Salwa Abdul Rahman Over Datuk

Pada: Selasa, 21 Julai 2009 Ramai mengatakan kisah over datuk ni kepada mereka yang baru-baru menerima gelaran Datuk dari mana-mana penganugerahan pingat seperti Khadijah Ibrahim, Yoga dan lain-lain. Tapi dalam artikel dibawah ini tertulis "dapat datuk dr sebuah kerajaan", kalau dari negeri-negeri sepatutnya kena tulis, yang nie tak pula. Lagi pula Salwa Abdul Rahman penyanyi yang top pada era 90-an telah mendapat pingat Datuk Pangiran dari sebuah kerajaan (katanya kerajaan Sunda dan sebagainya lagi andaian). Tapi ini cuma tekaan sahaja, kalau anda dapat cam siapa sebenarnya, jangan segan-segan beri komen. Ngeh3.

“SAYA Datuk tau!” Lebih kurang beginilah bunyinya kata-kata daripada seorang artis yang baru memikul gelaran Datuk dari sebuah kerajaan. Boleh dikatakan setiap kali jumpa orang, itulah yang terpacul daripada mulutnya.

Cerita ini disampaikan seseorang yang pernah bergelar kawan kepada Datuk baru ini. Bukan dengki, malah mulanya dia bangga apabila kawannya sendiri dianugerahkan gelaran sedemikian. Namun bangga bertukar meluat apabila empunya badan terlalu mengagung-agungkan sehingga geli telinga mendengarnya.

Dalam cerita lain seorang artis menolak untuk bersama artis Datuk baru itu dalam satu sesi fotografi baru-baru ini kerana tidak mahu tekak loya dengan uar-uar yang sepatutnya tidak perlu itu.

Orang lain pun dapat Datuk juga, macam Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan Sharifah Aini, tak pula beriya-iya membahasakan diri sebagai Datuk. Bukan tak menghormati gelaran itu tetapi sesama rakan termasuk media, Siti masih membahasakan dirinya Siti, Sheila dengan Kak Sheila dan Sharifah Aini sampai sekarang mesra dengan Kak Pah atau Kak Ani. -myMetro

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih