Home » , , , » Rosnah dan Suami Buat Fotografi Kahwin

Rosnah dan Suami Buat Fotografi Kahwin

Pada: Isnin, 13 Julai 2009 Bukan menjadi rahsia lagi, perkahwinan pelakon drama sensasi, Rosnah Mat Aris, 54, bersama suaminya yang muda, Tajul Effendie Isa, 28. Tapi apa yang nak diceritakan di sini, kesungguhan pasangan ini terbang ke Jakarta, Indonesia untuk menjalani sesi fotografi gambar perkahwinan mereka. Meskipun hakikatnya, mereka sudahpun lama bernikah sejak tahun lalu lagi. Mungkin inilah yang dinamakan pasangan sehati dan sejiwa. Sama-sama setuju dan sama-sama sekepala.

Dapat tahu, sesi fotografi itu dikatakan cukup istimewa apabila impian Rosnah untuk menjadi Ratu Nyai Roro Kidul atau Ratu Pantai Selatan yang cukup terkenal di Indonesia, akhirnya tercapai. Tapi ada juga yang peliknya, kenapa Rosnah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjalani fotografi ini sedangkan mereka berdua sudah lama diijabkabulkan. Mungkin lewat honeymoon kot?

banner

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih