Banglo Linda Onn RM2.4Juta

Pada: Rabu, 21 Oktober 2009
Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya. Demikianlah suratan hidup Linda Onn yang akhirnya tidak jadi berkahwin dengan Fahrin Ahmad. Hubungan mereka telah tinggal satu sejarah tetapi kenangan itu dengar-dengar ada terpalit pada sebuah rumah besar yang baru dibeli dan diduduki Linda sekarang.

Baru-baru ini bertandang ke rumah baru Linda, 32, yang terletak di Bukit Indah, hujung minggu lalu. Banglo 6 bilik itu memang besar dan cantik, tersergam di pinggiran bukit. Ia mempunyai sebuah kolam renang untuk Linda dan anak-anak buahnya bersantai.

Harganya? Memang ramai hendak tahu sangat tentang harganya dan difahamkan ia mencecah sekurang-kurangnya RM2.4 juta. Kelas Linda Onn.

Kata sumber itu lagi, banglo mewah itu sepatutnya diduduki oleh Linda bersama Fahrin kerana mereka sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pertengahan tahun lalu. Dengan erti kata lain, rumah itu mahu dijadikan sebagai harta sepencarian mereka bersama tapi apa boleh buat, cinta mereka akhirnya putus di pertengahan jalan.

Dengan perancangan yang tidak menjadi itu, Linda tetap redha malah meneruskan hasrat untuk memiliki rumah itu juga walaupun dia sudah ada sebuah rumah besar Beverly Heights. Ampang. Ramai mula bergosip dari mana Linda mendapat duit untuk membeli rumah sebesar itu. Kata Linda, itu semua menggunakan titik peluhnya sendiri yakni daripada tugas di stesen radio serta menguruskan 6 restoran nasi ayam dan asam pedas di Lembah Klang.

Tag : , , ,

23 Komen

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 12:26 PTG

untung riban² tu eh...jutan²
sampai leh dpt rumah 2juta
modal bikin film pun lepaih....

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 12:28 PTG

suruh fahrin balik kampung.. suruh mak dia pinang anak dara kat kampung dia.. ahakssss -su manis-

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 12:44 PTG

alah mati semua tinggal...

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 1:23 PTG

kayo laa linda nie

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 1:25 PTG

DA REZEKI DIA...BGUSLA INVEST PADA UMAH...UMAH MAKIN LAMA MAKIN NAIK HARGA..TAPI KETE X...LINDA JGN RISAU...JODOH XKE MANA...

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 1:28 PTG

Alhamdulillah..syabas pada Kak Linda..seorang anak seni yang harus di teladani..

ZBR SGP

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 1:46 PTG

bgus arr2 hasil drpd titik peluh sendiri..x cam sesetengah artis 2 pisau cukur punya orang..


confiusing..

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 2:39 PTG

wah, meletop!
duet byk jiwa x hepi x bes gak..
lbey baek besederhana..
byk2kn sedekah..

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 2:49 PTG

Bisnes makanan..biasalah..kena cara memang lumayan. Tak heran la. Perkara biasa tu. Ramai dah yang buktikan bisnes makanan ni kalau betul cara kaya raya. Jom kita pakat niaga jom!

nora 21 Oktober 2009 3:13 PTG

alahhh bkn sedap sgt pon resepi die...harap gah pada nama je...

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 4:11 PTG

isyh.. mengumpat jer la korang nie.. tak baik.. rezeki masing2 la.. dia berusaha utk dpt apa yg dia nak.. ha kalau korang nak.. korang berusaha lah jugak.. jgn suka kutuk orang.. nnt balik kat kita balik.. baru padan muka.. dah mmg jodoh dia takde ngn so fahrin tu.. biarlah.. mungkin ada insan yg lebih baik menanti dia.. sape tahu kan.. doa2 jer lah yg tebaik utk linda dan juga anda sendiri okay..wassalam

*Dr. Serba Tahu*

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 4:22 PTG

SEMOGA FAHRIN DAN LINDA DISATUKAN SEMULA...AMIN.

Tanpa Nama 21 Oktober 2009 7:22 PTG

linda oi..kawen la cepat2 haaa...arapkan kayo xde apo yg ko dapat..zuriat nk mewarisi harta ekau n yg nk tolong doakan ekau time mati seksok tu ha ponting...ekau tu dah umur 32..kang makin lamo makin x bleh nk beranak ekau tu..harto tu xdo nyo bawak mati haaaa...............jgn duk belagak sgt la ekau tu...

Tanpa Nama 22 Oktober 2009 9:16 PG

linda dah pulangkan balik duit fahrin masa bayar dopesit rumah dulu. =fahrin tak puas hari.. pasal pulang tu tak ikut harga semasa. tu yang gaduh besar tu.. tapi linda ni pandai kumpoul harta tapi takut nanati sampai tua tak kawin....sombong sangat

* HITUNG KEPALA SUAMI #

Tanpa Nama 22 Oktober 2009 10:12 PG

kaye pn tp x bramal bt per
zakat harta tue byr ke x.........
jgn allah tarik balik harta kekayaan tue bru tau

Tanpa Nama 23 Oktober 2009 1:59 PG

mmg le mati sume tinggal. So mase hidup ni le kene cari byk2 kalu dh mati xde makne.

Tanpa Nama 23 Oktober 2009 5:27 PG

rumah die mmg serius lawa gile kot.. korang beli ar utusan utk tgk gambar yg real.. mmg lawa tahap gila GABAN!

Tanpa Nama 23 Oktober 2009 11:01 PTG

susah nak dpt jodoh...sbab lelaki akan rasa tcabar kot klau bini lg bnayak duit drpada suami.


pakar jilat

Tanpa Nama 24 Oktober 2009 8:26 PTG

EMM BAGUSLAH.. KITA KALAU MAMPU PUN BUAT MACAM DIA JUGAK KAN, JANGAN CAKAPLAH DIE SOMBONG LA, X BERAMAL LA..JGN TUDUH MCM2..

Tanpa Nama 25 Oktober 2009 6:17 PTG

jgn lupa bersedekah dan banyakkan beramal.masa mewah juga merupakan satu dugaan yg tuhan duga utk kita...dah wajib kerjakan haji tu...sbbbbbnya,dah berkemampuan....emmmm

leez90 25 Oktober 2009 8:03 PTG

bagusla ada banglo yg cantik kereta mewah klu dpt rezeki halal bagus la tp sebaliknya aku x tau la

Tanpa Nama 25 Oktober 2009 9:58 PTG

Sekiranya ada dalam Al Quran tulis "Harta dapat tebuskan dosa & bayar segala dosa" AKULAH orang yang pertama gi kerja sampai mati....
TAPI....semua tahu harta dunia tak bermakna KECUALI di guna ke jalan Allah, TAPI INGAT SUMBER MESTI HALAL

Tanpa Nama 20 Mac 2010 8:47 PTG

Linda...kalau susah sgt nak dpt jodoh...ko kawin dgn aku je laa...hehehe...

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..