Home » , , , » Gambar Irma Hasmie Belly Dancing

Gambar Irma Hasmie Belly Dancing

Pada: Selasa, 21 Julai 2009 Pagi Sabtu lalu (18/7), seramai 20 pembaca bertuah Cosmopolitan mendapat peluang untuk mengikuti kelas ‘belly dancing’ bersama aktres jelita Irma Hasmie, bertempat di Celebrity Fitness, Bangsar Village II. Walaupun pertama kali mencuba ‘belly dancing’, namun Irma dan mereka yang hadir dapat mengikuti pergerakan guru tari dengan agak mudah.

Kelas tarian selama sejam itu diikuti dengan sesi ramah mesra dimana pembaca mengambil peluang untuk bergambar dan bertanyakan soalan tentang projek terbaru dan sudah tentunya, perhubungan Irma dengan Nabil. Tidak menghairankan mengapa Irma begitu disenangi semua kerana perwatakannya yang selamba dan mudah di dekati. Walaupun baru berkenalan, namun dia senang bergaul, bergurau senda dan berkongsi sedikit sebanyak tentang hidup.

Bertemu Irma selepas sesi ramah mesra, dia memberitahu walaupun sering bersenam di gim namun dia belum pernah mendaftar untuk mana-mana kelas seperti belly dancing. Sudah lebih tiga tahun dia bergelar ahli Celebrity Fitness. Katanya, semakin meningkat umurnya, dia perlu memberi lebih perhatian kepada kesihatan.
“Sebelum nak bermula tu, memang payah. Tapi bila sudah bermula, jika tak pergi tak rasa selesa.” Tambahnya lagi, bila saja ada masa terluang dia akan berkunjung ke gim. -Gua
-Dah slim mahu juga g Gim?

banner

Tag : , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih