Home » , , , » Haliza Misbun Tak Kisah Tayang Buah Dada

Haliza Misbun Tak Kisah Tayang Buah Dada

Pada: Sabtu, 12 September 2009 Kelmarin (11/09) bertempat di Bora Asmara, Sungai Penchala, majlis pelancaran filem 'Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’ telah diadakan dan pihak media berpeluang menyaksikan sedutan filem ini buat kali pertamanya. Satu perkara yang menarik minat pihak media ialah Haliza tampil ‘daring’ dalam filem ini. Boleh dikatakan dia kerap kali menayangkan ‘asetnya’ kepada penonton. Pendek kata, penonton akan puas melihat ‘lurah dendam’ pelakon yang masih tidak berumahtangga ini.

Kesempatan bertemu dengan Haliza selepas majlis berakhir memberi peluang untuk bertanyakan perkara ini kepadanya.
“Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah ‘tayang’ aset yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama.
“Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,” ulas Haliza tentang perkara ini.
-Gimik nak laku-kan filem ker nie?

banner

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih