Gabungan Aisyah, Akim = Aiskim?

Pada: Rabu, 14 Oktober 2009
Gosip cinta sesama bintang Akademi Fantasia (AF) sudah menjadi lumrah program realiti TV itu sejak musim yang pertama lagi. Lebih daripada itu, ada pasangan pelajar yang pernah digosipkan telah bahagia ke jenjang pelamin seperti Khai & Rosma serta Rich & Velvet. Bagi musim ini pula, Akim dan Aishah pula telah digosipkan walaupun sudah berkali-kali mereka menafikannya. Yang peliknya dan menariknya, gosip cinta mereka telah membuatkan peminat masing-masing bertindak menubuhkan kelab peminat (FC) yang menggabungkan nama mereka iaitu 'Aiskim'.

Sebelum ini ada beberapa FC yang menggunakan cantuman nama seperti itu, antaranya Ria (Riz/Nadia), Datin (Dafi/ Fatin) dan Shano (Shawal/Noni).
"Bagi kami gosip cinta hanyalah gosip. Kami sekadar berkawan. Bukan saja dikaitkan dengan Akim tapi juga Qhaud. Bagi Aishah, Qhaud juga sekadar kawan biasa dan selepas AF7 habis, kami selalu berkomunikasi kerana banyak aktiviti promosi membabitkan kami semua dan Qhaud banyak membantu Aishah. Kalau nak cakap soal cinta, cinta baru Aishah adalah kepada bidang nyanyian yang baru bermula,"
Akim turut sependapat dengan Aishah kerana baginya, gosip percintaan mereka hanyalah tanggapan sesetengah pihak sahaja. Selain itu Akim menafikan dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Indonesia mahupun Juara AF5, Mila Jirin yang juga bertubuh genit seperti Aishah.
"Di Indonesia dulu, Akim memang rapat dengan Mila sebab kami berlakon bersama-sama untuk siri Kau & Aku. Di sana kami perlu berdikari dan berjauhan daripada keluarga, jadi persahabatan mengeratkan hubungan kami semua," kata Akim

Tag : , , ,

13 Komen

Tanpa Nama 14 Oktober 2009 2:11 PTG

Alah.. tak payah le nak gosip2 budak2 AF ni.. tak ke mana pun nanti.. diaorg ni pun bukan lama pun bertahan dalam dunia hiburan ni.. kejap je dah kembang.. macam mee maggi.. nak pulak AF7 ni.. lagi le tak ke mana.. lagu pun tah apa2.. muka pun tak komersil.. renti2 le nak buat AF. Dah jemu dah... uwekk!!

Tanpa Nama 14 Oktober 2009 2:31 PTG

dh mcm aiskrim je aku dgr hahaha!!!

Tanpa Nama 14 Oktober 2009 3:31 PTG

sweet je akim ngn aishah...sorg cute...sorg muke ala2 garang...saling melengkapi...insyaallah...psl jodoh ni ketentuan Allah s.w.t...bkn kite tentukan...

Tanpa Nama 14 Oktober 2009 3:34 PTG

asal masuk AF je bercinta?kolotnya media!

leez90 14 Oktober 2009 8:22 PTG

apasal sakit ati kat dia orang..biar lah ramai lg yg minat

Tanpa Nama 14 Oktober 2009 8:43 PTG

AKU RASA AISHAH NGAN AKIM TAK SESUAI DIJADIKAN PASANGAN .AISHAH SEORANG ARTIS YANG KECIL TETAPI AKIM BERTUBUH SASA DAN TINGGI

Tanpa Nama 15 Oktober 2009 8:43 PG

AKIM NI BUKAN ADIK-ADIK KE? DI LEMBUT KAN !





% AKAK MINAT YANG KERAS &

Tanpa Nama 15 Oktober 2009 11:26 PG

akim bah...aku nda mau ko bercinta..BENGANG aku baaaaaaaaaaaaah....!ko nyanyi dulu bgus2 bah biar kayak dlu...nda paya la ko bercinta nanti abis duit ko tue kasik belanjak jak pompuan.

Tanpa Nama 15 Oktober 2009 2:22 PTG

bodoh..takde sape nak sakit hati kat dia..dua2 pun tak minat..

sombong 16 Oktober 2009 3:31 PTG

Bodo la org yg pepandai ckp sbh nie..x pndi ckp jgn ckp...i yg duduk kat sbh 3 thn pn pndi ckp..dia nie sembarang ckp..mcm lain i dgr bahasnye..

Tanpa Nama 17 Oktober 2009 5:20 PTG

wah..Sabahan cam betul ja kau nie...
kau mau dia kaya betul baru kawin ka? macam berpengalaman ja kau nie. mesti kau pun berabis duit juga kasi belanja perempuan kan..
Ketara tul kau nie belum kawin2 lagi sebab kau mau kumpul duit dulu kono..hehe..
Nda pun, kau kali terpakai dengan dia kan, mau couple dgn dia tu bila dia sudah loaded..haha gurau ja ba...

Yang dekat atas nie ckp si Sabahan tu bodoh.. pedulik ja ba dgn dia.. itu memang gaya cakap org Tawau nda pun di Sandakan.. klu di KK susah la mau dgr org cakap gaya macam tu sebab ada lembut sikit bahasa dia..

>>Jomo Pitu<<

Tanpa Nama 17 Oktober 2009 5:30 PTG

saje je nak gosip murah, ni nak popular la tu.

Tanpa Nama 23 November 2009 5:05 PTG

comal pasangan ni

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..