Anak Raja Azmi Bertunang

Pada: Ahad, 23 Ogos 2009
Mengambil berkat bulan Ramadan yang mulia, produser sensasi Raja Azmi mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan anak gadisnya, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem Dalam Botol, Mohd Shadan Hashim, 34. Selama ini Shadan memang sudah rapat dengan keluarga Raja Azmi dan suaminya, bekas jaguh badminton, Mohd Jalani Sidek. Memandangkan sikap Shahdan yang baik dan cukup disenangi keluarga Raja Azmi, dia dirasakan paling layak menjadi calon menantu.


Khabarnya, kedua-dua pasangan itu sendiri sudah lama menyimpan hati terhadap diri masing-masing. Oh ya, Shadan juga adalah pengarah filem Haru Biru yang dilakonankan oleh Ijoi Azahari, Que Haidar dan Dynas. Tarikh yang dipilih untuk majlis pertunangan itu adalah pada 09.09.09 ini yang dilangsungkan selepas majlis berbuka puasa. Kebetulan, Raja Azmi pun hendak menunaikan ibadah haji pada tahun ini, lalu dia pun berhajat majlis itu dilaksanakan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Tag : , , ,

8 Komen

Ms. Lazer 23 Ogos 2009 12:16 PTG

Harap Raja Azmi tu dapat petunjuk dari Allah dan berubah dari buat filem filem yang ada unsur x senonoh kepada yang menjuruskan masyarakat cenderung kepada Hidayah Islam macam MD Production dari Indonesia.

Tanpa Nama 23 Ogos 2009 12:40 PTG

bagus r klau dpt restu kluarga.. moga dpt hidup bhgia dismping kluarga...

Tanpa Nama 23 Ogos 2009 1:15 PTG

eh..
tu beday kwn sye laa



stylo

aizal08 23 Ogos 2009 2:14 PTG

aku 1st lg ker...??

ALHAMDULILLAH...... BAKAL TERBINA masjid kejap lg..

moga sampai ke jinjang pelamin..insyaAllah..:)

Tanpa Nama 23 Ogos 2009 10:33 PTG

to aizal..
1st ape kebendanyer...
perasan lebeyh...
rilek2x sudah..

Tanpa Nama 23 Ogos 2009 10:35 PTG

bagus2... semoga kejinjang pelaimn... huhuhu amin..

p/s: aku pelik btol lah. apelah korg nak sg kat komen 1st tak 1st ni. bukan korg dpt duit pon. huhuhu.. kalau lah aku admin lame dah aku sound. huhu.. sori.. :)

Tanpa Nama 24 Ogos 2009 8:55 PG

yg sume kebulur nk jd 1st 2 pehal? skali ok la...lme2 getik plak aku tgk

Tanpa Nama 24 Ogos 2009 12:10 PTG

tomey gak budak nih..

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..