Nasib Anak Allahyarham Hani Mohsin Terbela

Pada: Ahad, 2 Ogos 2009
Akhrinya Datin Seri Tiara Jacquelina telah diberikan hak mengurus dan mentadbir harta anak perempuannya, Hani Karmila Mohsin sehingga usianya mencapai 21 tahun (lepas tue? siapa nak jaga). Tiara Jacquelina Eu Effendi hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes permohonan penjagaan harta Hani Karmila Mohsin (31/7).

Ketika ditemui selepas keputusan dibuat, penerbit dan aktres terkenal itu berkata harta itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya yang berusia 12 tahun. Dalam perbicaraan itu, Hakim bertanya Tiara, adakah bekas suaminya, Allahyarham Hani Mohsin ada meninggalkan wasiat, beliau menjawab tiada.

Hakim kemudian bertanya adakah anaknya itu mempunyai ayah saudara atau penjaga lain, Tiara menyatakan sepanjang pengetahuannya, "tiada". Tiara juga memberitahu yang Allahyarham Hani Mohsin merupakan anak tunggal dan kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Tag : , , ,

13 Komen

Tanpa Nama 2 Ogos 2009 4:51 PTG

contoh seorg ayah yg penyayang dan disanjungi anaknya...

hope msh ada lelaki mcm nie wujud ( akan datang ) wujud dalam hidupku.. oh...bahagianya...

Tanpa Nama 2 Ogos 2009 6:03 PTG

semoga hani karmla akan sentiasa mendoakan kesejahteraan roh ayahnya....alfatihah

Tanpa Nama 2 Ogos 2009 8:30 PTG

comei muka anak dia...hasil dari 2 manusia y cantik+encem...

~horlick~

Rantong 3 Ogos 2009 4:55 PG

kena gi mahkamah juga ye pasal harta anak hani mukhsin ni yek. ingatkan terus je harta tu di jaga oleh ibunya,
_______________________
View Profile: Rantong™

Tanpa Nama 3 Ogos 2009 7:37 PG

SAYUU.. BILA TENGOK GAMBAR NI..ALFATIHA UTK ALLAHYRHAM HANI..SEMOGA ROHNYA D CUCURI RAHMAT...AMIN..

Tanpa Nama 3 Ogos 2009 9:41 PG

Minta2 si Tiara nie btl2 lah menjaga sgala kebajikan anak dia sendiri bersama arwah Hani..kesian anak nya yg comel tu dah tkde sapa2 lg.

Tanpa Nama 3 Ogos 2009 10:33 PG

hope oklah.. tapi stkt ni insyaAllah tiara mmg oklah.. n hope gak dier jage same baik dgn cam arwah jge hani ni.. amin~

xpelah wlupon smpi 21 atleast ade org bimbing dfier smpai ker situ..comel..comel...

Tanpa Nama 3 Ogos 2009 10:51 PG

sebak tgk gmbr allahyarham hani mohsin...moga dia ditptkan dikalangan org yg soleh...amin

Tanpa Nama 3 Ogos 2009 1:20 PTG

sorang demi sorang bintang meninggalkan kita buat selama-lamanya..hargai lah diri kita dgn org2 disekeliling kita sementara masih diberi peluang utk bernafas di muka bumi nie.Walau pun yg tersayang telah tiada di depan mata,namun kasih sayang nya tetap yg abadi sampai bila2..al-fatihah.

feez 4 Ogos 2009 10:22 PG

bapak comei, anak pun comei lah.. macam yg aku dapat...dpt bapak comei..anak aku pun sema comei comei..ngeh3x

Tanpa Nama 4 Ogos 2009 10:59 PG

Al-fatihah tuk allahyarham Hani mOhsin..
sedey masa dia pergi dulu...
Hani karmila moga ko tabah dlm mengharungi liku2 hidup ini...arwah byk mengajar mu erti kehidupan, kasih sayang..
pic 2nd last Hani mohsin ngn karmila tuh menyentuh kalbu tul...
soooooo sweetttttttttt...

Tanpa Nama 4 Ogos 2009 11:01 PG

Sedih tgk gmbr2 arwah hani mohsin...Al-Fatihah...sy yakin tiara btul2 akn jage amanah bekas suami die dgn baik..sy percaya die jujur sbb die sndiri dh b'harta..dan sy gembira tgk gmbr yg ke-3 tuh..itu menunjukkan suami tiara skrg jgk penyayang & trime anak hani mohsin mcm ank beliau sndiri..Alhamdulillah..Kalau xsilap gmbr hani celeb b'day tuh mjls yg dibuat oleh tiara ngan affendi...Alhamdulillah sbb silaturrahim dieorg amat erat..sepatutnyer psgn2 artis lain yg dh b'cerai bleh contohi peribadi dieorg nih...

Tanpa Nama 8 Ogos 2009 11:09 PTG

cdih aku tgok gmba2 ni..
trigat kn arwah ayh aku..
coz aku anak pmpuan sorg n mmng manje sgt2 ngan arwah...
smoga roh nyer dicucri rahmat.. amin...

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..