Home » , , , , » Fazura 'berkawan' dengan Kerabat diRaja

Fazura 'berkawan' dengan Kerabat diRaja

Pada: Rabu, 22 Julai 2009 Luahan hati pengacara dan juga pelakon manis, Fazura mengenai skandalnya dengan kerabat diraja Johor memang sungguh menyentuh hati yang duka (haha). Ntah benar atau tidak apa yang diperkatakan Fazura ini. Dalam usia yang meningkat, 26 tahun, selayaknya Fazura beringinan untuk mencari teman kekasih juga kan. Tapi boleh2 dia kata cuma kawan sahaja dengan kerabat diRaja ni (adeh melepas), mungkin agak sukar dia nak cakap kot, biasalah artis, semua kisah cinta mesti ada yang rahsia2. Ngeh3.

Faz tak mahu menipu. Memang sudah tiga tahun kami berkawan dan dia adalah orang yang rapat dengan Faz ketika ini. Cuma soal jodoh itu bukan urusan kita. Allah yang akan tentukan. Buat masa ini apa yang boleh Faz katakan kami sekadar berkawan rapat. Soal jodoh Faz belum tahu dengan siapa. Itu bukan urusan kita. Nak bercakap soal serius, kita tak tahu apa akan jadi esok, lusa dan seterusnya. Buat masa ini kami hanya berkawan. Kami tak ada apa-apa ikatan lagi dan jujurnya Faz boleh cakap yang Faz senang berkawan dengan dia.
Cuma Faz mahu selepas ini jangan kaitkan Faz dengan kerabat diraja Johor itu lagi. Faz tidak mahu perkara ini semakin berlarutan. Sebagai artis, tentu saja peminat nak tahu apa yang Faz buat. Itu Faz faham cuma dalam keadaan sekarang Faz mahu semua pihak menghormati permintaan Faz ini. Faz janji kalau Faz hendak berumahtangga, Faz akan maklumkan kepada semua. Faz tidak akan menyembunyikan sesuatu perkaraa yang baik. Itu janji Faz. -Utusan

banner

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih