya, perhatian dan melindungi," jelasnya.

Erra Fazira Selamat Lahirkan Engku Aleesya

'Alhamdulillah, Suria fm sudah mempunyai seorang pendengar baru Engku Aleesya, yang selamat dilahirkan pada 11.40 pagi," begitu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada mStar sebentar tadi, 30 Mac 2009.

Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di Damansara Specialist Center, PJ.Emran jelas amat teruja dengan kelahiran anak sulungnya.

"Erra dan Aleesya dalam keadaan sihat," kata Emran lagi. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam (29/3) setelah mengalami kesakitan.

Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran akan mengadakan sebuah sidang akhbar di Damansara Specialist Center.

-Gambar akan diupdates. Kunjungi blog ini senantiasa atau melanggan di bahagian Via eMail-

Baju Sama: Siti Nurhaliza & Zamzarina

Lagi cerita pasal artis kongsi baju. Kali ni giliran Dato’ Siti Nurhaliza dan Zamzarina pulak. Sama kan baju yang Dato’ Siti Nurhaliza pakai dan Zamzarina pakai. Ditambah lagi dengan fesyen tudung saji Siti Nurhaliza. Adakah baju ini baju sponsor?

Ozlynn Nafi ada Anak, Rezeki Johan Bertambah

Sementara itu, gosip sebelum ini tersebar kononnya Ozlynn sudah pun mempunyai seorang anak.

Ditebak persoalan itu, Ozlynn bagaimanapun enggan mengulas panjang perkara tersebut.

"Tentang anak, saya tak mahu komen. Apa yang boleh saya bagi tahu, saya menjaga seorang anak lelaki yang berusia lima tahun," tegasnya

Sebenarnya, sejak kontroversi mengenai hubungan cinta mereka kecoh diperkatakan, nama Ozlynn baru dikenali umum, walaupun dia sudah 14 tahun bergelar seorang anak seni.

Ozlynn juga dikatakan mencipta nama atas dasar populariti Johan semata-mata. Namun, kerana kontroversi yang ditimbulkan itu juga, rezekinya semakin melimpah ruah. Begitu juga dengan Johan.

"Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada orang yang membuat kecoh tentang kami kerana rezeki kami semakin terbuka luas.

"Alhamdulillah banyak tawaran yang kami terima. Sekarang ini kami baru saja selesai penggambaran drama YB, Isteri dan Janda. Sebelum itu, Johan juga berlakon dalam drama Impak Minima.

"Pada masa akan datang, saya akan mengacarakan program memasak pula dan akan pusing satu Malaysia. Kasihan Johan, selama 20 hari saya akan tinggalkan dia," selorohnya.

Mendengar kata Ozlynn, terus Johan berkata sambil membuat mimik muka: "Kenalah ikut sama! Ozlynn sebenarnya ialah pembantu peribadi (PA) saya dan saya juga PA dia.

"Bila dia ada penggambaram, saya akan ikut dia. Begitu juga dengan saya bila ada penggambaran, dia pula akan ikut saya. Tak payah pakai PA."

-Ehsan Kosmo-

Pernikahan Yatt dan Abdul Mutalib

Dengan sekali lafaz, pelakon Haryati Hamzah yang mesra dipanggil Yatt, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, pada majlis pernikahan mereka di rumah keluarga Yatt di Seremban, Negeri Sembilan, semalam (29/3).Majlis yang bermula sekitar 2.30 petang itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kenalan rapat mereka.

Pada majlis bersejarah mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.

-Ehsan mStar-

Tomok Berjaya Mendapat Imuniti

Syabas di ucapkan kepada Tomok kerana berjaya mendapatkan imuniti pada peringkat Top 7, maka secara automatiknya peminat Tomok tidak perlu mengundi beliau pada minggu ini. Ini bukan cerita dongeng, mengkagumi dengan keupayaan Tomok mengolah lagu, sehingga lagu Syafinaz (Juri Tetap OIAM) bertajuk Ingin Bersamamu yang asalnya berentak balada sudah diolah menjadi lagu rancak.

Antara pesaing terdekat Tomok, Esther turut memberikan persembahan hebat dengan menjadikan lagu rancak I Dont Love You nyanyian My Chemical Romance menjadi rentak perlahan. Cuma impak yang ditinggalkan agak kurang, mungkin kerana tidak ramai penonton yang mengetahui melodi asal lagu tersebut. Penulis juga mengambil masa yang agak lama untuk menangkap melodi lagu I Dont Love You versi Esther, sehinggalah sampai part verse, barulah ada umpph.

Manakala, peserta lain memberikan persembahan yang agak baik, cuma tidaklah terlalu menonjol berbanding Tomok & Esther. Mereka perlu bekerja lebih keras lagi, kerana hadiah yang ditawarkan bernilai 1 juta, bukan calang-calang.

Penyanyi Miller ada tattoo?

Ahad, 29 Mac 2009

Ada lah terdengar atau terlihat satu video dari stesen tv terkenal TVRI, mewawancarakan dengan Miller penyanyi Indonesia top masa kini. Namun bukan soal tatoo yang dibicarakan. Namun soal tatoo berkenaan hanya dapat dikesan melalui seimbas pandang video ini. Jadi persoalannya disini, Miller ni muslim atau non muslim? ahaks.


Gambar Fida Bertudung Cantik

Sejak akhir-akhir ini, bintang ciptaan Pantene, Rafida Ibrahim atau Fida (sepupu Siti Nurhaliza) yang bertudung cantik itu semakin menjadi perhatian. Selain berbakat sebagai pengacara Fida juga boleh menyanyi malah menulis buku. Wanita melayu terakhir ni. Ahaks.

Scha Dan Fahrin akan Berpisah

Selepas 5 bulan digosipkan mempunyai hubungan rapat berbaur percintaan, hubungan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha, 25, bersama pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 28, kini telah beransur renggang.

Perkara itu diakui sendiri oleh Scha. Apakah yang telah berlaku dalam hubungan mereka yang sebelum ini dikatakan mesra dan intim?"Kami bukannya berkrisis tetapi semakin berjauhan kerana bebanan tugas. Kami tidak ada banyak masa untuk berjumpa," kata Scha. Namun dia masih menafikan belum terikat kukuh dengan sesiapa pun termasuklah Fahrin.

"Sampai kehari ini hubungan saya dengan Fahrin sekadar berkawan sahaja. Kami biasanya bertemu ketika di lokasi penggambaran dan majlis hiburan. Itu pun hanya beberapa kali sahaja.

"Saya sebenarnya seorang yang berhati-hati untuk mencari pasangan. Saya tidak suka hubungan sekerat jalan. Kalau saya sayangkan seseorang itu, saya akan sayang dia betul-betul. Masa saya sekarang lebih banyak ditumpukan kepada kerjaya saya," kata Scha lagi.

Scha, baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak yang turut dibintangi Catriona Ross, Awie, Eman Manan, Chaq, Memey Suhaiza, Adam AF2 dan Zarina AF2. Dimensi Cinta merupakan kisah benar mengenai liku-liku hidup yang dilalui seorang ibu tunggal bernama Raja Soffhie lakonan Catriona Ross.

Dari sudut kerjaya, Scha bertuah kerana selepas 2 tahun menjadi pelakon, dia semakin banyk mendapat tawaran drama dan filem. Namanya melonjak dalam siri Awan Dania yang ke udara di Astro.

Dia turut meluahkan rasa terujanya apabila buat pertama kali tercalon dalam senarai Top 5, Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH08). Malam kemuncak anugerah berprestij itu akan berlangsung pada 12 April nanti dan Scha bersaing hebat dengan Stacy, Ayu, Lisa Surihani serta Sari Yanti.

-Ehsan Murai-

Penulis: Earth Hour Menyusahkan?

Ha nie sekadar artikel tambahan sahaja dari penulis. Memang tidak dinafikan, ramai orang yang telah menyahut cabaran ini semalam, (28/3). Hampir setiap negara di Asia Tenggara mengambil bahagian dan termasuk juga negeri-negeri di Malaysia.

Namun mengikut pandangan kaca mata kasar penulis izyan.com, Earth Hour mungkin pembawa masalah. Ramai mungkin menyangkal dakwaan ini, namun ini adalah pandangan dari mata kasar sahaja. Yang pertama penulis nak tekankan, bila keadaan sudah menjadi gelap, apa-apa sahaja boleh berlaku, seperti kes jenayah termasuk pencurian, pencabulan dan juga maksiat yang hanya dilakukan dalam sekelip mata.

Kecurian
Aktiviti ini mungkin menjadi saat-saat yang dinanti oleh sesetengah pencuri untuk menceroboh masuk ke dalam rumah atau mana-mana tempat untuk mencuri dalam masa 1 jam berkenaan. maka peluang ini amatlah besar bagi pencuri untuk menembusinya dalam kegelapan yang telah dirancang.

Pencabulan
Bila dah gelap, orang yang berfikiran dan berhawa nafsu tinggi sudah mesti mengambil kesempatan yang terlentang luas. Apatah lagi ketika sambutannya di bandar-bandar utama jika berkumpul beramai-ramai. Mesti yang terpekik 'wau' akibat pencabulan ini.

Maksiat
Dan bila dah gelap juga, pasangan haram ni selalu ambil kesempatan waktu-waktu begini, nak berkiss sana sini, nak berpeluk sana sini, nak pegang itu ini. Sepertinya gelap itu sesuatu yang harus diamati dengan penuh kegembiraan di waktu menyambutnya di bandar-bandar utama atau sesetengah tempat yang menjayakannya.

Program Eath Hour bagi penulis ini cuma pendapat/kajian Saintis Barat sahaja mengenai isu pemanasan global dan sekali gus cara untuk menyelamatkan bumi. Secara logiknya juga, pemanasan global juga tidak akan menurun dengan drastik, jika aktiviti-aktiviti seperti pembakaran hutan, kilang-kilang, penggunaan CFC, penghawa dingin dan juga lain-lain tidak dikurangkan.

Namun kalau diikutkan oleh kaca mata kasar penulis, pemanasan global ini adalah ketentuan Allah SWT, ssuatu ujian yang terkandung seribu hikmah didalamnya. Seharusnya kita sebagai orang Islam menyedari bahawa dalam proses menyelamatkan bumi adalah dengan beribadah dan beramal soleh agar kita menjadi redha dan tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT. Semakin beriman dan beramal soleh semakin beratlah ujian daripadaNYA.

Eart Hour sekarang diperkenalkan agar generasi akan datang dapat menjayakannya. Menjayakan seperti yang tertera 3 perkara diatas atau lebih??? dan bakal menjadi suatu tradisi dan perayaan yang harus dirayakan setiap tahun yang akan datang. Kini, anda fikir sendiri kewajarannya.

Marsha Dan Kefli Berpisah?

Hubungan cinta antara bekas pelajar Akademi Fantasia 3, Marsha dan Kefli sememangnya sudah diketahui umum sejak dulu lagi. Namun baru-baru ini tersebar pula khabar angin yang mengatakan hubungan mereka sudah berakhir. Pelbagai andaian dan spekulasi tentang perpisahan mereka, termasuklah puncanya dikatakan kerana Marsha yang sudah ‘beralih arah’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan VIP kenamaan.Menyentuh tentang hubungannya dengan Kefli, Marsha yang pada mulanya enggan memberi komen, akhirnya mengaku hubungan mereka sudah berakhir. Kata Marsha, dia bukannya sengaja mahu merahsiakan hal sebenar tetapi dia lebih suka mengunci mulutnya daripada terus ‘mencanang’ tentang hubungan mereka.
Bagaimanapun, Marsha menafikan punca perpisahannya dengan Kefli itu adalah disebabkan ‘orang ketiga’ seperti mana yang digembar-gemburkan itu. Marsha bukannya tidak pernah dihimpit VIP, aktres jelita bak ‘supermodel’ ini lebih senang memilih orang biasa berbanding VIP. Marsha sendiri mengakui bercinta dengan VIP pasti banyak risikonya dan sejak dulu lagi dia cuba mengelak dari menjalin hubungan dengan golongan ini.

Temubual Skandal Khalwat Zamzarina

Zamzarina Zambry, 36, Namanya menjadi panas bila dikaitkan dengan kes tangkapan khalwat bersama seorang pegawai kanan di Kementerian Penerangan.

Pada 8 Mac lalu, Zamzarina membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setelah namanya dibabitkan dengan kes khalwat itu.

Pada hari yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf juga membuat laporan polis di balai yang sama.

Apa perkembangan kes khalwat yang melibatkan anda dan KSU?
Sekarang semuanya berada di bawah siasatan polis. Saya tidak boleh mengulas. Biarlah pihak polis melakukan kerja mereka.

Benar ini satu fitnah?
Jelas sekali kerana sewaktu kejadian didakwa berlaku, saya berada di London untuk menghadiri Majlis Kraf Malaysia. Itulah yang menyebabkan saya membuat laporan polis kerana isu ini boleh menjejaskan nama baik saya dan RTM.

Sebarang impak untuk diri dan kerjaya anda?
Tidak ada. Saya yakin orang sekarang tidak mudah percaya dengan SMS.

Bagaimana anda mendapat tahu tentang cerita ini?
Saya menerima panggilan daripada seorang. Saya di London dan hanya ketawa bila mendengarnya.

Apa nasihat KSU kepada anda?
Dia kata ini adalah harga yang saya perlu bayar jika mahu melakukan perubahan. Bukan semua orang suka kita. Tapi saya rasa orang bukan sasarkan saya sebenarnya tetapi dia.

Bagi saya, saya perlu gagah dan pekakkan telinga. Saya perlu berani kerana saya berada di pihak yang benar. Kenapa saya perlu lari kalau ia tidak betul?

Malah saya juga mendapat respons daripada para peminat yang menyuruh saya bersabar dan mereka memberi sokongan kepada saya.

Kamu masih berkahwin atau sebaliknya? Bagaimana keluarga anda menerima berita ini?
Saya adalah isteri kepada Adnan Deraman yang bertugas di Majlis Perbandaran Subang Jaya dan ibu kepada tiga orang anak. Suami saya percayakan saya.

Keluarga saya juga bertanya kepada saya tentang kebenaran berita itu. Mereka sudah faham asam garam dunia begini dan mereka juga tahu saya orang yang bagaimana.

Sebelum ini anda kurang dikenali. Adakah isu ini memberi ruang yang besar untuk anda?
Mungkin juga - sesuatu yang dipanggil blessing in disguise.

Adakah anda mangsa kepada perasaan cemburu orang terhadap anda?
Tak boleh nak kata. Pihak polis akan menyiasatnya.

Serapat mana hubungan anda dengan KSU? Mungkin kerana rapat hingga membuatkan ada yang tidak senang?
Rapat yang profesional. Saya terlibat sebagai jawatankuasa yang mendapatkan maklum balas terhadap perubahan yang dilakukan di RTM. Saya berada dalam sebuah kumpulan yang menjalankan tugas itu.

Saya juga adalah staf hakiki di sini dan juga petugas bahagian hadapan di RTM. Saya membantu dari sudut itu.

KSU perlukan staf untuk membuat tugasan itu. Bukan sahaja dia, tetapi saya juga berhubungan dengan menteri lain untuk tugasan saya.

-Ehsan Kosmo-

Giliran Obri Dan Rini Tersingkir Awal

Konsert Akademi Fantasia pada malam tadi menyingkirkan dua orang pelajar sekaligus iaitu Obri dan Rini ekoran dari mendapat undian paling sedikit. Ini bermakna, ada 11orang lagi pelajar akan meneruskan perjuangan merebut gelaran juara AF7. Malam tadi semua pelajar tampil dengan lagu-lagu popular pada era 1970-an dan 1980-an.Semoga kedua-dua bekas pelajar ini sukses menjadi bintang.

Pengiklanan murah pelawat ramai



HARAP MAKLUM! KAMI TIDAK MENERIMA IKLAN YANG BERUNSUR PORNO/SEKS BUAT MASA INI DAN AKAN DATANG (YANG SEHUBUNGAN DENGANNYA)


HARGA LAMA UNTUK PENGIKLAN YANG SUDAH PERNAH MENGIKLAN DI IZYAN.COM

Advertorial (Artikel tentang produk)
harga : RM200 artikel sendiri / RM250 jika admin yang tulis artikel (500 patah perkataan)
= Artikel akan diletakkan di entri paling atas untuk tempoh dibawah ini dan seterusnya kekal di izyan.com selamanya.
= 3 hari RM200
= 5 hari RM350
= 10 hari RM500
= 1 Bulan RM1000

1. Banner 728x90 (atas blog sebelah logo izyan)
harga : RM200/sebulan atau RM500/3 bulan
= 1 tiada kekosongan sehingga 07 Januari 2015

2. Banner 728x90 (bawah blog)
harga : RM100/sebulan atau RM300/3 bulan
= 1 kekosongan

3. Banner 468x60 (atas home dan artikel berkedudukan sekarang 'email' )
harga: RM200/sebulan atau RM500/3 bulan
= 1 kekosongan

4. Banner 125x125 = 8 banner
harga: RM50/sebulan (atas) / (bawah) 
= 1 tiada kekosongan sehingga 03 September 2015
= 1 tiada kekosongan sehingga 17 Dis 2014
= 1 tiada kekosongan sehingga 16 Dis  2014
= 1 tiada kekosongan sehingga 16 Dis  2014
= 1 tiada kekosongan sehingga 24 Nov 2014
= 1 tiada kekosongan sehingga 18 Nov 2014
= 2 kekosongan

 5. Iklan berbentuk script auto down/up
harga: (size: 980x50 max | 980x30 min): RM250/sebulan atau RM700/ 3 bulan (code disediakan oleh admin, cuma sediakan banner dan link sahaja). Iklan sekarang 'Generate Income...'
= 1 kekosongan

6. Banner 468x60 / 300x250 / 300x280 / 328x280
harga: RM150/sebulan atau RM400/3 bulan (dalam/atas/bawah post berkedudukan sekarang iklan java)
= 1 kekosongan

7. Facebook Fan Page URL link
hanya berikan link yang anda ingin iklankan dan akan dipost di fan page Facebook.com/Artis.Malaysia berada di top 3 hari dan kekal selamanya. cth: akan diletakkan link pada setiap post yang diupdates setiap hari. sehari 5 updates, 5x link anda diletakkan.
harga RM50 (potensi 500 atau lebih like baru sehari like fan page kami)

8.Servis Buat Gambar jpeg/jpg (statik) kepada Animasi GIF (bergerak)
hanya sediakan beberapa gambar ukuran lebar x panjang yang sama, kami akan convert kepada bentuk gif.
= Percuma kepada pelanggan iklan. RM50 kepada bukan pengiklan.

9. Template/Theme izyan.com (blogger.com)
Lengkap dengan segala function. Automatik tarik trafik pengguna Facebook jika ada laman fan page.
= RM500

Statistik/Bukti..
blog di buat pada 2008..
Blog sentiasa dlm keadaan laju dan stabil untuk dikunjungi tanpa ada java/tools yang berat
Anda boleh lihat di sini, histats.com (semasa/harian)

Berminat? berikan idea lain? sebarang pertanyaan?
- Anda boleh lah menghubungi admin dengan mengisi borang DISINI
sila isi dengan LENGKAP maklumat anda, kegagalan berbuat demikian, akan tidak dilayan..
- MAXIMUM IKLAN ADALAH 3 BULAN SAHAJA

Terma dan Syarat Utama (MESTI BACA SEBELUM ISI BORANG!!)..
1. banner iklan berunsur lucah atau porno melampau tidak digalakkan
2. kami tidak bertanggungjawab sekiranya kegagalan anda menarik pelawat dengan strategi banner anda.
3. tidak ada pemulangan/refund kembali wang selepas mula mengiklan.
4. kami senantiasa mengupdates artikel-artikel baru setiap hari.
5. penukaran banner semasa proses pengiklanan dibenarkan.
6. tempoh tetap pengiklanan adalah selama 30 hari sahaja dan hanya dibenarkan menyewa iklan selama tempoh sebulan sahaja, penambahan bulan tidak digalakkan (ikut pertimbangan admin).
7. waktu urusniaga bermula pada 8am sehingga 8pm sahaja. namun anda boleh menghantar email dan akan terbalas dalam waktu berkenaan.
8. pemberithuan pembaharuan tempoh iklan (renew) diberikan selepas tamat tempoh iklan dan diberi masa 24 jam, jika tiada sebarang jawapan dalam masa tersebut, maka slot berkenaan akan diberikan kepada pengiklanan yang telah menempah slot tersebut sebelumnya.
9. Format banner hanya dibenarkan dalam bentuk gif, jpeg, png, bmp serta seumpamanya. format flash tiada dalam perkhidmatan. Seelok-eloknya gunakan size banner yang tidak melebihi 50kb-100kb.
10. Kami tidak membuat sebarang perkhidmatan pembuatan banner. Banner akan disediakan oleh pengiklan sendiri.
11. Kami tidak bertanggungjawab diatas sebab-sebab kurang pelawat ke blog/website anda.
12. Pengiklanan yang meminta admin menjadi rakan Affiliate akan tidak dilayan.
13. Iklan yang sudah dibayar tapi banner tidak disediakan dalam masa 10 hari, dianggap duit akan hangus dan tiada refund.
14. Jika anda offer harga lebih tinggi untuk slot booking daripada advertise lama, akan diberi kelebihan.
15. Iklan bentuk adsense, nuffnang dan seumpamanya tidak dibenarkan.

Gambar Nana Era Fm Masa Kecil

Sabtu, 28 Mac 2009

Ha nak lihat Nana Af2 masa kecil-kecil? ada gambarnya disini. Tengok betapa comelnya dier. Tak sangka tak lama lagi dia akan menjadi milik orang, si Brian atau bakal menjadi seorang isteri dan juga ibu. Ahaks.
-Ehsan Era FM-