Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Polisi Komen di Blog izyan.com

Sabtu, 26 Julai 2008

Kenapa komen anda tidak ditayangkan kepada umum? atau lebih dikenali sebagai REJECT
Komen yang berbaur...
  1. Memaki hamun yang terlalu kasar
  2. Menghina menggunakan kata-kata kesat/kotor/jijik
  3. Menggunakan kata-kata lucah, porno, dan yang berkaitan dengannya atau lebih kepada lucah
  4. Melibatkan pihak penulis/admin blog tanpa kerelaan penulis/admin secara langsung mahupun tidak langsung
  5. Terlalu ringkas dan mengada-gada (1 atau 2 patah perkataan/ no komen, ada aku kesah, hahaha, dan lain-lain seumpamanya.)
  6. Mempromosi blog/iklan/website milik persendirian yang tidak popular demi menarik pelawat ke laman miliknya
  7. Melibatkan bangsa, agama, dan ketenteramaan awam
Diharap pembaca paham mengenai polisi ini. Sekiranya gagal memahami, admin akan tutup segala komen yang bersangkut paut mengenainya diatas. 24 jam pengawasan komen dilakukan. Harap Maklum.

Disclaimer

Selasa, 22 Julai 2008

izyan.com adalah sebuah lagi medium hiburan kepada mereka yang berminat mengetahui perkembangan terkini artis-artis tempatan sejak diperkenalkan atau dibangunkan pada November 2008. Setiap artikel dipaparkan berlandaskan cerita yang betul atau mungkin gossip jika dinyatakan. Kami juga menyelitkan gambar-gambar yang mudah didapati di internet untuk membuang title gosip tersebut jika mempunyai bukti yang sahih. Penulis tidak berniat ingin melukakan mana-mana artis melalui artikel yang kami keluarkan. Penulis juga tidak dibayar untuk mempromo artis di sini. Hakikatnya, kewujudan kami hanya untuk menyerikan dunia hiburan tanah air. Kami hanya menyiarkan berita yang benar dari sumber yang kami terima.

Baik atau buruk perangai seseorang artis, manusia tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan. Jadi tidak timbul kata-kata izyan.com memfitnah dan memburukkan artis pada masa akan datang. Jika anda seorang artis yang tidak senang cerita anda dicanang di sini dan merasakan anda betul-betul ada hak untuk meminta entri tersebut di padam kerana gambar adalah palsu atau gosip mungkin mengotorkan nama anda, sila hubungi kami dengan cara baik dan kami akan berkompromi pada bila-bila masa. Jadi hubungi kami dengan cara baik kerana kekuatan izyan.com bukan datang pada cerita mengenai anda sahaja malah ramai lagi artis lain yang kian menyinar.

Diingatkan, sebelum anda membaca mana-mana entri di sini, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah kami tetapkan.
1. Anda perlulah memberikan respon berpadanan dengan entri.
2. Jaga tatasusila perkataan anda semasa memberi komen. Kerana jari, badan binasa.
3. Segala respon yang anda berikan, 100% terletak di bawah tanggungjawab anda. Jika berlaku sesuatu yang tidak enak di masa akan datang, kami di izyan.com tidak langsung bertanggungjawab kerana bukan kami yang mengeluarkan respon yang anda keluarkan sendiri.
4. Berfikir sebelum memberikan komen. Jika anda telah terlanjur menghantar komen yang tidak sepatutnya, hubungi kami untuk request respon anda di padam.
Harus diingat, sistem kami hanya mengawal perkataan yang kurang enak di baca iaitu mencarut atau sebagainya. Selebihnya, kami tidak sesekali akan memadam komen anda kerana awal-awal telah kami katakan, respon anda adalah 100% di bawah tanggungan anda sendiri. Kami juga mengamalkan kebebasan memberi respon kepada anda dengan penuh amaran, respon tersebut adalah tanggungjawab anda sendiri.
Jika mana-mana gambar yang berada di website ini datang dari lensa kamera anda, kami pasti akan memberikan kredit sepenuhnya kepada anda di bahagian bawah entri (akan di link terus ke blog anda). Itu jika kami tahu hak milik siapa gambar tersebut. Kadang-kala, kami menerima email gambar-gambar artis atau terjumpa dari forum luar yang sedia ada tidak disertakan kredit yang itu gambar milik anda. Jadi kami tidak tahu kepada siapa kredit gambar tersebut harus diberi.

Jika gambar tersebut 100% datang dari lensa kamera anda, hubungi kami dengan segera. Kami akan memberikan kredit habis-habisan selayaknya kepada anda. Namun jika anda meminta kami untuk memadam gambar hakcipta tersebut, kami sentiasa bersedia untuk melakukannya pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai bukti yang betul-betul kukuh, itu sememangnya gambar milik anda.